Thursday, March 18, 2010

Terima kasih pemaju



AJK ingin mengucapkan terima kasih kepada pemaju Metro Holding Sdn Bhd kerana bermurah hati memberi sumbangan jubin lantai surau As-Syakirin sebanyak 3500 keping. Saiz surau ini adalah 2500 kaki persegi. Ini bermakna ada lebihan sebnyak 1000 keping jubin. Lebihan jubin ini mungkin akan dipasang di bilik air.

Selain jubin, turut disumbangkan adalah simen dan pasir untuk memasang jubin ini. Namun simen dan pasir masih belum diterima AJK. mengikut En Azman yang juga kakitangan Metro, simen dan pasir akan dibekalkan apabila pemasangan jubin lantai akan dibuat.

Kontraktor pula sudah memberikan persetujuan untuk memasang jubin ini secara percuma.

No comments:

Post a Comment