Saturday, March 20, 2010

Dedikasikan sumbangan kita untuk orang tersayang

Pada setiap kali Ramadhan maka banyaklah orang menghulurkan sumbangan tahlil arwah. boleh dikatakan hampir kesemua masjid dan surau menyediakan ruang dan peluang kepada orang ramai untuk membuat tahlil arwah. Untuk membuat tahlil arwah itu, orang ramai yang berminat boleh menyumbangkan wang dalam jumlah yang tidak ditentukan.

Wang tahlil arwah itu digunakan untuk mengurus program sebulan Ramadhan.

Wang itu dugunakan untuk membeli kueh mueh dan membancuh air minuman semasa moreh selepas solat tarawikh. Wang itu turut digunakan untuk membayar saguhati kepada petugas penyediaan makanan dan membasuh pinggan mangkuk. Juga barangkali diberikan juga kepada imam dan bilal bertugas sepanjang Ramadhan. Atau membeli saguhati berbentuk kain pelikat kepada jemaah yang ingin bertadarus sebulan Ramadhan.

Semuanya ini adalah atas niat mendedikasikan sumbangan kita atas orang tersayang iaitu ahli keluarga kita yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Sampaikah niat kita itu. Tiada siapa yang tahu...Hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi keputusannya.

Tidak sahaja bersedekah tahlil arwah di bulan Ramadhan, mendedikasikan sumbangan intuk membina surau As-Syakirin ini buat insan tersayang yang sudah pergi selama-lamanya juga membawa maksud yang sama. Kita boleh berharap semoga sumbangan kita di sedekahkan supaya insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita beroleh Rahmat. Beroleh keampunan daripada Penciptanya. Moga-moga dengan kita berniat bersedekah untuk arwah yang kita maksudkan, mereka akan mendapat sedikit ganjaran daripada Allah SWT.

Sampai atau tidak niat kita, bukan kita yang membuat penilaian dan keputusannya..

No comments:

Post a Comment