Tuesday, November 30, 2010

derma drp pn rohaya



Derma drp pn rohaya no 9 jln tps 4/8 berjumlah RM200 telah dibank in jam 6:30 pagi tadi. Beliau berniat untuk bersedekah kepada surau as-Syakirin.

Sunday, October 31, 2010

Laporan kewangan berakhir 31 Oktober 2010

Untuk makluman semua penderma, berikut adalah laporan kewangan Dana Pembinaan Surau As-Syakirin bermula Mei 2009 hingga 31 oktober 2010

PENERIMAAN : Klik sini




PERINCIAN PEMBAYARAN

Disediakan oleh,

Bendahari AJK Pembinaan Surau As-Syakirin
Taman Pelangi Semenyih.

BAKI SEMASA



RALAT :
Kontra baki iaitu Baki dalam bank tolak baki akhir tercatat dalam lejer iaitu RM12,177.74.
Baki dalam bank tolak baki dalam tangan adalah salah. Bendahari tidak menyimpan wang tunai dalam tangan.

Baki dalam bank tertakluk kepada penyata bank yang akan diterima. Ini berikutan bendahari tidak melakukan urusan mendeposit beberapa amaun ke dalam bank sepanjang bulan oktober ini. Urusan deposit dilakukan oleh sdr Setiausaha dan slip deposit di serahkan kepada bendahari untuk tujuan rekod.

Pembayaran sehingga 31 Oktober 2010










Penerimaan sehingga 31 Oktober 2010

Monday, October 25, 2010

STATUS SEMASA KEWANGAN SURAU

PENERIMAAN

1/10/2010- Baki di bank - RM 15,075.68
1/10/2010- Bank in kutipan tabung surau - RM65.50
6/10/2010- Bank in cek Jabatan Pembangunan Persekutuan -RM2000
6/10/2010- Bank in derma Pn Zuraidah bt Hj Saadan -RM200
11/10/2010-Bank in kutipan tabung surau -RM100
11/10/2010-Bank in derma Persatuan Kebajikan kakitangan MPOB BBB-RM600
12/10/2010 -Bank in derma keluarga Hj Mustafa -RM200
26/10/2010-Sewa khemah - RM250
26/10/2010- derma drp En mohd Nor jln Tps 4/2 -RM300
26/10/2010- Derma drp SMk Tinggi Kajang- RM50

Jumlah penerimaan : RM18,840.68

PEMBAYARAN

11/10/2010 - Penyelesaian wiring penyaman udara dan sistem speaker surau-RM2000

(kerja di atas tiada dalam spesifikasi pembinaan bangunan surau as-Syakirin. Yang ada hanya pendawaian elektrik dan pemasangan elcb,plug point, lampu dan kipas sahaja)

BAKI SEMASA

Terima - Bayar ( RM18,840.68-RM2000 ) = RM16,241.18


Baki dalam tangan bendahari - tiada
Baki dalam bank pada 31/10/2010 - RM16,840.68

Sunday, October 17, 2010

Ini surau yang sama rekabentuknya dengan surau As Syakirin




Rekabentuk surau As-Syakirin adalah versi penambahbaikan surau Al Mustaqim di syeksyen 5 Bandar Rinching. Ini berikutan pelan binaan bangunannya direkabentuk oleh arkitek Lakarqa iaitu arkitek yang sama merekabentuk pelan binaan surau As-Syakirin.
Selain itu kontraktor AZ Asia Enterprise yang membina surau kita turut membina bangunan sekolah agama di surau Al Mustaqim.

Tuesday, October 12, 2010

Rayuan derma pembinaan surau di tempat lain

1. Surau Rahmaniah Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang -Kos RM810,000
2. Surau Al Qayum, Bandar Armada Putra, Pulau Indah Klang -Kos Rm910,000
3. Surau ar Raudah
4. Surau Abu Bakar
5. surau al ansar,coral height Seremban -Kos RM300,000

Lihat laporan secara terperinci hingga 30 September 2010

LAPORAN DARIPADA 1 Mei 2009 hingga 30 September 2010 di sini

PERINCIAN PENERIMAAN

1. Laporan penerimaan sumbangan penduduk
2. Laporan penerimaan sumbangan komuniti luar
3. Laporan peruntukan kerajaan / Lembaga Zakat/ Baitulmal
4. Laporan kutipan tabung surau
5. Sewa khemah surau


PERINCIAN PEMBAYARAN

1. Pembelian bekalan pejabat
2. Fotostat dokumen
3. Urusan dokumentasi surau
4. Bayaran pembinaan
5. Pembelian perabot
6. Pembelian aset surau
7. Bayaran utiliti
8. Bayaran jamuan
9. Lain-lain bayaran

BAKI DANA SURAU

Terima - Bayar = Jumlah baki semasa

belum sempat upload..

Penyata bulan Oktober 2010

TERIMA

1/10/2010 - Baki dalam lejer di bawa ke depan Rm 2877.94
1/10/2010 - tabung surau - RM65.50
6/10/2010 - peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan (buat dapur) - Rm2000
6/10/2010 - derma drp Pn Zuraidah bt Hj Saadan SK Jln Semenyih 1 - RM200
11/10/2010 - tabung surau - RM100
11/10/2010 - derma drp badan kebajikan k/t Islam MPOB - RM600
12/10/2010 - derma drp keluarga En Mustafa no 86 Jln 4/2 - Rm200


BAYAR

11/10/2010 - bayaran penyelesaian wiring aircond,sistem audio dan point microfon-RM2000

BAKI DANA SURAU

Baki akhir dalam lejer : tunggu hujung bulan

Baki dalam tangan bendahari : tiada

Baki dalam bank pada 30/10/2010 - tunggu penyata bank diterima

Terima RM2000 peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan

Baru-baru ini Jabatan Pembangunan Persekutuan memberi peruntukan RM2000 untuk membina dapur. Maksudnya tempat memasak. Cek telah di bank in oleh sdr Setiausaha.

Hendak membina dapur dengan kos RM2000 tak tahulah pula dapur yang bagaimana hendak dibina. Juga hal ini tidak dibincangkan lagi dalam mesyuarat AJK.

Derma terbaru

Baru tadi terima derma daripada seorang penduduk jalan TSP 4/2 iaitu keluarga Hj Mustafa berjumlah RM200.

Untuk makluman penduduk dan penderma. Derma yang diterima akan dicatat sebagai

' Sumbangan mengisi dana Surau As-Syakirin '

Hendak tulis derma pembinaan surau As-Syakirin, suraunya sudah siap.

Hendak tulis derma membina bangunan fasiliti surau, entah hendak dibina atau tidak.. Pembinaannya masih belum diputus dalam mesyuarat.

Jadi senang cerita bendahari akan mencatatlah seperti dinyatakan di atas .

Monday, October 11, 2010

Khemah surau boleh diguna untuk menambah dana

Kini surau As-Syakirin sudah mempunyai 3 buah khemah. Khemah ini dibeli dengan harga RM1800 setiap satu. 3 buah harganya RM5400.

Sebanyak Rm3400 dikeluarkan daripada dana surau dan baki RM2000 didermakan oleh individu.

Khemah ini boleh digunakan untuk menambah dana surau dengan menyewakannya.


Berilah sokongan kepada surau kita dengan menyewa khemah surau. Sewaan yang dibuat membantu surau kita dengan menambah dana bagi menampung kos pembayaran bil utiliti,program pembangunan surau atau membuat aktiviti mengimarahkan surau ini pada masa-masa akan datang.

Wednesday, October 6, 2010

Laporan kewangan berakhir 30 September 2010




KONTRA BAKI DALAM BANK BERBANDING LEJER

Baki akhir dalam lejer pada 30 September 2010 = RM2887.94
Baki akhir dalam bank pada 30 September 2010 = RM15075.68

Kontra ( Lebihan baki dalam bank berbanding dalam lejer ) = RM12,187.74

Monday, September 6, 2010

Bil air dan bil elektrik surau

Tindakan:

1.Scan bil air dan bil elektrik surau di sini.
2.Tuliskan nombor akaun dan nombor rujukan bil.
3. Maklumkan kepada penaja bayaran bil, bayaran boleh dibuat melalui perbankan internet

No akaun bil air surau As-Syakirin :
No rujukan bil bagi bulan ___________ :

No akaun bil elektrik surau As-Syakirin :
No rujukan bil bagi bulan : ____________ :

Tajaan pembayaran bil elektrik dan air

Penderma dialu-alukan untuk menaja pembayaran bil air dan elektrik surau As-Syakirin. Untuk menaja sila dapatkan bil semasa daripada AJK dan seterusnya membuat bayaran di pejabat pos, Tm Point Taman Pelangi Semenyih atau melakukan pembayaran dengan perbankan internet.

Buat masa ini penulis blog belum dapat memaparkan nombor akaun bil letrik dan bil air lagi..

Thursday, September 2, 2010

Penyata kewangan September 2010


TERIMA
1/9/2010 - Baki bawa ke depan (dalam lejer) : (RM2749.56) / negatif RM2749.56
2/9/2010 - Terima sumbangan Yayasan Taqwa - RM5000
14/9/2010 - Kutipan tabung surau - RM92
17/9/2010 - Badan kebajikan kakitangan Islam FRIM Kepong-Rm100
28/9/2010- Derma drp Siti Mazlinah bt Abdul Rahim-Rm200
28/9/2010-Tabung surau-RM135.50
28/9/2010 - pelarasan -RM99.90


BAYAR


BAKI DANA SURAU
Baki akhir dalam lejer - RM2877.94

Baki dalam tangan bendahari : Tiada

Baki dalam bank pada 30/9/2010 - RM15,075.68

Perbezaan baki dalam lejer dan dalam bank : RM12,197.74

Tanggungjawab umat Islam untuk membayar zakat

Hari Isnin yang lalu penulis blog telah memohon kepada petugas kewangan di tempat kerja penulis blog untuk melakukan tambahan pemotongan gaji lagi sebanyak RM25 sebulan bagi pembayaran zakat kepada Lembaga Zakat Selangor.

Insaf penulis blog akan amanat seorang tuan guru yang satu masa dulu penulis blog pernah mendengar kuliahnya di sebuah surau di Beserah, Kuantan, Pahang.

Sebagai orang Islam kita mempercayai rukun iman dan rukun Islam.

Rukun iman ada 6 dan rukun Islam ada 5.

Rukun iman iaitu

1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada nabi dan rasul
3. Percaya kepada malaikat
4. Percaya kepada kitab - Al Quran
5. Percaya kepada hari kiamat / hari kemusnahan alam dan manusia dihidupkan semula selepas mati.
6. Percaya kepada qhada dan qhadar / ketentuan Allah

Rukun Islam pula

1. Mengucap dua kalimah syahadah
2. Bersolat fardhu 5 waktu sehari semalam
3. Puasa di bulan Ramadhan
4. Berzakat
5. Menunaikan haji


Bagi melaksanakan rukun Islam kita akan

Mengucap dua kalimah syahadat terlebih dahulu iaitu mengesakan Allah dan kerasulan Nabi Muhamad.

Mengucap memang mudah. Sebut sahaja.

Solat fardhu tiada masalah. Semua boleh buat.

Puasa bulan Ramadhan juga kita boleh buat. Kadangkala habis Ramadhan kita tambah lagi puasa enam.

Pergi haji dan pergi umrah juga kita buat. Lama kita mengumpul duit bagi menampung kos menunaikan ibadah ini yang dibuat jauh di negara Arab.

Tapi berzakat ini payah sangat kita hendak buat kata tuan guru itu lagi. Kalau ikut ranking, berzakat ini nombor 4 dan pergi haji nombor 5. Ini bermakna zakat lebih wajib dibuat dahulu berbanding haji.

Kita ini pula asyik kata tidak cukup duit. Tidak cukup duit kenalah kita kumpul. Hendak pergi haji kita kumpul duit mengapa pula untuk berzakat kita tidak mahu kumpul duit.

Lagipun wang zakat ini boleh menyucikan harta kita. Berkat harta kita yang kita dapat. InsyaAllah kehidupan kita akan dipermudah.

Hari ini Surau As-Syakirin sudah mendapat manfaat daripada zakat yang diberi oleh umat Islam. Pihak Yayasan Taqwa iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Perseketuan telah memberi peruntukan sebanyak RM5000 kepada surau ini untuk pembelian PA system. Sebelum ini pula Lembaga Zakat Selangor turut telah memberi peruntukan sebanyak Rm40,000 untuk membiayai kos pembinaan surau dan juga Baitulmal Wilayah Persekutuan yang juga memberi peruntukan RM3000 untuk pembelian karpet surau.

Wang zakat ini diberikan kepada 8 asnaf yang memerlukan. Memberi kepada surau adalah asnaf fisabillah iaitu untuk tujuan menaikkan syiar Islam.

Asnaf zakat yang lain iaitu:

Rujuk laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

1. Fakir 5. Riqab
2. Miskin 6. Gharimin
3. Amil 7. Fisabillilah
4. Muallaf 8. bn Sabil

Yayasan Taqwa lulus permohonan Surau As-Syakirin




Pihak pengurusan Surau As-Syakirin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Taqwa iaitu anak syarikat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana meluluskan permohonan AJK untuk mendapatkan peruntukan membeli peralatan PA System untuk surau ini.

Yayasan Taqwa telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5000 dan wang ini sebenarnya adalah agihan zakat yang diberikan oleh Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan.

Tidak lupa terima kasih turut diucapkan kepada En Latfi seorang penduduk di jalan TPS 4/2 yang sudi mengesyorkan cadangan dan membawakan surat permohonan AJK kepada pihak pengurusan Yayasan Taqwa.

Tuesday, August 31, 2010

Cek gantian


Pemulangan semula cek jabatan pembangunan persekutuan kepada akaun di bawah

Nama akaun : BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH
No akaun : 0675-11-000144-5
Bank : Eon Bank Semenyih

Cek surau silap



Cek di atas dipulangkan semula kepada penulis blog kerana sudah tersilap tulis. Penulis blog tersilap. Cek sepatutnya ditulis JOHAN B ABD AZIZ.

Pengerusi juga memaklumkan YB memohon supaya pihak surau memulangkan kesemua jumlah wang sumbangan Jabatan Pembangunan Persekutuan berjumlah RM5000 tersebut kepada beliau kerana bayaran tarmac di halaman surau as-Syakirin telah menggunakan wang peribadi beliau dahulu sebanyak RM10,000.

Beliau turut meminta cek dikeluarkan ke atas nama BIRO KEBAJIKAN DAN MASYARAKAT ADUN SEMENYIH dengan nombor akaun 0675-11-000144-5 EON Bank Semenyih.

Sehubungan itu penulis blog akan menggantikan dengan cek yang baru.

Monday, August 30, 2010

Baki wang di bank

Mengikut rekod penulis blog baki wang di bank pada hari ini adalah RM6189.64 selepas ditolak semua pembayaran 4 cek yang dikeluarkan pada hari ini. Namun satu perkara 2 keping cek baru di bank in petang tadi. Cek ini mungkin dikenakan floating oleh bank selama 2 atau 3 hari.

Berikut catatan penulis blog mengenai baki wang dalam bank:

11/8/2010 - Bank in cek jabatan Pembangunan persekutuan - RM5000 baki di bank RM10,689.64

17/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 - baki di bank jadi RM9689.64

29/8/2010 - Cek sumbangan more kerajaan negeri Selangor RM300 - Baki di bank RM9989.64

29/8/2010 - Cek peruntukan JKR RM2000 . Baki di bank jadi RM11,989.64

29/8/2010 - Pulangkan RM2000 cek Jab. Pembangunan Persekutuan RM2000. baki di bank jadi RM9989.64

29/8/2010 - Bayar RM2500 tarmac kpd Tn Hj Raja Zazman - Baki di bank RM7489.64

29/8/2010 - Bayar baki tandas RM1000 kpd En Abas - baki di bank RM6489.64

29/8/2010 - Bayar jamuan more peruntukan kerajaan negeri Selangor kpd En Bilal RM300 baki akhir di bank pada hari ini ialah RM6189.64

4 cek dikeluarkan hari ini


Cek bernombor 00056 dibayar kepada Tn Hj Raja Zazman untuk mengganti semula bayaran memasang tarmac di sudut kiri halaman surau.


Cek bernombor 00057 dibayar kepada En Abas untuk bayaran baki pembinaan tandas. Baki bayaran sebanyak RM1600 ditahan kerana beliau masih belum membetulkan tangki septik yang dipasang senget.


Cek bernombor 000058 dibayar kepada YB Tuan Johan b Aziz . YB memaklumkan daripada sumbangan sebanyak RM5000 oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan , sejumlah RM2000 hendaklah diberi kepada beliau semula. Ini berikutan YB telah mendahulukan wang beliau sebanyak RM10,000 untuk memasang tarmac di halaman surau. Cek peruntukan Jabatan Pembangunan Persekutuan ini telah dibank in oleh penulis blog pada 11 Ogos 2010 dan ianya masih belum disahkan kerana penulis blog belum menerima penyata bank berakhir 31 Ogos 2010.



Cek bernombor 000059 dibayar kepada En Mohd Bilal bin Jusoh untuk belanja jamuan moreh. Petang tadi penulis blog telah menerima cek berjumlah RM300 daripada Kerajaan negeri Selangor sebagai sumbangan jamuan moreh Ramadhan.Cek ini juga telah dibank in oleh penulis blog petang tadi.

Jumlah semua wang dana surau yang dikeluarkan hari ini adalah RM5800. Setiap satu cek ini akan dikenakan caj oleh bank dengan setiap satu sebanyak RM2.00

Jadi sekarang tidak berbangkit penulis blog menyekat wang dana surau daripada dibelanjakan. Sudah habis wang dana surau nanti senanglah sikit kerja penulis blog. Tiada duit hendak diurus.

Sunday, August 29, 2010

Semakan 30 Ogos 2010



Inilah yang berlaku apabila dibuat semakan mukasurat demi mukasurat daripada lejer surau. Baki semasa dana surau menjadi negatif atau minus (RM3629.06) pula..

Baki dana di bank pula kali terakhir semakan pada 11 Ogos 2010 adalah RM4689.64

Jumlah ini bermaksud baki wang dana surau dalam lejer sudah habis malah berhutang pula.

Tetapi oleh kerana terdapat kontra di bank sebanyak RM4689.64 ini membolehkan bendahari membuat pembayaran sehinggalah jumlah dana dalam bank turut habis digunakan semuanya.


Thursday, August 26, 2010

Kelebihan surau di tempat lain



http://www.suraualhijrah.com/

Tertarik penulis blog akan idea AJK Surau Al Hijrah Taman Bukit Kemuning seperti di atas.
Alangkan bagusnya jika idea dan program seperti ini dilaksanakan di Surau As-Syakirin.

Namun semua ini bergantung kepada minat dan kehendak ahli jemaahnya.

Saturday, August 21, 2010

Penyata Disember 2009

Penyata Nov 2009

Penyata Oktober 2009


Penyata September 2009


Penyata ogos 2009




Kolom bayar sebelah kanan sekali sudah tersilap..Sepatutnya semua kosong. Tiada tuntutan pembayaran pada bulan ini. Macamana boleh tersalin semula tak tahu la pulak. Tapi pada ruangan jumlah pembayaran masih betul iaitu 0 atau -

penyata Julai 2010