Dalam mesyuarat AJK baru-baru ini Tn Hj Halim, Timbalan Pengerusi JK Pembinaan Surau As-Syakirin dan bakal imam surau As-Syakirin mencadangkan supaya dilantik wakil blok untuk menjalankan kutipan RM100 bagi tiap-tiap rumah penduduk muslim di fasa 6 dan 7 ini.
Namun kaedah memungut sumbangan bentuk ini adalah kurang popular untuk dilaksanakan. Penulis blog sendiri tidak sanggup untuk melakukannya. Setakat mengedar surat memohon sumbangan tiada masalah. Mengedar surat sahaja AJK sudah terpaksa menebalkan muka, inikan pula untuk memungut wang daripada rumah ke rumah. Pasti tiada siapa yang sanggup.
Dalam mesyuarat tersebut tidak seorang pun AJK yang sanggup untuk melakukannya. Sebagai gantinya, satu taklimat akan dibuat. Pada hari itu penduduk yang masih belum membuat sumbangan diharapkan akan hadir untuk menunjukkan komitmen mereka memberi sumbangan. AJk turut berharap semua penduduk yang sudah membuat sumbangan juga turut hadir dengan harapan mereka akan membuat sumbangan tambahan.
No comments:
Post a Comment