Monday, March 15, 2010

Mohon pinjaman

Berikutan mesyuarat pada malam semalam, satu strategi baru telah difikirkan AJK.

Oleh kerana AJK masih kekurangan dana sebanyak RM24,000 dan penulis blog kena tambah lagi dalam RM2500 untuk kos memohon bekalan elektrik 3 fasa dan RM1800 lagi untuk permohonan pemasangan bekalan air daripada kontraktor SYABAS.

Jadi jumlah dana yang perlu dicari sekadarang adalah RM28,300

Sebagai langkah penyelesaian AJK mencadangkan untuk meminta penduduk memberikan pinjaman kepada surau.

Contohnya seorang penduduk meminjamkan wang mereka sebanyak RM5,000. Kemudian apabila surau siap dan mula digunakan, AJK akan memaklumkan kepada jemaah bahawa AJK perlu membayar semula pinjaman tersebut dan akan diuar-uarkan setiap hari di surau.

Untuk itu satu tabung khas dilabelkan sebagai derma untuk membayar semula pinjaman pembangunan surau As-Syakirin akan diletakkan di surau. Katakan apabila jumlah derma yang dikutip melalui cara ini sudah mencapai RM5,000 maka AJK akan memberikan semua jumlah tersebut kepada penduduk yang meminjamkan wang mereka.

Jadi akakah penduduk yang sanggup meminjamkan wang mereka bagi mencukupkan dana pembinaan surau ini ?

Yang berminat bolehlah menghubungi penulis blog di talian 013-2937679 atau melalui email di assyakirin.tps@gmail.com

No comments:

Post a Comment