Pemasangan dinding batu bata untuk mihrab, pejabat, bilik PA system dan setor sudah siap. Beberapa bahagian lagi juga sudah dipasang batu-bata.
Gambar penulis blog belum sempat ambil.
Tiada derma diterima hari ini.
Harapan penulis blog, pada hari taklimat nanti penduduk akan memberikan sumbangan iaitu RM100 untuk setiap pemilik rumah di komuniti fasa 6 dan 7 TPS ini. Jika penduduk ingin memberi sumbangan melebihi jumlah ini AJK amat mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih.
Pada hari ini bendahari akan mencatat terus sumbangan penduduk ke dalam lejer dan terus mengeluarkan resit rasmi sumbangan.
Bagi penduduk yang sudah membuat sumbangan dan ingin memberi sumbangan tambahan dalam jumlah yang kecil hatta RM1 sekalipun, AJK akan menyediakan tong derma pada hari taklimat tersebut.
Sumbangan dalam tong derma yang disediakan tidak dikeluarkan resit rasmi. Bendahari akan mengira secara lumsum dan akan merekod di dalam lejer sebagai KUTIPAN TABUNG SUMBANGAN PADA HARI TAKLIMAT KEDUA PEMBINAAN SURAU AS-SYAKIRIN.
Kepada penduduk fasa 1 hingga 5 TPS yang ingin menghadiri taklimat pembinaan surau as-Syakirin dialu-alukan untuk hadir.
Penduduk daripada komuniti luar TPS turut dialu-alukan hadir sekiranya ingin memberi sumbangan terus kepada AJK pembinaan Surau As-Syakirin.
Sebaik taklimat selesai , bendahari dengan ditemani beberapa orang AJK akan terus mendeposit sumbangan penduduk ke dalam akaun surau di EON Bank Semenyih.
Sekian harap maklum.
No comments:
Post a Comment