Tuesday, March 16, 2010

RM28,000 lagi

Kita tidak perlu menunggu peruntukan wang pusat zakat jika dapat mengumpul baki dana sebanyak Rm28,000. Baki RM28,000 ini termasuk bayaran pemasangan bekalan air dan elektrik yang tiada dalam kos pembinaan surau as-syakirin.

Bekalan air - RM1100
Bekalan elektrik 3 fasa - RM2500

Klik sini untuk lihat sebutharga bagi setiap fasa pembinaan

Jika kita dapat mengumpul dana sebanyak RM28,000 AJk telah boleh membayar kontraktor sehingga fasa ke 10 pembinaan iaitu pemasangan arch, ruang depan, sisi kiri, kanan dan belakang, tangga dan tembok termasuk aksesori. Aksesori seperti batu lubang angin.

Pada fasa 11 dan seterusnya hingga selesai , AJK akan menggunakan wang peruntukan Lembaga Zakat Negeri Selangor pula yang sudah diluluskan sebanyak RM40,000. Tapi peruntukan Lembaga Zakat Selangor ini tiada dalam akaun bank surau As-Syakirin. AJK masih belum menerima bantuan kewangan ini. Yang ada hanya surat kelulusan sahaja.

No comments:

Post a Comment