Satu perkara yang perlu difahami, di mana-manapun dalam sebuah komuniti bukan semua penduduknya suka adanya surau di komuniti mereka. Kadangkala kehadiran surau dianggap mengganggu juga. Ada individu rimas mendengar bunyi suara azan atau sebarang bunyi dari corong pembesar suara daripada masjid atau surau berdekatan.
Bunyi daripada corong pembesar suara surau dikatakan mengganggu tidur anak-anak kecil. Pelajar sekolah yang ingin mengulangkaji pelajaran juga turut hilang konsentrasi selain azan pada waktu Subuh pula mengganggu tidur lena pada awal pagi.
Selain itu masalah jalan menjadi sibuk dan kereta jemaah surau akan mengganggu lalulintas juga turut dijadikan alasan mengapa surau tidak perlu dibina.
Ada yang lain pula surau bukannya satu entiti penting yang perlu ada. Ada atau tiada surau, mereka tidak ambil pusing.
Surau adalah entiti komuniti masyarakat melayu beragama Islam. Kuil pula identiti komuniti masyarakat india beragama hindu dan tokong adalah entiti komuniti masyarakat cina beragama Buddha.Gereja pula entiti komuniti beragama kristian. Jadi tidak lengkap rasanya apabila satu komuniti yang mempunyai peratus masyarakat melayu beragama Islam melebih 90% tiada pula surau di komuniti tersebut.
Atas dasar inilah Surau As-Syakirin dibangunkan. Sementelahan pula tapak suraunya sudah disediakan pemaju dan telah digazet dan diluluskan dalam pelan susun atur pembangunan fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.
No comments:
Post a Comment