Kutipan tong derma pada hari taklimat ke 2 pembinaan surau hari ini adalah berjumlah RM400. Untuk makluman penduduk ,tiada resit dikeluarkan kepada penduduk yang memasukkan sumbangan ke dalam tong derma ini kerana bendahari tidak tahu siapa yang menderma.
Oleh hal yang demikian , catatan nama penduduk yang menderma tidak direkod pada senarai penderma mengikut jalan atau lorong di fasa 6 dan 7 TPS ini kerana pendermanya tidak dapat dikesan.
Namun pada awal sesi taklimat penulis blog sudah memaklumkan bahawa tong derma tersebut adalah untuk penduduk membuat sumbangan tambahan dalam jumlah yang kecil. Contohnya Rm1,Rm2,RM5, Rm10 ataupun RM50.
Sumbangan derma dalam tong ini direkodkan ke dalam lejer sebagai KUTIPAN TONG DERMA HARI TAKLIMAT PEMBINAAN SURAU ASSYAKIRIN KALI KEDUA
Sekian untuk makluman penduduk.
No comments:
Post a Comment