Besok Sabtu bendahari akan membuat pembayaran cek kepada kontraktor sebanyak RM17,000. Sepatutnya cek akan diberi pada hari ini, tetapi oleh kerana ada sedikit lagi bata belum siap dipasang, maka esok sahajalah bendahari membuat pembayaran. Lagipun bayar hari ini, esok atau lusa tetap sama. Jika kontraktor bank in cek tersebut, ia akan kena float selama 2 hari sebelum dapat ditunaikan. Hanya hari Isnin baru bank buka semula daripada bercuti dan cek akan dapat ditunaikan pada hari Rabu.
Akaun kontraktor adalah dengan Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Bandar Baru Bangi.
No comments:
Post a Comment