Penulis blog ingin terus melancarkan kempen menyumbang RM10 untuk menambah dana pembinaan surau as-Syakirin.
Khusus untuk warga Semenyih dan sekitarnya, untuk tuan/puan menyumbang dana pembinaan surau as-Syakirin cukup mudah.
Jika tuan/puan berada di pekan Semenyih, lencongkan kenderaan tuan/puan ke EON Bank Semenyih. Bank in kan sahaja jumlah RM1o ini. Mudah betul caranya.
RM10 ini jumlah yang amat kecil. Kita makan untuk dua orang roti canai telur dan teh tarik di kedai mamak berhampiran dengan EON Bank itu sudah hampir kepada RM10.
Kita pula pergi ke Pekan Semenyih bukannya sekali dua. Malah banyak kali dalam tempoh seminggu.
RM10 sahaja. Cukup sedikit. RM10 sekarang nilainya cukup rendah. Tetapi jika ramai orang menderma Rm10 ini , nilaikan akan menjadi banyak juga. Katakan 100 orang menderma RM10. AJK sudah berjaya mengumpul sebanyak RM1000.
No comments:
Post a Comment