Tuesday, March 16, 2010

Ada siapa nak sponsor peralatan di bawah

AJK mempelawa individu atau sesiapa sahaja yang ingin menaja atau sponsor peralatan di bawah:

1. PA System indoor . Yang outdoor penulis blog tidak berminat
2. Restrum
3. Kabinet fail berlaci 4 untuk menyimpan semua dokumen surau. Setakat ini semua dokumen surau ada di rumah penulis blog. Agak serabut juga rumah penulis blog kerana dokumen surau ini agak banyak juga.
4. Papan putih atau whiteboard untuk menulis pengumuman
5. Papan pameran jenis bertutup dengan kaca sliding untuk menampal maklumat surau
6. Jam dinding
7. Bekas membancuh minuman alminium bagi diguna pada Ramadhan nanti. Teh tarik , ais
8. Cawan dan pinggan mangkuk
9. Surah Yaasin, Al Quran dan kitab-kitab agama
10. Sejadah
11. Mimbar dan tongkat khatib. AJK akan menganjurkan solat sunat AidilAdha nanti. Solat sunat Aidilfitri mungkin tidak dibuat dengan andaian ramai penduduk akan balik kampung.
12. Penyaman udara
13. Dapur masak, tungku dan tong gas
14. Khemah
15. Rak buku
16. Tirai atau tabir untuk ruang pemisah jemaah lelaki dan wanita
17. Telekung

No comments:

Post a Comment