Friday, March 19, 2010

Sebutharga membina kelengkapan surau dibuka sekarang

AJK mempelawa kontraktor bumiputra yang berminat untuk menghantar sebutharga pembinaan kelengkapan surau terdiri daripada tandas lelaki dan tandas wanita, bilik wuduk dan bilik mandi jenazah seperti yang terdapat dalam pelan binaan surau. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan AJK.

Pada dasarnya projek membina kemudahan ini akan diserahkan kepada kontraktor yang sama iaitu AZ Asia Enterprise tetapi pada masa yang sama, AJK tetap membuka kepada syarikat lain yang berminat. Jika sebutharga yang diberikan berpatutan, syarikat yang sesuai akan dipilih.

Namun untuk membina kelengkapan surau ini dananya masih belum ada. AJK memerlukan anggaran harga untuk bertindak pada fasa kedua. Selepas bangunan surau As-Syakirin siap 100%, usaha mencari dana untuk membina kelengkapan surau pula akan dimulakan semula.

No comments:

Post a Comment