Tuesday, June 30, 2009

Kelulusan mengutip derma



[mukasurat 2 surat ini tidak diupload kerana mengandungi nombor kad pengenalan pengutip derma]

Hari ini penulis blog telah pergi ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam untuk mengambil surat kelulusan kebenaran mengutip derma kepada para dermawan.

Selain itu 1000 helai borang list derma perlu dicop hidup dengan logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Hampir 2 jam baru selesai.

Para penderma boleh menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor jika ingin mendapatkan pengesahan surat kebenaran tersebut.

AJK PEMBINAAN TIDAK MEMOHON PELEPASAN CUKAI DARIPADA LHDN

Penulis blog maklum bahawa ada antara penderma mahukan surat pelepasan cukai daripada LHDN supaya mereka boleh mendapat rebet atau pengecualian membayar cukai bagi jumlah yang didermakan untuk tujuan pembinaan Surau As-Syakirin.

Penulis blog telah mendapatkan maklumat iaitu untuk mendapatkan surat pelepasan cukai ini, AJK perlu mengupah juruaudit bertauliah atau berlesen bagi mengaudit rekod kewangan AJK Pembinaan  dan perlu menyerahkannya kepada LHDN. Didapati untuk mengupah juruaudit bertauliah , AJK perlu membayar lebihkurang RM2000 kepada syarikat berkenaan. Bukan sekali tetapi beberapa kali sehingga urusan pungutan derma selesai.

Setelah AJK berbincang berikutan kewangan yang ada perlu dijimatkan untuk membayar kemajuan kerja pembinaan, AJK mengambil keputusan tidak memohon untuk mendapatkan surat pelepasan cukai daripada LHDN. Terpulang kepada penderma sama ada mahu menyumbang atau tidak.

No comments:

Post a Comment