Wednesday, March 31, 2010

Besok 1 hb April 2010.

Hari ini adalah 31 Mac 2010. Ini bermakna penyata berakhir 31 Mac 2010 akan diterima oleh bendahari. Namun penyata ini lambat diterima oleh bendahari. Biasanya dalam pertengahan bulan baru dapat. Mengikut rakan penulis blog, penyata bank ini disediakan juruperunding yang dilantik oleh bank yang berpusat di Kuala Lumpur. Sebab itu penyata ini lambat sampai ke tangan bendahari.

Jika bendahari mahukan penyata awal contohnya pada 1 hb bagi tiap-tiap bulan yang berkenaan, bendahari perlu mendapatkannya dengan EON Bank di Pekan Semenyih. Untuk itu bayaran sebanyak RM5 dikenakan dan ia akan dikredit daripada akaun surau As-Syakirin sahaja.

Untuk mendapatkan penyata ini bendahari perlu menunggu dalam tempoh masa antara 10 ke 20 minit. Ini kerana petugas bank sibuk melayan pelanggan yang ramai. Bendahari juga perlu menunjukkan kad pengenalan sebagai bukti seorang AJK yang dilantik serta diberi kuasa untuk mendapatkan penyata bank ini.

No comments:

Post a Comment