Malam tadi jam 11:00 malam Bendahari sudah membayar kontraktor sebanyak RM14,000 lagi untuk fasa kemajuan kerja sehingga top beam siap. Namun demikian kerja belum siap sepenuhnya. Atas dasar memberi kemudahan kepada kontraktor supaya dapat membeli bahan binaan , maka AJK bersetuju untuk membuat bayaran.
Ini berikutan cara pembayaran sudah ditukar iaitu kontraktor perlu siapkan kerja dulu baru AJK akan membuat proses bayaran. Cara ini adalah hampir seperti projek kerajaan. Sudah siap sepenuhnya baru boleh buat tuntutan bayaran.
Jika kontraktor tiada modal pusingan, payah juga untuk menyiapkan projek yang diberikan.
Sekarang jumlah bayaran sudah dibuat kepada kontraktor adalah berjumlah RM70,000. Jumlah ini adalah bayaran sehingga keseluruhan struktur bangunan surau As-Syakirin siap sepenuhnya. Stuktur surau adalah rangka bangunan.
No comments:
Post a Comment