Saturday, May 30, 2009

Khat jawi



Percaya atau tidak? tulisan khat ini bernilai RM5.00 . Saya cuba menaip sendiri tulisan khat ini tetapi tiada font demikian dalam komputer saya.

Sudahnya saya pergi semula ke tempat kami menempah signboard tapak surau. Saya minta syarikat itu print di atas kertas supaya apabila balik saya dapat mengimbasnya menjadi fail imej. Bayarannya ialah RM5.00.

Tak apalah.. mereka berniaga. Ini adalah kerja seni. Dari tiada menjadi ada. AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat tersebut kerana dapat menghasilkan khat jawi Surau As-Syakirin dengan cantik sekali.

Terima derma pembinaan surau As-Syakirin

Derma terbaru di terima
1. En Nasarudin b. Mohamad No 13 Jln 4/5 - RM100
2. En Hussein b. Bikan No 31 Jln TPS 4/12 cek CIMB - RM2000
3. En Shamsudin b. Elias No 25 Jln TPS 4/13 - RM100
4. En Wahid b Hamzah No 23 Jln TPS 4/13 - RM100
5. En Hamid b. Hamad No 28 Jln TPS 4/6 - RM100
6. En Noor Azam b. Salim No 35 Jln TPS 4/10 - RM100
7. En Ramli b Bahari No 42 Jln TPS 4/11 - RM200
8. En Fesham Osmadi b. Omar No 48 Jln TPS 4/14 - RM100
9. En Rozi Azwardi b. Mat Rawi No 12A-Jln TPS 4/9 - RM100
10. En. Mohd Nizar b. Hassan No 33 Jln TPS 4/13 - RM100
11. En Noor Zamri b. Jasman No 22A Jln 4/8 - Rm150


Jumlah derma terkumpul setakat ini : RM 6150.00

( Nota : Wang sumbangan derma dideposit ke dalam akaun surau di Eon Bank Semenyih )

Untuk makluman penduduk, derma setakat ini masih belum banyak terkumpul. Ini kerana AJK pembinaan Surau As-Syakirin baru mengedarkan surat kutipan derma kepada penduduk fasa 6 dan 7 sahaja. Penduduk dirayu agar dapat memberikan kerjasama, komitmen dan memberikan sedikit pengorbanan harta untuk tujuan merelisasikan pembinaan surau itu nanti.

AJK pembinaan melalui surat edaran telah menetapkan setiap penduduk yang mewakili satu unit rumah memberikan komitmen derma minimum sebanyak RM100. Jumlah melebihi kadar minimum ini amat dialau-alukan.

Derma dari pihak luar akan dibuat sebaik sahaja AJK pembinaan menerima surat kelulusan kutipan derma yang di keluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Proses dokumen akan dibuat selepas hari taklimat pembinaan surau As-Syakirin pada 14 Jun 2009.

AJK pembinaan surau As-Syakirin menyasarkan kutipan derma dari sumber berikut:
1. Derma dari penduduk fasa 6 dan 7 berjumlah RM150,000
2. Derma dari pihak luar/individu tertentu/syarikat/tokoh korporat/jabatan kerajaan berjumlah RM100,000
3. Derma dari Pusat Zakat Selangor berjumlah RM50,000

Perlu difahami bahawa Pusat Zakat lazimnya akan memberi sumbangan derma setelah pembinaan surau siap sekurang-kurangnya 50% menggunakan wang yang diusaha sendiri oleh penduduk.

Akhirnya AJK pembinaan surau as-Syakirin mengucapkan jutaan terima kasih di atas keprihatinan dan komitmen yang diberikan penduduk dan para penderma dalam menjayakan impian kita ini- Pembinaan Surau As-Syakirin.

Saturday, May 23, 2009

Entry tertunda - Kertas kerja pembangunan surau

KERTAS KERJA PERMOHONAN MEWARTAKAN TAPAK SURAU FASA 6 DAN 7 TAMAN PELANGI SEMENYIH

LATARBELAKANG

Pada Tahun 2006 Gerak Teguh Sdn Bhd anak syarikat Metro Kajang Holding telah membangunkan projek perumahan Taman Pelangi Semenyih Fasa 7 dan 7A. Sebelum itu bersebelahan dengan projek pembangunan Fasa 7 adalah Fasa 6 dan Fasa 6A. Fasa pembangunan seterusnya adalah fasa 7B.Dianggarkan sebanyak hampir 1000 unit kediaman akan dibina dalam pembangunan dari fasa 6 hingga fasa 7B

Plan pembangunan itu terdiri dari pembinaan rumah kediaman jenis teres setingkat dan dua tingkat berharga sekitar RM150 hingga RM184 ribu seunit.

Sebagai pelengkap kepada infrastruktur taman perumahan ini, pihak pemaju telah mempamerkan plan tapak pembangunan projek tersebut. Antara yang telah tercatat di dalam plan iaitu terdapatnya lokasi kawasan lapang yang akan dibangunkan dengan taman permainan juga untuk membina beberapa peralatan rekreasi.Luas kawasan lapang ini dicatatkan seluas 2.23 ekar. Selain itu disediakankan juga tapak untuk pembinaan sebuah surau dan juga sebuah dewan yang masing-masing berkeluasan 0.50 ekar.

RASIONAL PROJEK PEMBANGUNAN SURAU FASA 6 DAN 7

Memandangkan surau adalah keperluan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan, kehadiran plan tapak surau di dalam projek pembangunan Taman Pelangi Semenyih telah menjadi faktor penarik kepada para pembeli untuk membeli unit-unit kediaman yang dilancarkan oleh pemaju.

Dianggarkan bilangan pembeli melayu beragama Islam adalah melebihi 90 peratus berbanding kaum-kaum lain dan agama lain di sini.

Sehubungan itu amat wajar sebuah surau yang telah diwartakan tapaknya di dalam plan pembangunan digunakan bagi merealisasikan pembinaan sebuah surau untuk kegunaan seluruh masyarakat dan komuniti Taman Pelangi Semenyih Fasa 6 dan Fasa 7.

Dengan adanya sebuah surau, pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat diadakan yang akan dipusatkan di surau yang akan dibina nanti.

Antara aktiviti-aktviti yang akan berpusat di surau tersebut adalah sepeti berikut :

1. Melaksanakan tuntutan menunaikan solat berjemaah meliputi solat 5 waktu
2. Melaksanakan solat tarawikh pada bulan Ramadhan
3. Melaksanakan solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha
3. Mengadakan aktiviti sambutan bulan-bulan kebesaran Islam
4. Pusat logistik dalam membantu mengurus urusan kematian melibatkan penduduk Fasa 6 & 7, TPS
5. Tempat bermesyuarat untuk urusan kenduri kendara seperti mengadakan majlis rewang perkahwinan dan gotong royong memasak
6. Tempat menjalankan upacara pernikahan
7. Tempat menuntut ilmu melalui kelas-kelas pengajian khas bagi kanak-kanak, lelaki dewasa dan
perempuan dewasa.
8. Surau boleh dijadikan pos kawalan keselamatan sekiranya ahli jemaah berminat untuk menubuhkan kawalan keselamatan secara sukarela
9. Dan lain-lain aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti TPS selain tempat untuk mengekalkan perpaduan dan silaturrahim.

Walaupun pada dasarnya di Taman Pelangi Semenyih ini telah sedia ada sebuah surau di Fasa 3 namun kedudukannya agak jauh dari rumah penduduk di Fasa 6 dan 7 yang jaraknya hampir sejauh 1KM. Dengan adanya surau di fasa 6 dan 7 ini, ianya dapat diakses secara mudah dengan berjalan kaki sahaja memandangkan kedudukannya yang strategik berada di tengah-tengah blok kawasan perumahan penduduk.

LOKASI TAPAK SURAU

Di dalam plan, lokasi tapak surau yang telah diwartakan iaitu bersebelahan dengan jalan TPS 4/5

PIHAK-PIHAK BERKUASA / BERKAITAN YANG AKAN TERLIBAT DALAM PERMOHONAN PEMBINAAN SURAU INI

1. Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat – Permohonan mewartakan tapak surau
2. Pejabat Agama Daerah Hulu Langat – Khidmat nasihat dan sokongan kelulusan pembinaan surau
3. YB ADUN Semenyih YB Tuan Johan b. Aziz – Sokongan kelulusan pembinaan surau
4. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan kelulusan pembinaan surau
5. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan sumbangan derma orang ramai
6. Jabatan mufti JAIS - Pengesahan arah kiblat
7. Majlis Agama Islam Negeri Selangor – Permohonan sumbangan pembangunan surau
8. Majlis Perbandaran Kajang – Kelulusan plan pembinaan surau
9. TNB – Perkhidmatan sambungan tenaga elektrik
10. SYABAS – Perhidmatan sambungan bekalan air
12. IWK – Perkhidmatan pembetungan

Thursday, May 21, 2009

Penyata kewangan awal

Berikut penyata kewangan awal akaun tabung pembinaan surau. Data di terima dari Bendahari Sdr Jamalullail.

TERIMA

14.5.2009 Derma dari Tn Hj Razak (pendahuluan buka akaun ) - RM 2000.00
15.5.2009 Derma dari individu (terima dari Hj Raja Zazman) - RM 500.00
16.5.2009 Derma dari Sdr Jamalullail - RM 500.00

JUMLAH TERIMA : RM 3000.00

BAYAR

16.5.2009 Cop bendahari RM 5.50
16.5.2009 Cop bank RM 4.50
16.5.2006 Resit sementara 5 RM 6.00
16.5.2009 Stampad ink RM 2.50
16.5.2009 ABBA vaucher file RM 5.00
16.5.2009 Scap Book RM16.80
16.5.2009 Rubber stamp rack RM5.00

JUMLAH BAYAR : RM 45.30

BAKI SEMASA : RM3000 - RM45.30 = RM2954.70

Papan tanda tapak surau




Pagi tadi papan tanda tapak surau telah didirikan. Kos papan tanda tapak surau ini dibiayai oleh Tn Hj Raja Zazman sendiri selaku Pengerusi Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin.

Mesyuarat bilangan 3

tarikh : 30 Mei 2009
Masa : 9:00 malam
Tempat : Rumah Hj Raja Zazman
Agenda:

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Pengesahan minit dan perkara berbangkit
3. Taklimat kepada penduduk
4. Laporan kewangan/ derma yang telah diterima
5. Pemasangan papan tanda
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan mesyuarat

AJK diminta tidak menguzurkan diri. sekian terima kasih.

Ahamad Azwan b. Yahya@ Abd Majid
Setiausaha

Tuesday, May 19, 2009

Surat sokongan MAIDHL- buka akaun


Nasib baik hari tu mohon surat sokongan dari kedua pihak. JAIS dan MAIDHL.
Mudah berurusan dengan EON Bank. Kami tidak perlu mengisi sebarang borang. Semua kakitangan bank yang isi. Kami tandatangan sahaja.

Monday, May 18, 2009

Open Tender

AJK pembinaan surau As-Syakirin bercadang untuk membuka tender secara terbuka kepada kontraktor-kontraktor berlesen bagi membina bangunan surau As-Syakirin.

Selain itu AJK juga sedang mencari firma arkitek untuk melukis pelan binaan surau. Kepada individu atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini turut dipelawa memberikan sebutharga.

AJK juga akan mengupah syarikat berlesen untuk melakukan kerja-kerja ukur tanah. Surveyor perlu memiliki alat theodolite untuk tujuan mengukur dan mencari arah kiblat.

Kepada individu, syarikat atau kontraktor yang berminat untuk menawarkan perkhidmatan, diminta menghubungi AJK di talian Admin.

Bakal Jamaah Surau


Fasa 7B -dalam pembinaan Fasa 7 -siap diduduki Fasa 6 - siap diduduki

Foto Lokasi



Hari ini penulis blog mengambil gambar tapak surau As-Syakirin. Tapak surau As-Syakirin terletak di persimpangan Jalan 4//5. Masih kosong..

Alamat surat menyurat

Buat sementara yakni sebelum surau ini berjaya siap dibina, untuk urusan surat menyurat AJK akan menggunakan alamat rumah pengerusi iaitu di No 40 jalan TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan.

Spesifikasi pembinaan

Melalui mesyuarat yang dilaksanakan pada 2 Mei 2009 di rumah Sdr Jamalullail, Ketetapan telah dibuat iaitu:

Saiz binaan surau : 40 X 70 kaki persegi
Anggaran kos : RM300,000 ( Tiga ratus ribu ringgit )

Mempunyai kubah atau berimej bangunan surau.

Spesifikasi binaan akan dikaji dari masa ke semasa sebelum plan binaan yang muktamad telah dipersetujui oleh semua AJK.

Sekiranya kos untuk binaan seluas 40 X 70 kaki persegi melebih dari jumlah kos sasaran, saiz binaan akan dikecilkan kepada 30 X 60 kaki persegi atau mengikut mana yang bersesuaian.

Surat sokongan buka akaun

Ini surat sokongan buka akaun dengan Maybank. Tetapi Maybank minta masukkan nama pengerusi, setiausaha dan bendahari. Proses memohon surat sokongan inipun 2 minggu. Jika ingin meminta pihak JAIS membetulkan surat ini, AJK kena menunggu 2 minggu lagi. Berikutan karenah birokrasi ini, AJK bersetuju membuka akaun di Eon Bank cawangan Semenyih Sentral. Sekian untuk makluman pendduduk.

Plan tapak surau As-Syakirin

Pengesahan tapak dari MPKj


Kelulusan pembinaan


Taklimat pembinaan surau

Semua penduduk muslim Fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih dijemput datang. Semua diharap tidak menguzurkan diri untuk membicangkan agenda penting ini.

Aturcara :

7:00 pagi - Penduduk berjoging atau beriadah di padang
7:30 pagi - Berkumpul di gelanggang bola keranjang
8:00 pagi - Ucapan aluan pengerusi majlis
8:15 pagi - Ucapan Pengerusi penaja
8:30 pagi - Ucapan Tn Hj Halim
8:40 pagi - Perbincangan

Dokumen-dokumen

1. Permohonan pengesahan tapak
2. Surat pengesahan tapak oleh Majlis Perbandaran Kajang
3. Plan tanah
4. Kertas kerja permohonan mendirikan surau kepada JAIS
5. Kelulusan pembinaan dari JAIS
6. Surat sokongan pembukaan akaun dari MAIDHL
7. Plan binaan
8. Kelulusan plan pembangunan dari MPKj
9. Surat permohonan derma

Blog bermula

Blog surau as-syakirin bermula..

Blog ini dibangunkan sebagai satu strategi mencari dana pembinaan Surau As-Syakirin. Selain satu kaedah mencari dana, blog ini juga bertujuan untuk memaklumkan semua penderma mengenai perkembangan pembinaan surau As-Syakirin.

Kandungan blog ini ditulis oleh penulis blog sebagai salah seorang AJK yang memainkan peranan dalam pembinaan Surau As-Syakirin. Kandungan dalam blog ini adalah merupakan tulisan dan pandangan peribadi beliau dan ianya tidak menggambarkan pandangan rasmi AJK pembinaan surau As-Syakirin yang lain.

Blog ini boleh juga dijadikan rujukan oleh mana-mana pihak yang ingin membangunkan sebuah surau baru dalam komuniti atau taman perumahan yang baru dibuka.

Jika ada sebarang tulisan yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak, penulis blog selaku orang yang bertanggungjawab membangunkan blog ini memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan.

Sekian harap maklum.

Penulis blog Surau As-Syakirin.