Rm200 drp ibu Kak Yah Jln TPS 4/9 - RM200. Jam 7:00 malam tadi bendari sempat ke Semenyih untuk mendeposit sumbangan derma tersebut di mesin ATM EON Bank.
Jadi baki di bank pada hari ini adalah RM64,429.02
Status pembinaan hari ini
Dinding batu bata semakin banyak dipasang. Mengikut En Azman hari Jumaat ini semua dinding batu bata akan siap. Sebaik siap AJK akan membayar kontraktor sebanyak RM17,000
Jadi pada hari Ahad 28 Mac 2010 ini semua penduduk yang hadir ke sesi taklimat pembinaan Surau As-Syakirin akan melihat semua dinding surau sudah siap di pasang.
Kerja selepas ini adalah menaikkan rangka bumbung pula.
Mengikut En Azman juga, kerja-kerja menaikkan rangka bumbung dan memasang bumbung mengambil masa 10 hari. Jika benar dan sebaik siap, AJK akan membayar RM32,000 lagi kepada kontraktor.
No comments:
Post a Comment