Tuesday, March 16, 2010

Derma hari ini

RM100 drp En Izzundin b Hanani jln TPS 4/1

------------------
Penulis blog sudah menghantar dokumen memohon bekalan air kepada En Din yang bekerja di SYABAS dan bekalan elektrik kepada En Nasri yang bekerja di TNB. Mengikut En Din, Kontraktor mengenakan RM1100 untuk membuat pemasangan bekalan air. Kedua-dua En Din dan En Nasri adalah jiran penulis di lorong TPS 4/9. Setakat ini bayaran untuk pemasangan bekelan elektrik 3 fasa kekal RM2500. Jika dapat lagi murah lebih baik kerana dapat menjimatkan wang dana pembinaan surau.
-----------------

Hari ini semua frame top beam sudah siap. Mungkin besok akan dimasukkan simen. Jika sudah siap bermakna keseluruhan struktur bangunan surau As-Syakirin siap. Sehingga tahap ini bendahari sudah membayar RM70,000 kepada kontraktor.

Kali ini AJK membayar terlebih awal supaya En Azman dapat memastikan batu bata dan frame pintu untuk kerja-kerja pemasangan dinding batu bata segera dibeli. Ini untuk mengelak pekerja tidak membuat kerja kerana bahan binaan habis.

No comments:

Post a Comment