Wednesday, March 24, 2010

Borang pendaftaran surau sudah ada di dalam tangan

Tn Hj Raja Zazman , Pengerusi JK Pembinaan surau As-Syakirin sudah mengambil borang pendaftaran surau daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat.

Sebaik surau As-Syakirin siap dan sudah mula digunakan, AJK pembinaan surau As-Syakirin sedia ada akan dibubarkan dan satu jawatankuasa kuasa baru atau jawatankuasa tetap pentadbiran surau As-Syakirin akan dipilih.

Nama-nama AJK yang terpilih akan diisi ke dalam borang yang sudah diambil ini dan akan dihantar kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat semula untuk dipanjangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Untuk makluman penduduk, Tn Hj Raja Zazman tidak boleh dilantik sebagai pengerusi kerana beliau telah sedia memegang jawatan Nazir Masjid Kariah Kg Rinching. Surau ini apabila siap adalah terletak di bawah pentadbiran kariah Masjid Kg Rinching.

Penduduk adalah diingatkan supaya memilih AJK yang benar-benar layak dan berwibawa untuk menerajui barisan kepimpinan AJK Surau ini nanti. Penduduk yang memiliki kelulusan dan kelayakan dalam bidang pendidikan Islam adalah dicadangkan diberi keutamaan. Selain itu, tokoh veteran atau senior turut perlu dipertimbangkan.

Pada dasarnya AJK surau akan diberi kepada 2 iaitu AJK tadbir dan Pegawai surau.

AJK Tadbir

1 orang pengerusi :
1 orang setiausaha :
1 orang bendahari :
7 orang AJK :
1 wakil pemuda :
1 wakil wanita :
2 pemeriksa kira-kira:

Pegawai Surau

1 orang imam :
1 orang bilal / bilal jenazah lelaki:
1 orang siak :
1 bilal jenazah wanita :

Walaupun hanya seorang imam dan seorang sahaja bilal yang dicatatkan dalam borang pendaftaran , AJK akan melantik beberapa orang lagi imam dan bilal secara dalaman daripada kalangan penduduk yang mempunyai kelayakan dan kemampuan untuk memimpin solat jemaah.

No comments:

Post a Comment