Pada zaman penulis blog masih kanak-kanak dan remaja, surau dan masjid adalah tempat yang mesti dikunjungi penulis blog. Pada usia begitu penulis blog tidak tahu sangat faedahnya pergi ke surau. Yang penulis blog tahu, pergi ke masjid dan surau dapat bermain dengan rakan-rakan seusia. Penulis blog tidak ambil pusing sangat pahala atau kebaikan yang diperolehi kerana selalunya mengunjungi tempat itu. Sehingga hari ini penulis blog kosisten hadir ke tempat ini. Berada di sini kita akan mendapat ramai kawan. Kita mudah dikenali.
Namun bukan ini yang penulis blog hendak maklumkan. Oleh kerana penulis blog berasal daripada kampung, rata-rata dalam setiap 1KM ada sebuah surau. Kebanyakan surau di kampung dibina dengan kayu. Surau yang lama dibina dengan kayu berkualiti tinggi. Ada jenis kayu Cengal,Meranti dan lain-lain jenis yang penulis blog tidak tahu sangat.
Surau itu dibina atas tanah siapa? Ini isunya yang penulis blog hendak cerita...
Rata-rata tanah tapak surau itu diwakafkan oleh generasi terdahulu. Tanah itu tidak digazetkan pemaju atau kerajaan. Semuanya adalah atas inisiatif insan yang pemurah. Orang zaman dahulu tidak sayangkan tanah mereka. Barangkali juga oleh kerana mereka memiliki tanah yang agak luas , apalah salahnya mewakafkan sedikit untuk didirikan sebuah surau.
Selain mewakafkan tanah untuk surau, orang zaman dulu juga mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan tanah perkuburan Islam. Tapak masjid juga ada yang berstatus wakaf. Rumah anak ytim juga turut diwakafkan tapak pembinaannya. Malah jika ada rumah di atas tanah itu dengan rumah-rumahnya sekali diwakafkan.
Tidak tahulah penulis blog apakah ganjaran yang mereka dapat kerana mewakafkan tanah itu. Pewakafnya sudah pergi mengadap Ilahi berkurun lamannya. Namun surau di atas tanah yang diwakafkannya masih digunakan pada hari ini. Walaupun surau tersebut banyak yang telah tidak digunakan kerana tiada lagi jemaah atau jemaah semakin kurang akibat penghijrahan keluar daripada kampung halaman, namun suraunya masih ada. Tanahnya masih berstatus wakaf. Tiada siapa berani mengusik tanah surau itu untuk menukarnya menjadi bangunan lain atau tujuan lain.
Bagaimana dengan kita pula yang duduk di taman-taman perumahan. Kita berada dalam era pembangunan?
Hari ini taman perumahan baru banyak dibangunkan. Sebagai satu syarat kelulusan, pemaju mesti menyediakan satu tapak surau untuk digunakan oleh penduduk untuk membina sebuah surau. Pemaju tidak mewakafkan tanah tersebut. Tetapi pemaju mesti menggazetkan tanah tapak surau. Tidak ada tapak surau, maka projek tidak akan diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan. Tapak surau ini pula tidak dibuat merata-rata. Ia adalah mengikut perkiraan populasi premis kediaman yang dibangunkan. Berapa jumlah rumah dibina. Berapa pula jumlah penghuninya. Semua diambil kira. Dengan jumlah tertentu rumah dan jangkaan bilangan penduduk, sebuah tapak surau mesti di sediakan. Jika tidak mencapai bilangan tertentu tidak mengapa tiada tapak surau. Projek boleh diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.
Namun untuk membina surau pula pemaju tidak terlibat. Phak berkuasa tempatan juga tidak terlibat. Kerajaan juga turut tidak terlibat sama. Penduduk di komuniti itulah yang perlu berusaha membangunkannya. Bentuklah AJK sendiri dan cari dananya sendiri. Pihak berkuasa yang berkenaan hanya menyediakan kelulusan dan memberi kebenaran sahaja.
Berbalik kepada isu wakaf, hari ini bilangan individu yang mewakafkan tanah sudah kurang. Malah tidak kedengaran lansung ada individu yang hendak memakafkan tanahnya untuk dibina masjid atau surau. Malah tanah perkuburan juga. Tiada. Tanah dilihat sebagai satu aset menguntungkan. Rugi sangat jika tanah diserahkan secara percuma untuk diguna orang ramai. Kerana tanah juga orang boleh bergaduh. Berebut harta pusaka.
Adakah kita tidak boleh berwakaf?
Boleh. Hari ini wakaf sudah didatangkan dalam bentuk baru. Kita boleh berniat wakaf dengan menghulurkan wang ringgit jika ada pihak ingin membina sebuah surau, masjid, sekolah agama atau rumah kebajikan seperti rumah anak yatim.
Wang yang kita hulurkan niatkan sahaja kita memberi wakaf.
Jadi kami, AJK pembinaan surau As-Syakirin sudah membuka ruang dan peluang untuk sesiapa sahaja meneruskan amalan wakaf ini. Bagi penduduk di komuniti ini, RM100 yang AJK mohon daripada setiap pemilik rumah boleh juga diniatkan berwakaf.
Kepada individu daripada luar komuniti kami pula, tuan/puan boleh juga menghulurkan sumbangan dengan berniat yang sama. Niat mewakafkan sumbangan untuk mendirikan sebuah surau. Surau As-Syakirin fasa 6 dan 7, Taman Pelangi Semenyih.
No comments:
Post a Comment