Pagi tadi penulis blog dihubungi oleh En Mohd Bilal salah seorang AJk yang ditugaskan untuk mendapatkan perkhidmatan bekalan air. Menurut En Bilal, pihak kontraktor bekalan air memaklumkan pemasangan bekalan air hanya dapat dilakukan apabila bangunan surau siap 70%. Jika siap 70% bayaran pemasangan dikenakan cuma Rm1100. Jika hendak dipasang dalam tempoh terdekat bayaranya menjadi RM1800. Jika begitu penulis blog mencadangkan supaya dipasang sahaja apabila tahap pembangunan surau sudah mencapai 70%. Ini dapat menjimatkan wang dana surau.
Tetapi berita baik yang dimaklumkan En Bilal, ada individu yang ingin menaja kos pemasangan bekalan air sebanyak Rm1100 itu. Alhamdulillah. Jika benar, penulis blog bersyukur. Untuk membina sebuah surau, ramai orang begitu bermurah hati untuk membantu. Ramai orang tidak sayang untuk mengeluarkan wang untuk menyumbang ke arah kebaikan.
Hirarki tindakan untuk mendapatkan bekalan air seperti di bawah:
En Bilal (AJK) - En Din (penduduk/pekerja Syabas) - kontraktor Syabas
Untuk bekalan elektirk pula, penulis blog masih belum ada kesempatan untuk menghubungi En Nasri yang merupakan seorang kakitangan TNB di Bangi.
Ini pula hirarki tindakan untuk mendapatkan bekalan elektrik:
En Nasri (penduduk/pekerja TNB) - Kontraktor TNB
No comments:
Post a Comment