Sunday, March 14, 2010

Status pembinaan hari ini


Gambarfoto status semasa pembinaan surau dari pandangan sudut beranda. Beranda ni tempat mengadakan jamuan. Pada kali pertama surau ini akan digunakan penulis blog bercadang elok kita membuat majlis doa selamat sedikit. Tapi nak buat jamuan duit surau sudah habis digunakan.

Jika ada penduduk yang ingin menaja jamuan pada malam tersebut alangkah bagusnya. Nasi lemak lauk sambal bilis atau pulut kuning dengan rendang ayam serta air bujang sudah memadai. Penulis blog menjangkakan pada waktu Maghrib kali pertama ia digunakan kehadiran mungkin dalam sekitar 50 orang. Kapasiti surau ini adalah seramai 200 orang. Di bulan Ramadhan nanti rasanya jemaah akan melimpah ruah. Tidak akan mampu surau ini menampung jumlah jemaah yang ramai yang terdiri daripada lelaki dewasa, kaum wanita, para remaja, kanak-kanak atau barangkali ada bayi juga.

Satu surat memaklumkan kepada penduduk tarikh surau akan dibuka dan mula digunakan akan diedarkan pada masa yang sesuai.

Penulis blog juga sudah mengenalpasti 4 orang ustaz atau bakal imam selain Tn Hj Halim yang ada di komuniti ini. Kepada mereka penulis blog sudah memaklumkan untuk meminta khidmat mereka pada bulan Ramadhan nanti.



Pandangan sudut ruang solat.


12 batang tiang level 2 sudah hampir siap. Selepas siap frame beam atas pula akan dipasang dan kemudian dimasukkan simen. Siap AJK akan membayar RM14,000 kepada kontraktor.


Pekerja memasukkan simen ke dalam frame tiang secara manual. Sebelumnya intermediate beam guna kren. Penulis blog tak kisah janji cepat siap sudah...



Tekun sungguh pekerja melakukan kerja mereka. Selain mendapat upah, pekerja ini penulis blog fikir turut mendapat ganjaran pahala membina nya.

No comments:

Post a Comment