Baki dana surau di bank pada hari ini adalah RM64,429.02
Bayar dinding - RM17,000 baki jadi RM47,429.02
Bayar bumbung - RM 32,000 baki jadi RM15,429.02
Bayar pendawaian elektrik - Rm 12,000 baki jadi RM 3,429.02
Baki dana akan diguna untuk memohon bekalan elektrik berjumlah Rm2500 untuk penyambungan elektrik 3 fasa dan bekalan air sebanyak RM1100 ( Mengikut en Bilal ada individu yang ingin menaja kos pemasangan bekalan air).
SEHINGGA DIPERINGKAT INI, DANA SURAU HABIS DIGUNAKAN.
Pembinaan masih belum mencapai tahap 70% kerana untuk sampai ke tahap ini, dinding mesti diplaster terlebih dahulu dan jumlah pembayaran yang perlu dibuat AJK kepada kontraktor adalah RM14,000.
Jika masih tidak sampai 70%, Lembaga Zakat Selangor tidak akan menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM40,000. Namun begitu AJK sudah memohon jasabaik pihak LZS untuk menyalurkan peruntukan itu lebih awal bagi mengelakkan pembinaan Surau As-Syakirin terhenti di tengah jalan.
Sehubungan itu penduduk boleh membantu AJK dengan segera menyalurkan sumbangan seperti yang sudah dipersetujui bersama dalam taklimat pembinaan Surau As-Syakirin kali pertama pada Mei 2009 yang lalu.
Penderma daripada luar komuniti kami juga turut dialu-alukan sekiranya sudi untuk membantu.
No comments:
Post a Comment