AJK mempelawa penderma dan bakal penderma untuk hadir ke tapak surau bagi melihat sendiri kemajuan pembinaan surau As-Syakirin. Surau ini banyak menggunakan tiang iaitu sebanyak 36 batang. Tiangnya pula bersaiz besar. Kira-kira ketebalannya seperti ingin membina bangunan empat tingkat. Itu mengikut kata seorang penduduk yang merupakan seorang kontraktor juga. Katanya terlalu banyak tiang dan bersaiz besar pula. Ini merugikan kerana wang boleh dialihkan kepada tempat lain umpamanya membesarkan lagi saiz binaan.
Namun satu perkara yang telah diambilkira ialah bumbung surau ini dibina tinggi supaya mendapat pengudaraan yang baik. Jika bumbung hendak dibina tinggi, saiz tiang perlu besar supaya bangunan menjadi kukuh. Jika bumbung surau rendah, jemaah akan rasa tidak selesa kerana haba panas berlaku dari tubuhbadan jemaah sendiri apabila bilangan jemaah terlalu ramai di dalam ruang solat. Pastinya pada bulan Ramadhan jemaah akan ramai.
Tidak sabar rasanya penulis blog ingin melihat surau ini siap dan sedia digunakan.
Namun AJK masih perlukan baki dana sebanyak RM27,000 lagi. Kepada individu yang ingin membantu AJK dari aspek kewangan atau tolong mencarikan penyumbang atau penderma, AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment