Sunday, March 21, 2010
Flyers
AJK akan mengedarkan pemberitahuan menjemput penduduk menghadiri taklimat pada 28 Mac 2010 dalam tempoh terdekat ini. Sebelum ini surat rasmi sudah diedarkan. Lebih daripada 700 surat rasmi sudah diedar seminggu yang lepas.
Adalah diharapkan supaya semua penduduk dapat hadir. Penduduk boleh membawa seisi keluarga. Suami,isteri, anak-anak bawalah bersama. Sementara menunggu penduduk hadir penduduk boleh juga beriadah seisi keluarga. Bersenam atau berjoging terlebih dulu. Yang anak kecil pula boleh bermain alat-alat permainan yang disediakan.
Namun dalam masa yang sama ada kebarangkalian juga ramai penduduk tidak mahu datang. Jika kehadiran tidak ramai hatta 10 orang sekalipun taklimat tetap akan di adakan. Ajk sudah berusaha, penduduk datang atau tidak terpulang kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment