Untuk makluman , penyata sumbangan penduduk yang dipamerkan pada sesi taklimat pagi tadi sudah diletakkan di tapak binaan surau. Penyata tersebut barangkali akan rosak terkena air embun atau hujan.
Sebaik sahaja bumbung siap penyata sumbangan penduduk yang baru dan telah dikemaskini akan sentiasa dipamerkan di surau. Sudah ada bumbung penyata tersebut sudah selamat daripada kerosakan akibat basah terkena hujan. Jadi penduduk boleh datang ke tapak pembinaan surau untuk membaca penyata yang telah disediakan oleh bendahari. Penyata ini tidak akan diedarkan lagi ke rumah-rumah penduduk selepas sesi taklimat hari ini.
Sekiranya penduduk sudah membuat sumbangan dan pada penyata tiada tercatat nama penduduk, sila buat pertanyaan kepada bendahari dengan menunjukkan bukti sumbangan.
Sebaik sahaja bumbung surau sudah dipasang, setiap Ahad bendahari akan berada di tapak pembinaan surau bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan menyerahkan derma mereka. Penduduk yang sudah menderma juga boleh datang ke tapak pembinaan surau pada hari yang sama sekiranya ingin membuat sumbangan tambahan.
No comments:
Post a Comment