Oleh kerana semua bata dinding dan frame pintu sudah siap dipasang, bendahari telah membayar RM17,000 untuk kerja pada tahap ini.
Untuk makluman semua penderma, AJK sudah menukar polisi pembayaran sebelum ini iaitu apabila kontraktor menyiapkan kerja baru bayaran akan dibuat.
Penulis blog amat berharap pihak kontarktor dapat menggunakan baki keuntungan bayaran tersebut selepas ditolak pembelian bahan binaan dan upah gaji pekerja, cukup untuk memastikan bahan binaan seterusnya dihantar ke tapak surau.
Ini berikutan pembayaran untuk pemasangan rangka bumbung dan bumbung genting simen memakan kos yang agak tinggi iaitu RM32,000.
No comments:
Post a Comment