Monday, May 31, 2010

Membina surau perlukan keikhlasan

Kerja membina surau adalah satu kerja yang mulia disisi agama. AJK memainkan peranan penting mengusahakan pencarian dana. Dalam pada itu penderma-penderma turut menjadi satu faktor penting. Tanpa sumbangan penderma kerja pembinaan surau hanya satu omongan kosong. Kontraktor pula memastikan pembinaan menjadi kenyataan.

Semua pihak yang terlibat dalam pembangunan surau ini perlu berniat dengan betul. Masing-masing perlu melihat aspek membangunkan surau ini sebagai satu sumbangan kepada meningkatkan syiar Islam.

AJK yang mengusahakannya perlu berniat ikhlas. Bukan populariti yang dicari. Bukan untuk mendabik dada surau ini dibangunkan hasil penat lelah dan usaha mereka. Usaha AJK semata-mata adalah memastikan surau ini berjaya dibina untuk manfaat penduduk. Untuk mengadakan tempat penduduk bersolat jemaah selain dalam masa yang sama penduduk dapat bertemu bersua muka. Sering bertemu, ikatan persaudaraan sesama Islam akan terbina.

Kerja hari ini


20 kampit simen, gam dan pasir sudah sampai ke tapak surau. Esok pekerja akan mula memasang simen plaster dinding. Kerja ini dilakukan sementara menunggu baki atap genting beranda sampai pada hari Selasa.

Pekerja mencabut frame beam ruang tengah surau hari ini .

derma terkini diterima daripada En Wan Muzamri dari jln TPS 4/4 berjumlah Rm150.

Hari ini bendahari sudah mendeposit derma ke akaun surau. Bendahari turut mendapatkan penyata bank berakhir 30 Mei 2010. Wang berjumlah RM1430 yang dideposit tidak dicetak oleh sistem.

Pada penyata jumlah dana semasa adalah RM65,381.23
Campur dengan derma yang dideposit RM1430 menjadi RM66,811.23 dan campur dengan derma terkini RM150 ialah RM66,961.23

Sunday, May 30, 2010

Derma terkini

Terima derma daripada Masjid Nurul Ihsan Batu 10 Taman Sri Cheras sebanyak RM1430. Derma ini adalah kutipan daripada jemaah solat Jumaat di masjid tersebut yang dibuat 4 kali Jumaat berturut-turut.

AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn Nazir dan barisan AJK Masjid Nurul Ihsan atas kesudian membuat kutipan tersebut.

Tidak lupa AJK ucapkan terima kasih kepada En Ku Arshad penduduk di Jln TPS 4/10 kerana telah memohon kebenaran AJK masjid tersebut untuk menjalankan kutipan Jumaat.

En Ku Arshad juga seorang penduduk yang aktif membantu AJK Pembinaan mendapatkan sumbangan derma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.

Satu lagi derma terkini diterima bendahari daripada Tn Hj Raja Salleh berjumlah RM500 (terima dr Sdr Azwan)

Teruskan menderma

AJK ingin memaklumkan kepada semua penduduk dan kepada sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu AJK mengumpul dana pembinaan surau As-Syakirin supaya terus menghulurkan sumbangan.

Kini dana untuk membayar kos pembinaan surau As-Syakirin sudah cukup.

Cuma dana yang masih belum ada ialah untuk kos pembinaan kelengkapan surau terdiri daripada pembinaan tandas lelaki dan wanita, bilik wuduk wanita, dapur dan bilik mandi jenazah.

Kira-kira sebaik surau ini digunakan pada Ramadhan nanti, tandas dan bilik air tiada. Ini bermaksud ahli jemaah perlu balik ke rumah jika ingin pergi ke tandas kerana tandas masih belum dibina lagi.

Jadi kepada penduduk dan penderma-penderma budiman, tuan/puan boleh menderma dengan menghnatar terus sumbangan ke rumah AJK atau lebih mudah terus kreditkan sahaja sumbangan menggunakan mesin deposit tunai atau cek EON Bank atau melakukan transaksi pemindahan wang dengan perbankan internet. No akaun dan nama akaun surau tetap sama iaitu:

Nombor akaun : 0675-11-000-223-3
Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Bank : EON Bank Cawangan Semenyih Sentral

Timeframe

Sekarang hanya tinggal sebulan sahaja lagi untuk kontraktor menyiapkan surau As-Syakirin. Hari ini sudah 30 Mei 2010. Kerja-kerja yang masih belum siap adalah seperti di bawah

1. Bumbung masih belum siap sepenuhnya
2. Pendawaian elektrik akan siap dalam tempoh seminggu
3. Memasang frame pintu dan tingkap serta kemasan plaster akan siap dalam tempoh 10 hari
4. Pemasangan pintu, tingkap dan aksesori dan syiling dalam tempoh seminggu
5. Mengecat akan siap dalam tempoh seminggu
6. Memasang unit DB, soket punca kuasa, lampu dan kipas dalam tiga hari
7. Membina apron kakilima dan longkang- seminggu
8. Kerja pembersihan dan pembungan sisa binaan dalam 1 hari

Mungkin kontraktor akan melakukan dua atau tiga kerja serentak dalam satu masa kerana tempoh sebulan tidak lama.

Derma terkini

Derma diterima hari ini daripada En Yahya b Hassan dari jalan TPS 4/13 - RM100

Hari ini Ahad pekerja cuti.

Saturday, May 29, 2010

Status pembinaan semasa




Foto di atas menunjukkan status pembinaan semasa bumbung surau. Hari ini pekerja memasang skru pada kayu penyambung rangka bumbung beranda. Atap genting pula akan sampai pada hari Selasa kerana kedai hardware tempat kontraktor membeli bahan binaan kehabisan stok. Ini bermakna pada hari Rabu baru atap bahagian anjung atau beranda pula dipasang.

Sehingga hari ini AJK sudah membayar kontraktor sebanyak RM133,000. Baki bayaran kepada kontraktor adalah sebanyak RM63,500 lagi.

Friday, May 28, 2010

Bekalan air dan elektrik akan dimasukkan sebaik sahaja bumbung siap

Mengikut perancangan asal bekalan air dan elektrik sudah boleh dimasukkan sebaik sahaja bumbung siap sepenuhnya. Sebelum ini AJK sudah bertanya kepada penduduk yang bekerja dengan TNB dan SYABAS boleh atau tidak kedua bekalan air dan elektrik ini dimasukkan dalam keadaan surau belum siap sepenuhnya.

En Nasri yang berkerja dengan TNB memaklumkan boleh. Begitu juga dengan En Din yang bekerja dengan SYABAS juga menyatakan boleh. Penulis blog turut meminta jasa baik kedua mereka untuk menguruskan kemasukan bekalan utiliti tersebut ke premis surau. Mengikut En Nasri dan En Din, kira-kira kontraktor hanya menunggu lampu hijau sahaja untuk mula bertindak.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, bekalan air dan elektrik akan dimasukkan sebaik sahaja bumbung siap sepenuhnya.

Surau mesti siap sebulan sebelum Ramadhan

1 Ramadhan akan mula disambut pada 11 Ogos 2010. Surau pula mesti disiapkan sebulan sebelum tarikh 11 Ogos yakni pada 11 Julai 2010 tidak boleh tidak, surau mesti siap. Untuk pembukaan dan penggunaan surau buat pertama kalinya pada 11 Julai 2010 , kenduri doa selamat akan diadakan selepas solat Mahgrib.

Jamuan yang disediakan hanya ala kadar sahaja. Mungkin nasi lemak dan air teh bujang sahaja. Guna pula cawan dan bekas polisteren sebab surau belum ada kelengkapan lagi.

Seminggu sebelum tarikh pembukaan dan penggunaan surau untuk buat pertama kalinya, AJK akan mengedarkan surat pemberitahuan kepada semua penduduk supaya dapat hadir dan turut serta dalam program.

Tempoh sebulan surau mesti siap sebelum Ramadhan juga bertujuan supaya AJK dapat membuat persiapan secukupnya untuk menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak yang ditunggu-tunggu. Antara tindakan yang perlu dibincang iaitu:

  • Mengenalpasti imam,bilal dan siak bertugas yang akan dibuat secara giliran
  • Melantik petugas-petugas lain pada bulan Ramadhan seperti penyedia air minuman semasa moreh
  • Merancang aktiviti sepanjang bulan Ramadhan , Solat tarawikh, moreh dan tadarus Al Quran
  • Sambutan Nuzul Al-Quran- Pengisian seperti majlis berbuka bersama dan petangnya ada tazkirah Ramadhan
  • Merancang tindakan membuat kelengkapan surau iaitu pembinaan tandas, bilik wuduq wanita dll yang berkaitan
  • Merancang tindakan untuk membuat gotong-royong membersihkan surau dan kawasannya

Derma terkini

1. Mohd Rozery b Ruslan - jln TPS 4/10 - RM100
2. Mohd Isa - jln TPS 4/10 -RM70

Status semasa pembinaan - bumbung bahagian atas sudah hampir siap dipasang. Oleh kerana pada jam 3:00 petang hujan lebat turun kerja-kerja terpaksa dihentikan.

Untuk bumbung bahagian bawah pula atap gentingnya sudah habis. Mengikut En Azman, penyelia projek AZ Asia Enterprise hari Selasa baru atap sampai kerana stok sudah habis di kedai hardware Kg Rinching.

Mengikut En Halim daripada KCRM Enterprise pula, kabel letrik akan mula dipasang pada hari Isnin ini.

Thursday, May 27, 2010

31 Mei 2010 - penyata terkini

Penulis blog akan mendapatkan penyata bank terkini di EON Bank Semenyih Sentral hari Selasa 1 April 2010 ini untuk mengetahui baki semasa dana terkumpul.

Baki semasa dana surau dalam bank pada hari ini adalah sebanyak RM63,916.29 sen.

terima saham wakaf


Email assyakirin.tps@gmail.com menerima saham wakaf daripada penderma malam ini. tetapi imbasan dokumen yang penyumbang saham wakaf ini tidak jelas. Namun demikian AJK mengucapkan ribuan terima kasih ke atas sumbangan saham wakaf yang diberikan.

Bumbung sudah mula dipasang

Hari ini bumbung surau sudah mula dipasang. Bendahari turut sudah membayar RM10,000 lagi bagi baki pemasangan bumbung. Ini menjadikan RM32,000 sudah dibayar kepada kontraktor untuk kos pemasangan bumbung. Walaupun bumbung belum siap sepenuhnya, bayaran ini dibuat supaya kontraktor mempunyai modal pusingan untuk membayar harga pembelian bahan binaan dan upah pekerja.

Hari ini penulis blog berasa teramat gembira kerana bumbung sudah mula dinaikkan. Nampak cantik pula di pandang daripada jauh.

Nota: foto status semasa pembinaan penulis blog belum sempat ambil

Tuesday, May 25, 2010

Sudah pasang skru

Hari ini skru sudah dipasang pada penyambung rangka bumbung. Jika tiada halangan, hari Khamis ini bumbung akan mula dipasang.

Hari ini juga bendahari mendapat salinan imbasan cek derma daripada syarikat Integrated Commerce Sdn Bhd berjumlah RM1000. Cek ini telah dikreditkan terus ke akaun surau As-Syakirin pada tarikh 31 Mac 2010. Ini bermaksud derma diterima bukan derma terbaru dan jumlah derma ini sudah dimasuk kira dalam jumlah dana terkumpul.

Untuk makluman penderma terdapat kontra berjumlah hampir RM9,000 dalam bank berbanding jumlah dalam lejer bendahari. Jadi derma Rm1000 daripada syarikat Integrated Commerce Sdn Bhd ini barangkali salah seorang daripada penderma tersebut.

Sekian harap maklum.

Monday, May 24, 2010

Rangka bumbung ruang solat siap

Hari ini ada 6 orang pekerja memasang rangka bumbung. Nampak seperti semuanya sudah siap. Mengikut En Abu besok skru mula dipasang pada penyambung kayu. Siap diskru atap genting akan mula dipasang.

En Halim daripada Syarikat KCRM Enterprises yang membuat pendawaian elektrik juga telah datang pada jam 6:00 petang untuk membuat persiapan akhir sebelum kabel elektrik mula ditarik. Sebaik bumbung siap, kerja menarik kabel elektrik akan dibuat.

Sunday, May 23, 2010

Derma terkini

Derma terkini diterima hari ini daripada En Azman b Mohd Yusof drp Jln TPS 4/5 berjumlah RM500

Status kerja semasa : rangka bumbung hampir siap semuanya. Barangkali esok Isnin akan siap.

Hari ini Ahad pekerja cuti.

Friday, May 21, 2010

Kerja selepas ini

Mengikut En Abu hari Sabtu rangka bumbung akan siap. Hari Ahad skru mula dipasang pada kayu-kayu penyambung untuk menambah kekuatan rangka bumbung. Hari Isnin atap genting akan mula dinaikkan.

Penulis blog berdoa supaya pelan kerja ini betul-betul menjadi kenyataan. Bukan sekadar untuk menyedapkan hati sahaja. Ini kerana jika pembinaan delay atau tertangguh penulis blog adalah orang yang paling menerima kesannya. Sakit perut jugalah memikir kerana suraunya masih tidak siap-siap juga.

Jika benar Isnin ini bumbung mula dipasang, siap sahaja bendahari akan membayar baki sebanyak Rm10,000 lagi.

Bumbung siap, kerja-kerja seterusnya sudah menjadi mudah.

Kerja-kerja berikutnya adalah ;
1. Pendawaian elektrik -RM12,000
2. Kemasan plaster dinding bahagian luar dan dalam bangunan -RM14,000
3. Cat bahagian dalam dan luar bangunan- RM8,000
4. Memasang plug punca kuasa, lampu dan kipas - RM5,000
5. Membina apron dan longkang -RM8,000
4. Memasang pintu , pintu casement/sliding , tingkap serta aksesori - RM14,500
5. Kerja pembersihan sisa binaan dan membuang keluar daripada kawasan surau - RM2,000

Kutipan derma diteruskan

Kini pencarian dana diteruskan semula. Dana yang perlu dicari sekarang adalah untuk membiayai pembinaan kelengkapan surau terdiri daripada bilik wuduq, tandas, dapur dan tempat mandi jenazah. Harga kelengkapan ini semua dianggarkan dalam Rm50,000.

Ini berikutan pakej pembinaan sebelum ini tidak termasuk semua kelengkapan di atas. Fokus AJK adalah bangunan surau dahulu bagi mempercepatkan proses pembinaan.

Kini pembinaan masuk ke fasa kedua pula iaitu membina kelengkapan surau seperti di atas.

Jadi penduduk yang masih belum membuat sumbangan diminta terus menunjukkan komitmen dengan segera memberikan sumbangan sekadar yang termampu. Namun seperti dimaklumkan AJK sudah menetapkan setiap pemilik rumah menyumbang RM100. Jika ingin menyumbang melebih jumlah ini amat dialu-alukan.

progress hari ini






Hari ini atap genting simen sudah sampai ke tapak surau.
Bendahari sudah membayar RM2000 kepada kontraktor sebagai pendahuluan untuk baki bayaran bumbung. Bayaran untuk bumbung yang sudah diberi kepada kontraktor adalah RM22,000. Baki bayaran bumbung belum dibayar adalah sebanyak RM10,000.

Monday, May 17, 2010

RM2100 untuk penyambungan bekalan elektrik

Untuk membayar kos penyambungan bekalan elektrik AJK masih memerlukan dana sebanyak RM2100 . Kos ini adalah deposit meter elektrik 3 fasa, pemasangan sebatang tiang letrik, menarik kabel dan upah kontraktor yang dilantik TNB.

Penyambungan bekalan air oleh kontraktor SYABAS pula sebanyak Rm1100 sudah ada penaja melainkan penaja menarik diri, AJK perlu mencari dananya semula.

Derma terkini

Derma terbaru di terima pada hari ini:

1. Penama yang tidak mahu dikenali - RM50
2. Mohd Sahli b Sulaiman daripada Tmn Sri Pajam, Nilai, N.Sembilan - Rm1000

Jumlah diterima =RM1050

Ini menjadikan jumlah baki dana pembinaan surau di bank pada hari ini adalah RM75,366.29

Sudah bayar kepada kontraktor = RM121,000
Baki dana di bank pada hari ini = RM75,366.29
Jumlah dana berjaya dikumpul AJK = RM196,366.29

Harga kos binaan surau =RM196,500
Baki dana tidak cukup = RM133.71

Status kerja hari ini :
En Abu dan bapanya ada bekerja hari ini. Hanya 2 pekerja saja yang datang bekerja hari ini. Mengikut En Abu jika ada 4 pekerja, dalam 3 hari semua rangka ruang solat boleh disiapkan.

En Abu juga memaklumkan bahawa En Zakri yang merupakan pengurus projek AZ Asia Enterprise sudah membuat pesanan membeli atap genting simen. Sama ada hari Selasa atau Rabu semua atap genting simen akan sampai ke tapak surau.

Sunday, May 16, 2010

Sudah bayar RM121,000 tapi surau masih belum boleh guna

Seperti dimaklumkan AJK sudah membayar kontraktor sebanyak RM121,000 namun suraunya masih belum boleh digunakan kerana bumbung surau masih belum dipasang.

Hari Jumaat baru-baru ini pekerja kerja spearuh hari sahaja. Hari Sabtu tiada pula mereka bekerja. Hari Ahad cuti.

Penulis blog akan melihat situasinya pada besok hari sama ada pekerja ada bekerja atau tidak.

Tidak bekerja bermakna pembinaan akan delay atau lewat untuk disiapkan. Lewat sehari , dua hari , tiga hari dan seterusnya amat merugikan daripada segi masa. Sebelum ini pembangunan surau sudah tertangguh 3 minggu atas sebab teknikal.

Jadi AJK amat berharap supaya kontraktor dapat memastikan pembinaan bumbung surau dapat disiapkan dalam tempoh terdekat ini. Mengikut En Azman rangka bumbung boleh disiapkan dalam masa 5 hari. Setakat ini rangka bumbung untuk beranda sudah siap kesemuanya. Cuma yang tinggal adalah rangka bumbung ruang solat di bahagian tengah. Ruang ini agak tinggi. Lebih kurang 20 kaki daripada aras tanah.

Membina rangka bumbung ruang solat bahagian tengah adalah kerja paling susah dan kritikal. Pembinaan rangka bumbung dan pemasangan atap genting simen bagi ruang solat bahagian tengah ini adalah faktor kejayaan pembangunan surau ini. Surau siap atau terbengkalai.

Penulis juga sudah menjelaskan kegagalan surau ini dibangunkan bukan terletak di bahu AJK. Semua AJK sudah memainkan peranan mengurus dan mencari dana. Kini semua wang sudah ada dan cukup untuk membayar kos pembinaan projek sehingga siap iaitu sebanyak RM196,500.

Kegagalan memastikan surau ini berjaya disiapkan adalah terletak dibahu kontraktor. Ia tidak ada kena mengena dengan AJK . Tugas AJK hanya membuat bayaran sahaja.

Nota :
Pembinaan surau bermula pada 12 Disember 2009
Hari ini 16 Mei 2010
Ini bermaksud tempoh pembinaan sudah berjalan selama 5 bulan
Tempoh jangkaan siap 12 Jun 2010 iaitu 6 bulan
Ramadhan 2010 pada Ogos ini surau akan digunakan secara rasminya.

Saturday, May 15, 2010

Derma diterima hari ini

Derma terkini diterima hari ini di dedikasi untuk Arwah Nazrul b. Abdul Kadir berjumlah RM1,000. Moga-moga dicucuri rahmat ke atas roh beliau.

Friday, May 14, 2010

Kayu pepenjuru bumbung sudah siap

Penulis blog tidak tahu apakah nama kayu yang dipasang berbentuk piramid untuk rangka bumbung surau. Yang penulis blog tahu kayu itu sudah siap dipasang pada tengahari tadi.

Wednesday, May 12, 2010

Derma diterima

Derma terbaru hari ini

1. En Shahrom b Mohd Ayop Jln TSP 4/13-RM100
2. Jabatan Patologi Hospital Kajang -RM350

Kerja hari ini:

-rangka bumbung ruang tengah / ruang solat mula dipasang

Tuesday, May 11, 2010

Status pembayaran kepada kontraktor


Status pembayaran yang sudah dibuat kepada kontraktor.

KLIK SINI

Derma terkini

Derma diterima hari ini

1. SK Alam Megah - RM50
2. Abd Halim-terima daripada Tn Hj Razak b Ibrahim -RM500
3. Cek peruntukan Lembaga Zakat Selangor berjumlah RM40,000


Baki dana di bank pada hari ini RM 73,366.29 sen.

Sudah bayar kepada kontraktor = RM121.00
Baki terkini di bank =RM73,366.29
JUMLAH DANA DITERIMA AJK = RM194,366.29


Harga kos binaan surau = RM196,500
Baki dana tidak cukup dan perlu dicari oleh AJK= RM 2133.71

Sehubungan itu kepada penduduk atau sesiapa sahaja yang sudi membantu kami untuk mencukupkan jumlah dana pembinaan surau As-Syakirin amat dialu-alukan.

Hari ini pekerja cuti

Pagi semalam lori simen ready mix dan kren sudah datang ke tapak surau untuk menuang simen ke dalam frame beam tengah surau yang berbentuk H. Oleh kerana simen tersebut masih belum cukup kering hari ini tiada apa-apa kerja yang boleh dilakukan oleh kontraktor. Mungkin dalam 2 atau 3 hari lagi baru beam tersebut kering. Sudah kering maka kerja memasang rangka bumbung untuk ruang solat yang tengah pula akan dimulakan.

Berikutan peruntukan LZS sudah diterima jadi semua kerja selepas pemasangan bumbung sudah boleh dibuat. Kerja-kerja selepas ini adalah:

1. Memasang bumbung jenis genting simen
2. Pendawaian elektrik
3. Kemasan plaster dan memasang frame pintu dan tingkap
4. Membina apron / kakilima dan longkang
5. Memasang lantai jubin
6. Memasang pintu dan tingkap,ram kaca serta aksesori termasuk syiling
7. Mengecat bangunan luar dan dalam
9. Memasang kotak DB/ELCB serta kipas,lampu,plug serta point pendingin hawa
10. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa binaan

Alhamdulillah..peruntukan daripada LZS sudah diterima

Pagi tadi penulis blog telah dihubungi oleh pengerusi yang ketika itu sedang berada di ibupejabat Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam. Mengikut Tn Hj Raja Zazman, LZS sudah menyerahkan cek RM40,000 tersebut kepada beliau.

Balik daripada Shah Alam Tn Hj Raja Zazman singgah di EON Bank Semenyih Sentral untuk mendeposit cek tersebut ke akaun SURAU AS-SYAKIRIN dengan nombor akaun : 0675-11-000-223-3.

Sebelun ini penulis blog dimaklumkan oleh pekerja-pekerja pembinaan surau pada minggu lepas seorang individu sibuk mengambil gambar surau daripada pelbagai sudut. Oleh kerana tiada mana-mana AJK berada di tapak surau pada andaian penulis blog yang mengambil gambar tersebut adalah pegawai teknikal Lembaga Zakat Selangor daerah di Pekan Kajang.

Ini berikutan sebelum meluluskan pembayaran, LZS akan menghantar pegawai teknikal mereka bagi mengesahkan status pembinaan sudah mencapai tahap 70% siap.

Berikutan peruntukan sudah diterima penulis blog berasa teramat lega. Kini usaha adalah untuk mencari baki dana yang berbaki lebih kurang RM2000 sahaja lagi.

Sunday, May 9, 2010

Ramadhan 2010 pada bulan Ogos

InsyaAllah Ramadhan 2010 yang akan disambut pada 11 Ogos 2010 ini surau As-Syakirin sudahpun sedia digunakan. Hari ini adalah 9 Mei 2010. Ini bermaksud hanya tinggal lebihkurang tiga bulan sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan bagi tahun ini.

Pada Ramadhan nanti usaha AJK seterusnya adalah mencari dana untuk pembinaan kelengkapan surau pula iaitu bilik wuduq, tandas , tempat masak dan lain-lain yang berkaitan.

AJK amat berharap supaya semua penduduk muslim di komuniti ini menunjukkan penglibatan dalam pembinaan surau ini. Jika tidak menjadi AJK cukuplah sebagai penyumbang dana pembinaannya.

Marilah kita menjadi orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Pemasangan meter air sudah ada penaja




Setakat ini penulis blog dimaklumkan oleh En Bilal yang juga seorang AJK pembinaan bahawa untuk pemasangan bekalan air oleh kontraktor SYABAS , beliau sudah mendapat seeorang penaja. Kos pemasangan bekalan air dalam lingkungan RM1100.

Bekalan air akan mula disambung sebaik sahaja keseluruhan bumbung surau siap dipasang .

RM2100 untuk kos pemasangan bekalan elektrik


AJK perlu juga mencari dana untuk memasukkan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad sebanyak RM2500.

Untuk menarik kabel elektrik ke bangunan surau daripada tiang utama pihak kontraktor akan memasang sebatang tiang elektrik. Nanti bolehlah sebuah lampu jalan dipasang di tiang tersebut.

Sehubungan itu AJK membuka peluang kepada mana-mana pihak yang ingin menaja kos pemasangan bekalan elektrik tersebut oleh kontraktor yang dilantik oleh TNB.

Bekalan elektrik atau pemasangan meter elektrik akan mula disambung sebaik sahaja bumbung surau sudah siap sepenuhnya.

Penyata kewangan



Foto : Hanya gambar hiasan. Not kertas RM1000 yang diguna suatu ketika dulu. Not kertas ini sudah tiada dalam pasaran dan jika ada sudah tidak sah nilai lagi.

Jumlah sudah bayar kepada kontraktor RM121,000
Baki dana yang tinggal = RM32,866.29
Peruntukan LZS = Rm40,000

Jumlah semua = RM193,866.29

Harga kos binaan surau =RM196,500
Baki dana tidak cukup = RM2633.71

Baki RM6,000 perlu dicari

AJK masih kekurangan dana sebanyak lebihkurang RM6,000 sahaja lagi untuk membiayai keseluruhan bangunan surau As-Syakirin.

namun jumlah baki ini setelah mengambilkira peruntukan RM40,000 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima AJK.

Jadi kepada semua penderma yang sudi membantu kami, sudi apalah kiranya menghulurkan sumbangan bagi membantu kami mencukupkan dana pembinaan surau As-Syakirin yang masih kekurangan dana sebanyak RM6,000 sahaja lagi.

Untuk menyumbang, berikut adalah kaedah yang boleh digunakan:

  • Kirimkan melalui pos cek ke alamat AJK Pembinaan Surau As-Syakirin, d/a No 40 Jln TPS 4/5, Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
  • Terus kreditkan sumbangan dengan memasukkan ke dalam mesin deposit tunai atau cek EON Bank
  • Melakukan transaksi perbankan internet - transfer fund -third party (jika guna perbankan internet Maybank)
  • Hantarkan wang tunai atau cek ke rumah AJK. Penderma digalakkan terus menghantar sumbangan kepada bendahari kerana sumbangan boleh direkodkan dan pengeluaran resit rasmi boleh dibuat sertamerta.
Jika penderma memilih kaedah mengkredit terus sumbangan menggunakan mesin deposit tunai atau cek EON Bank atau melalakukan transaksi perbankan internet, gunakan maklumat akaun surau serti di bawah:

Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Nombor akaun : 0675-11-000-223-3
Bank : EON Bank

Diatas sumbengan yang pihak tuan/puan berikan kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Foto terkini pembinaan

Berikut foto status pembinaan terkini pada 8 Mei 2010

Rangka bumbung sisi kanan dan belakang siap


Frame untuk beam tengah berbentuk H



Rangka bumbung anjung belakang siap


Besi konkrit beam tengah atas


Rangka bumbung sisi kiri siap


Besi konkrit


Rangka bumbung anjung depan siap

Derma terkini

Derma diterima pagi ini daripada En Rahman b Osman

1. Hj Surat no 9 jln TPS 3/12 - RM50
2. Penama tidak mahu dikenali -RM114
3. En Rahman b Osman no 83 jln TPS 4/10 -Rm80

Saturday, May 8, 2010

Rangka bumbung beranda siap

Hari ini semua rangka bumbung untuk beranda atau anjung sisi kiri,kanan,depan dan belakang siap 100%.

Kerja hari ini pekerja-pekerja sedang memasang besi dan frame untuk tambahan beam berbentuk H pada ruang solat di bahagian tengah bagi menyokong beban rangka bumbung.

Mengikut kontraktor hari Isnin atau Selasa, konkrit simen ready mix akan dituang ke dalam frame tersebut.

Kemudian kena pula tunggu dalam 2 atau 3 hari supaya ia betul-betul kering dan kuat sebelum rangka bumbung mula dipasang

Bayar lagi RM10,000

Pagi tadi penulis blog sudah membayar RM10,000 kepada kontraktor untuk pendahuluan kerja-kerja pemasangan rangka bumbung bahagian ruang solat atau ruang tengah surau.

Wednesday, May 5, 2010

Menaja kelengkapan surau

AJK surau akan membuka peluang kepada penduduk atau sesiapa sahaja yang ingin menaja perkara-perkara di bawah:

1. Tarmac jalan masuk / batu bata interpaver locking
2. Rumput filipina (philphines grass / bermuda grass)
3. Pokok peneduh
4. Pokok pepagar
5. Tempat parking motosikal
6. Sistem pembesar suara / indoor atau outdoor

Nama akaun surau

Berikut adalah maklumat akaun surau

Nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
Nombor akaun : 0675-11-000-223-3
Bank : EON Bank

Kepada penderma diminta supaya tidak menulis cek di atas nama ''AJK Pembinaan Surau As-Syakirin'' untuk mengelak sebarang kesulitan. Barangkali cek akan tidak laku atau tidak dapat ditunaikan berikutan tersalah nama akaun.

AJK pembinaan sengaja memilih nama akaun surau sebagai SURAU AS-SYAKIRIN supaya akaun itu dapat digunakan secara berterusan pada masa hadapan.

Sekian harap maklum.

Derma diterima

Sumbangan sebanyak RM500 telah dikredit ke akaun Surau As-Syakirin pada 21 April 2010 oleh En Fakhrul Adabi b Abdul Kadir no.25, Jalan Kajang Perdana 2/5 , Taman Kajang Perdana. Kepada En Fakhrul, AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Tuesday, May 4, 2010

Telah hubungi LZS

Jam 3:40 petang tadi penulis blog sudah menghubungi Pn Misnah daripada Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam untuk bertanyakan status permohonan yang dihantar AJK untuk mendapatkan peruntukan LZS yang telahpun diluluskan tersebut.

Mengikut Pn Misnah, dokumen permohonan AJK sudahpun dimajukan ke bahagian kewangan dengan nombor rujukan LZS004394. AJK diminta menghubungi terus bahagian kewangan untuk sebarang pertanyaan dalam tempoh 2 atau 3 hari ini.

Mengikut LZS peruntukan akan dikeluarkan dalam bentuk cek.

Monday, May 3, 2010

Mesin pembancuh simen sudah dibawa keluar

Petang tadi mesin pembancuh simen sudah dibawa keluar oleh taukeh pemilik mesin tersebut. Lagipun mesin itu sudah lama tidak diguna. Hampir sebulan. Kira-kira kontraktor sedikit rugi kerana mesin itu disewa. Jika tidak silap sewa mesin pembancuh simen itu RM400 sebulan.

Jadi kerja membancuh simen selepas ini kemungkinannya kontraktor pakai manual saja.Guna tenaga manusia.Pakai tangan. Lapipun kerja membancuh simen sudah tidak banyak. Hanya melibatkan simen plaster dinding,simen render untuk lantai dan membina apron longkang.

Petang tadi kayu tempat atap genting sudah mula dipasang. Minggu depan rangka bumbung untuk ruang solat yang tengah pula akan mula dipasang.

Derma terkini

Baru terima derma daripada Pn Zubaidah bt Ibrahim Jln TPS 4/12 berjumlah RM150

Penyata bank berakhir 30 April 2010



Di atas adalah penyata bank berakhir 30 April 2010. Tak berapa terang sebab bank cetak dengan printer dot matrik. Dakwatpun macam nak habis saja.

Baki terkini dicatatkan iaitu RM42,016.29
Bendahari juga telah memasukkan RM450.00 ke dalam akaun pada hari ini menjadikan baki terkini di bank pada hari ini ialah RM 42,466.29

Jumlah ini akan digunakan untuk membayar

Baki pemasangan bumbung RM22,000
Pendawaian elektrik RM12,000

Jumlah RM34,000

Ada baki lagi RM 8,466.00

Oleh kerana kos simen plaster berjumlah RM14,000 ini bermakna AJK masih kekurangan dana sebanyak RM 5,534.00 sahaja lagi.


Sunday, May 2, 2010

Kerja selepas ini

Baki dana sebelum ini RM50,000
Sudah bayar kepada kontraktor untuk pendahuluan memasang bumbung =RM10,000
Baki semasa =RM40,000

Baki bayaran bumbung =RM22,000
Pendawaian elektrik =RM12,000
Jumlah = RM34,000

Baki dana =RM6,000

Kerja kemasan plaster =RM14,000
Jumlah tidak cukup RM8,000

Jumlah sebenar baki dana yang tidak cukup hanya diketahui Isnin 3 Mei ini apabila bendahari mendapatkan penyata bank terkini daripada EON Bank.

AJK akan memastikan dana mencukupi supaya duit untuk membayar kerja-kerja kemasan plaster cukup iaitu sebanyak RM14,000 .

Sehubungan itu kerja pemasangan bekalan elektrik oleh kontraktor TNB akan ditangguhkan dulu manakala kerja pemasangan bekalan air akan diteruskan kerana sudah mendapat penaja.

Derma diterima hari ini

1. Azlan b Abd Kadir dari Jln TPS 4/5 -RM100

2. Kiriman wang pos bernombor C945126 berjumlahRM135..50 daripada SMK Damansara Jaya,Petaling Jaya.

Bagi kiriman wang pos di atas, bendahari tidak akan menulis dalam lejer dan mengeluarkan resit dulu sehingga ditunaikan di pejabat pos. Ini berikutan bendahari tiada masa untuk ke pejabat pos selain pelanggan terlalu ramai. Untuk menunaikan wang pos, masa yang diperlukan untuk berada di pejabat pos kadangkala sehingga 1 jam untuk menunggu giliran selain menghadapi karenah birokrasi petugas kaunternya. Nasib tidak baik, wang pos tidak dapat ditunaikan.Berbeza dengan bank, hanya beberapa saat, wang tunai atau cek telah boleh dimasukkan kedalam akaun bank menggunakan mesin deposit tunai atau cek EON Bank.

Nota : wang pos di atas sudah ditunaikan hari ini 3 Mei 2010 jam 3:00 pm di pejabat pos Semenyih dan sudah dibank ini hari yang sama

Saturday, May 1, 2010

80 orang perlu menyumbang RM100

Jika 80 orang penduduk menderma RM100 setiap orang, jumlah baki RM8,000 yang diperlukan AJK akan tercapai.

Status terkini pembinaan

Kerja pembinaan rangka bumbung sudah bermula. Pekerja bermula dengan memasang rangka bumbung untuk beranda dulu. Rangka bumbung dewan solat utama akan dibuat sebaik rangka bumbung anjung depan,belakang, sisi kiri dan kanan siap.


Rangka bumbung anjung belakang

Rangka sisi bumbung sedang dipasang

Derma terkini

Derma diterima hari ini berjumlah RM200 drp Mohd Rostadely b Shamsudin Jln TPS 4/2

RM8,000 lagi perlu dicari

Sehingga hari ini AJK masih kekurangan dana sebanyak RM8,000 sahaja lagi untuk memastikan pembinaan sampai ke tahap kemasan plaster dinding bahagian dalam dan luar bangunan siap sepenuhnya.

Untuk pembinaan seterusnya baki bayaran akan menggunakan peruntukan RM40,000 daripada Lembaga Zakat Selangor. Setakat ini AJK sudah bertindak menghantar dokumen kepada LZS. Antara dokumen yang sudah dihantar oleh Tn Hj Razak kepada LZS di Shah Alam adalah :

1. Invois tuntutan pembayaran daripada kontarktor bagi kerja sehingga dinding siap berjumlah RM101,000

2. Gambar-gambar foto status kerja bagi setiap fasa pembinaan yang telah disiapkan

3. Kelulusan dan Kebenaran merancang daripada MPKj

4. Penyata akaun surau tiga bulan terkini

Sehingga hari ini AJK masih belum menerima peruntukan tersebut. Ada kemungkinan juga LZS menunggu invois tuntutan bumbung siap sebanyak RM32,000 dan dibuktikan dengan gambarfoto pembinaan siap kerja tersebut.