Tuesday, March 16, 2010

Agenda Taklimat Pembinaan Surau Kali ke 2

Semua penduduk fasa 6 dan 7 TPS dijemput hadir ke sesi taklimat pembinaan surau As-Syakirin kali kedua yang diakan dilaksanakan seperti berikut:

Tarikh :
28 Mac 2010 Hari Ahad

Masa :
8:00 - 9:00 pagi semua penduduk berkumpul di gelanggang bola keranjang Fasa 6 dn 7 TPS

Tempat :
Gelanggang bola keranjang Fasa 6 dan 7 TPS

Agenda:
9:00-9:05 pagi - Ucapan aluan pengerusi majlis
9:05-9:30 pagi- Taklimat oleh Pengerusi
9:30 - 10:15 pagi - Sesi dialog
10:15 -10.30 pagi - Penyerahan sumbangan mengisi dana pembinaan surau

Nota:
Satu tabung derma akan dilancarkan pada hari taklimat untuk memberi peluang kepada penduduk yang sudah menderma untuk meneruskan memberi sumbangan. Bendahari akan mencatat sebagai KUTIPAN DERMA HARI TAKLIMAT berjumlah RM.....
Jadi penduduk bolehlah menderma seperti RM1,RM5,RM10,RM50 atau jumlah lebih besar. Silalah bawa wang yang mencukupi untuk tujuan menderma.

Kehadiran:
Semua penduduk dijemput hadir. Tuan/puan boleh membawa seisi keluarga terdiri daripada suami,isteri,anak-anak atau sesiapa sahaja. Nak bawa makanan pun dibenarkan. Elok pada hari ini seisi keluarga beriadah bersama-sama sementara menunggu semua penduduk datang.

No comments:

Post a Comment