Tuesday, March 16, 2010

Baki semasa

Baki dalam lejer pada hari ini adalah RM 55,965.30

Baki di bank pula adalah RM 63,929.02

Mengambil kira RM70,000 sudah dibayar kepada kontraktor, dana yang berjaya dikumpul AJK adalah sebanyak RM 133,929.02.


Baki lebihkurang RM64,000 ini membolehkan AJK membuat pembayaran kepada kontraktor meliputi kerja-kerja di bawah :

Fasa kerja Nombor 7:
Kerja-kerja membekal dan memasang frame tingkap dan pintu serta dinding batu-bata RM17,000

Fasa kerja nombor 6 :
Kerja-kerja membekal dan memasang kerangka bumbung dan atap genting simen RM32,000

Fasa kerja nombor 9:
Kerja-kerja pendawaian elektrik berkonduit bagi lampu,plug point dan kipas -RM12,000

JUMLAH SEMUA = RM 61,000

Baki lagi RM3,000 boleh digunakan untuk membayar kos memohon perkhidmatan bekalan elektrik dan air.

Sampai di sini dana surau yang berjaya dikumpul AJK habis dan pembinaan terpaksa dihentikan.

Namun jika baki dana sebanyak RM28,000 berjaya dikumpul, kerja-kerja seterusnya boleh diteruskan.

RM28,000 ini adalah bagi kerja fasa pembangunan nombor 8 iaitu kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan sebanyak RM14,000 dan fasa pembangunan nombor 10 iaitu kerja-kerja-kerja membina anjung depan,belakang,sisi kiri dan kanan, arch, tangga dan tembok termasuk aksesori berjumlah RM14,000 juga.

Sehingga ditahap ini jika wang peruntukan Lembaga Zakat Selangor masih belum diterima, pembinaan akan dihentikan. AJK tiada duit lagi untuk membayar kontraktor bagi fasa-fasa pembinaan berikutnya.

RALAT : Step kerja yang disediakan kontraktor tidak betul. Jadi penulis blog sudah membetulkannya seperti di atas.

No comments:

Post a Comment