Pada sesi taklimat pada hari ini didapati 71 orang penduduk hadir.
Taklimat hari ini bertujuan memberi peluang kepada penduduk yang belum membuat sumbangan untuk hadir bagi menghulurkan sumbangan mereka bagi membiayai dana pembangunan surau As-Syakirin.
Kepada penduduk yang sudah membuat sumbangan pula, tidak mengapa jika mereka tidak datang. Namun sekiranya penduduk yang sudah membuat sumbangan datang ke sesi taklimat ini barangkali ada antara mereka yang ingin membuat sumbangan tambahan.
Taklimat hari ini juga bertujuan untuk menjemput penduduk daripada fasa 7B yang baru berpindah masuk dalam tempoh 3 bulan ini.
Penulis blog pada awalnya hanya menyasarkan kutipan derma pada hari taklimat berjumlah dalam lingkungan RM4000 ke Rm5000 sahaja. Namun selepas sesi taklimat, jumlah kutipan yang AJK berjaya kumpulkan pada hari ini adalah berjumlah RM7040.
Barangkali jika lebih ramai penduduk yang datang , jumlahnya pasti akan lebih besar daripada jumlah di atas.
Penyata sumbangan terkini akan disediakan bendahari apabila ada masa luang. Bendahari tidak akan berhenti daripada mengemaskini penyata sumbangan penduduk ini dan akan terus memaparkannya di papan kenyataan surau dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment