Petang tadi penulis blog menelefon encik azman sama ada perkerja bekerja atau tidak. Ini kerana penulis blog tidak melihat kelibat pekerja di tapak binaan surau.
En Azman memaklumkan hari ini hanya 2 orang pekerja sahaja bekerja kerana kerjanya sudah tidak banyak iaitu membuat persiapan terakhir memastikan frame intermediate beam level siap sepenuhnya. Kata en Azman besok beliau akan menempah lori simen ready mix . Besok adalah Khamis. Penulis blog akan melihat kemajuan pembinaan pada hari esok. Harap-harap besok simen akan mula dituang ke dalam frame tersebut.
Siap sahaja di simen, dalam tempoh dua hari frame tersebut akan dibuka pula dan kerja berikutnya adalah memasang frame tiang atas pula dan beam atas. Jika status pembinaan berada pada tahap ini, keseluruhan sturktur bangunan sudah siap sepenuhnya.
Dalam masa yang sama dinding batu-bata mula dipasang untuk menyokong kekuatan struktur bangunan sebelum kerangka bumbung mula dipasang dan akhirnya bumbung genting simen dinaikkan.
Sebaik bumbung siap, bangunan surau As-Syakirin sudah mula kelihatan dari segi rekabentuknya. Pembinaan sampai ditahap ini, penulis blog sudah dapat menarik nafas lega. kerja-kerja berikutnya akan menjadi lebih mudah.
Namun seperkara yang perlu di ambilkira, wang dana yang berjaya dikumpul sebanyak lebihkurang RM128,000 akan habis. Untuk sampai ke tahap bumbung siap ,sebanyak RM119,000 diperlukan dan jumlah ini sudah mencapai sasaran.
Kerja berikutnya pula selepas bumbung sudah dipasang adalah:
1. Kerja-kerja kemasan plaster luar dan dalam bangunan RM14,000
2. Kerja-kerja pendawaian elektrik RM12,000
Semak sebutharga di sini
Tapi penulis blog rasa macam terbalik pula sebutharga ini. Jika tidak silap mestilah buat pendawaian elektrik dulu baru buat kerja plaster dinding. Untuk kepastian, penulis blog akan bertanya kontraktor berkaitan perkara ini.
Dari Rm128,000 yang berjaya dikumpul, ada baki lagi sebanyak Rm9,000. Ini bermakna dana tidak masih tidak cukup Rm3000 untuk membayar kerja pendawaian elektrik.
Sampai di sini dana surau sudah habis sepenuhnya.. Jika tiada lagi dana diterima, pembinaan surau As-Syakirin akan terbengkalai.
Wang peruntukan Lembaga Zakat pula masih belum diterima. Wang ini tiada dalam akaun surau As-Syakirin. Jika sudah ada, urusan akan lebih mudah. AJK perlu membuat tuntutan apabila pembinaan berstatus 70%. Status 70% bermaksud AJK sudah membayar RM137,550 kepada kontraktor. ( Rm196,000 X 70%= RM137,550). Dalam tempoh terdekat juga AJK akan cuba membuat permohonan awal kepada Lembaga Zakat supaya peruntukan tersebut dapat disalurkan segera atau tidak perlu menunggu status 70% siap .
Sungguhpun demikian pembinaan surau As-Syakirin masih boleh berjalan lancar tanpa perlu menunggu peruntukan daripada Lembaga Zakat jika baki dana yang perlu dicari sebanyak Rm27,000 dapat dikumpulkan.
Sehubungan itu kepada penduduk yang masih belum membuat sumbangan, AJK berharap supaya segera bertindak.
Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, tuan/puan boleh meneruskan memberi sumbangan sekiranya sudi. Tuan/puan boleh mendedikasikan atau berniat menderma untuk ahli keluarga tersayang yang sudah pergi selama-lamanya. Moga-moga sumbangan dan sedekah yang tuan/puan berikan beroleh ganjaran daripada Tuhan Sekalian alam. Allah SWT.
No comments:
Post a Comment