Wednesday, March 17, 2010

Derma hari ini

derma diterima hari ini berjumlah RM50 daripada FB2 Excell Engnering and construction.

Kerja hari ini pula - simen konkrit sudah dituang ke dalam frame top beam. Besok mungkin frame ini akan dibuka. Kini struktur atau rangka bangunan surau As-Syakirin sudah siap sepenuhnya. Rm70,000 juga sudah dibayar kepada kontraktor bagi kerja-kerja sehingga struktur bangunan disiapkan.

Kerja selepas itu adalah membekal dan memasang frame pintu dan tingkap serta memasang dinding batu-bata. Tapi penulis blog masih tidak nampak bahan-bahan binaan ini dihantar oleh pembekal ke tapak binaan surau. Mengikut En Azman beliau sudah memesan batu-bata dan frame pintu dan tingkap.

Sebelum ini penulis blog juga sudah mengingatkan kontraktor supaya dapat memastikan bahan binaan yang mencukupi sentiasa ada. Tiada bahan binaan bermakna pekerja tiada kerja. Tiada kerja pula bermaksud tempoh siap pembinaan akan lari daripada sasaran.

Walaupun surau ini bakal digunakan pada Ramadhan 2010 ini, penting ia dapat disiapkan terlebih awal. Mengikut En Azman , hujung April ini atau pada 1 Mei 2010, surau As-Syakirin akan siap dibina. Cuma katanya AJK perlu memastikan kos untuk membangunkannya cukup.

Tercabar juga AJK dengan kata-kata En Azman yang merupakan penyelia projek binaan surau ini...

Jadi oleh kerana kita masih kekurangan dana sebanyak Rm28,000 penulis blog menyeru kepada semua penduduk yang masih belum emmbuat sumbangan supaya segera berbuat demikian. Ini kerana masih ramai penduduk yang belum menunjukkan komitmen mereka. Berdasarkan jumlah penduduk di fasa 6 dan 7 yang belum membuat sumbangan, penulis blog sudah membuat perkiraan, jika semua menyumbang RM100, jumlah RM28,000 ini akan berjaya dikumpul AJK.

Kepada penderma daripada luar komuniti kami pula, terima kasih kerana sudi membantu.

No comments:

Post a Comment