Friday, March 19, 2010

Bata dinding mula dipasang

Hari ini bata dinding dan frame pintu sudah mula di pasang. Namun ada sedikit gangguan kerana 2 pintu sudah tersalah bentuk. Bukaan pintunya salah. Sepatutnya pintu dibuka ke kanan tetapi 2 frame pintu itu dibuka ke kiri pula. Kena tukar dulu frame tersebut baru pembinaan berjalan lancar.

Hari ini juga penulis blog telah pergi ke pejabat Lembaga Zakat Selangor di Pekan Kajang menghantar dokumen tuntutan bantuan sebanyak Rm40,000 yang sudah diluluskan.



Foto 1: Surat kelulusan peruntukan RM40,000 daripada Lembaga Zakat Selangor.



Foto 2 : Surat sokongan daripada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat berkaitan permohonan AJK kepada Lembaga Zakat Selangor untuk menuntut peruntukan yang sudah diluluskan lebih awal daripada syarat yang ditetapkan iaitu 70% bangunan siap.

Pada petang semalam penulis blog dan pengerusi telah berjumpa dengan En Shahadan Ketua Jabatan Lembaga Zakat Selangor di Shah Alam. Beliau meminta dokumen tersebut dihantar dahulu ke LZS di Kajang supaya pegawai teknikal daerah maklum terlebih dahulu.

Jadi hari ini dokumen tersebut sudah dihantar. Moga-moga peruntukan tersebut dapat di masukkan segera oleh LZS ke dalam akaun Surau As-Syakirin. Jika peruntukan tersebut sudah ada di dalam akaun, pembinaan Surau as-Syakirin tidak perlu dihentikan. Jika tiada terpaksalah AJK memberi arahan kepada kontraktor supaya memberhentikan kerja seterusnya kerana AJK tidak mahu menanggung risiko untuk berhutang bayaran dengan kontraktor.

Namun baki dana yang ada sekarang adalah RM64,000 . Dengan baki dana ini pembinaan telah melepasi tahap pemasangan pendawaian elektrik. Bumbung juga telah siap. Sampai di sini pembinaan sebenarnya telah melebihi 70% yang merupakan syarat LZS untuk membuat tuntutan peruntukan yang telah diluluskan.

Jika RM40,000 sudah diterima daripada LZS pula, sebanyak RM28,000 lagi diperlukan bagi memastikan keseluruhan bangunan surau as-Syakirin siap.

Bagi mengumpul baki dana ini satu strategi AJK adalah memanggil satu taklimat pembinaan surau kali kedua kepada penduduk. Ini kerana masih ramai penduduk yang masih belum membuat sumbangan. Ada antara penduduk memberi alasan tidak kenal dan tidak tahu rumah AJK untuk menghantar sumbangan. Jadi pada hari taklimat satu kaunter menerima sumbangan penduduk akan di sediakan. Pada masa yang sama satu tabung derma khas akan diletakkan di atas meja khusus untuk penduduk yang sudah menderma dan ingin membuat sumbangan tambahan dalam jumlah kecil. Jika dalam jumlah besar pula, Alhamdulillah, pasti sasaran mengumpul baki dana akan tercapai dengan lebih mudah.

No comments:

Post a Comment