Hari Jumaat dan Sabtu bata dinding dan frame pintu sudah mula dipasang. Tidak banyak bata dinaikkan kerana ia basah. Bila basah simen lambat kering. Bata akan membengkok atau tidak jadi lurus pemasangannya. Jadi pembinaan agak tertanggu sedikit. Hari Ahad hari ini pekerja cuti.
Diharapkan dalam seminggu ini bermula esok Isnin cuaca baik supaya batu bata dapat dipasang semuanya. Batu angin juga turut akan dipasang sama. mengikut En Azman, frame tingkap pula perlu ditempah.
Mengikut sebutharga AJK akan membayar RM17,000 untuk kerja-kerja ini. Dalam masa yang sama mengikut En Azman, kerangka bumbung akan mula dipasang. Mengikut beliau, tempoh menyiapkan bumbung dalam 10 hari. Siap kerangka bumbung, atap genting simen pula akan dipasang. Pada tahap ini AJK akan membayar RM32,000 kepada kontraktor.
Dengan kedudukan wang dana surau yang berbaki RM64,000 di dalam bank, AJK pada bila-bila masa akan membuat pembayaran kepada kontraktor sekiranya semua kerja di atas siap.
Baki dana yang ada ini cukup untuk membayar kontraktor sehingga tahap pendawaian elektrik.
Adalah diharapkan pada hari taklimat 28 Mac 2010 ini, sumbangan penduduk akan dapat dikutip dalam jumlah yang mencukupi. Ini kerana AJK masih kekurangan dana dalam jumlah RM24000 lagi.
Dalam masa yang sama AJK juga berharap permohonan mendapatkan peruntukan Lembaga Zakat berjumlah RM40,000 diluluskan. Dokumen permohonan sudah di hantar ke LZS di Kajang untuk perhatian Pegawai Teknikal LZS Daerah Hulu Langat. Dalam tempoh terdekat ada kemungkinan pegaai teknikal LZS akan datang ke tapak surau As-Syakirin untuk membuat penilaian status kemajuan pembinaan. LZS menetapkan syarat pembinaan bertahap 70% untuk AJK membuat tuntutan.
Pemasangan kemasan plaster simen luar dan dalam bangunan adalah tahap 70% pembinaan. Untuk sampai ke tahap ini baki dana pembinaan Surau As-Syakirin sudah habis digunakan.
Jika baki sebanyak Rm24,000 lagi berjaya dikumpul, AJk sudah boleh memastikan kemasan plaster luar dan dalam bangunan dibuat.
No comments:
Post a Comment