Wednesday, March 31, 2010

Ramadhan pada bulan Ogos dan Hari Raya Haji pada bulan Oktober

Pada Ramadhan 2010 ini Surau As-Syakirin akan menganjurkan solat Tarawikh.

Pada hari raya Haji pula Surau As-Syakirin akan mengajurkan pula solat sunat Aidiladha. Solat sunat hari raya haji boleh dilaksanakan kerana pada hari ini tidak ramai penduduk yang balik ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya bersama keluarga. Ini kerana cuti hari raya haji hanya satu hari sahaja.

Pasti pada hari raya haji nanti Surau As-Syakirin akan meriah dengan jemaah dan buat pertama kalinya laungan takbir hari raya akan diucapkan di surau As-Syakirin.

Namun untuk sampai ke tahap ini masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan oleh AJK untuk memastikan surau As-Syakirin dan kelengkapannya siap sepenuhnya. Buat masa ini fokus AJK adalah pembinaan bangunan surau sahaja. Pembinaan bilik air dan tandas masih belum dapat dibuat kerana AJK masih kekurangan dana.

Untuk memastikan bangunan surau As-Syakirin siap sahaja AJK masih kekurangan dana sebanyak lebihkurang Rm14,000 lagi.

Kos pembinaan kelengkapan surau pula masih belum diketahui kerana tender sebutharga pembinaannya masih belum dikeluarkan AJK kepada umum.

Jadi bagi memastikan bangunan surau As-Syakirin dapat disiapkan mengikut jadual dan tempoh sasaran yang ditetapkan bahkan kelengkapan surau juga, adalah diharapkan semua penduduk di fasa 6 dan 7 TPS ini memberikan sokongan sepenuhnya dengan menghulurkan sumbangan sebanyak Rm100 sahaja bagi setiap unit rumah. Lagipun jumlah RM100 ini bukanlah satu jumlah yang besar.

Sejak awal AJK sudah memberi opsyen atau pilihan di mana penduduk boleh membuat sumbangan secara ansuran iaitu RM10 sebulan. Duit RM10 ini tidak perlu diserahkan kepada AJK. Penduduk masukkan sahaja jumlah Rm10 ini ke dalam mesin deposit tunai EON Bank di Pekan Semenyih. Ulangi selama 9 kali lagi menjadikannya 10 kali. Sudah 10 kali memasukkan jumlah Rm10 ke dalam akaun surau maka genaplah sumbangan penduduk sebanyak Rm100. Jadi jika penduduk memilih kaedah ini tidaklah terbeban sangat jika membuat sumbangan secara sekaligus iaitu Rm100.

Jika sudah ada 10 keping slip deposit yang bernilai Rm100 ini, penduduk boleh terus menyerahkannya kepada mana -mana AJK atau lebih baik terus serah kepada bendahari supaya dapat direkodkan ke dalam lejer dan untuk urusan pengeluaran resit rasmi sumbangan.

No comments:

Post a Comment