Tak habis-habis cerita rumah dipecah masuk.
Memang penjenayah ini jenis manusia tidak mahu belajar.
Memecah masuk ke rumah orang jika tiada penghuni dipanggil mencuri. Jika ada orang pula dipanggil merompak. Kedua-dua perbuatan ini adalah salah. Dalam undang-undang negara jika tertangkap dan terbukti bersalah pelakunya boleh dihukum penjara.
Dalam agama mencuri dan merompak hukumnya berdosa. Hukumannya sudah ditetapkan oleh Al Quran.
Dunia akan aman jika orang mendekati agama. Orang yang mendekati agama tidak berani melakukan jenayah.
Orang yang mendekati agama pula suka pergi ke masjid dan surau. Sebab itu entiti surau amat penting pada masyarakat Islam. Ia tempat kita membersihkan jiwa. Dalam diri kita ini unsur-unsur jahat ini sangat dominan. Kita kena bekerja keras mengawalnya setiap hari. Leka sahaja kita akan terpedaya dengan bisikan hati yang didorong oleh iblis dan syaitan.
Namun begitu niat ke masjiid dan surau pula perlu ikhlas. Bukan untuk menunjukkan-nunjuk betapa baik atau alimnya kita di pandangan mata masyarakat. Bukan mengejar jawatan yang ada di situ. Bukan untuk mempopularkan diri atau ada kepentingan lain yang tersembunyi.
Betulkan niat kita iaitu untuk menyuci jiwa kita. Supaya hati kita tenteram. Supaya tenang dan damai.
No comments:
Post a Comment