Monday, August 31, 2009

Mesyuarat AJK kali ke 7

Tarikh : 6 hb September 2009 ( Ahad )
Masa : 10:00 pagi
Tempat : No 40 Jalan TPS 4/5 ( Rumah pengerusi )

Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Mengesah minit mesyuarat bil 6
3. Perkara berbangkit / maklumbalas minit mesyuarat bil 6
4. Laporan kewangan dari bendahari
5. Perbincangan isu / tindakan
- Menghantar draf cadangan pembangunan ke MPKj
- Persiapan pelan pembangunan final dari arkitek ( saiz untuk kelulusan )
- Membincang respon dan maklumbalas YB Tn Johan b Aziz
- Pemilihan konsultan untuk tujuan submit draf cadangan pembangunan ke MPKj
- Laporan kutipan AJK pencari dana
6. Hal-hal lain
7. Penangguhan mesyuarat

Sehubungan itu semua AJK dimohon hadir dan tidak menguzurkan diri.

TN HJ RAJA ZAZMAN B. RAJA HASSAN
Pengerusi,
Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin

Pengurusan jenazah bukan satu perniagaan

Oleh kerana kita tinggal di Semenyih kadangkala kita terserempak dengan puluhan kenderaan yang mengiringi jenazah rakan kita dari keturunan cina siap dengan iringan polis trafik bagi mengawal lalulintas. Tidak lain tidak bukan, jenazah rakan kita berketurunan cina tersebut diiringi untuk disemadikan di Nirvana Memorial Park, Satu taman peringatan eksklusif buat mereka yang mampu. Penulis blog dikhabarkan satu lot tanah kubur disitu berharga puluhan ribu yang perlu dibayar oleh waris mendiang simati. Itu tidak lagi termasuk bayaran kos menyediakan jenazah seperti keranda dan kenderaan serta majlis berkabungnya. Jika penulis tersilap fakta mohon dimaafkan.

Tetapi bagi masyarakat muslim, mengendalikan urusan jenazah bukan satu perniagaan.Apa yang berlaku ialah wang yang dikeluarkan oleh waris adalah minima sekadar untuk melepasi syarat untuk membeli peralatan seperti kain kafan, kapas dan wangian sahaja selain sedikit saguhati kepada pekerja-pekerja terutamanya kepada pengendali tanah perkuburan ( Saguhati penggali kubur ). Selain itu juga sedikit bayaran untuk menampung kos perkhidmatan van jenazah.

Tanah perkuburan pula tidak perlu dibayar. Penggunaannya adalah percuma kerana kebanyakannya diwakafkan oleh pemilik tanah dahulukala atau boleh jadi tanah perkuburan itu disediakan oleh kerajaan atau pemerintah.

Bayaran mengendali jenazah umat Islam ini berbeza-beza mengikut tempat. Rata-rata kos mengurus antara RM500 ke RM1000. Ini adalah jumlah yang perlu dibayar oleh waris simati bagi melancarkan proses pengurusan jenazah ahli keluarga mereka.

Satu fakta di sesebuah komuniti, pengurusan jenazah lazimnya adalah diurus oleh AJK masjid atau surau. Jarang kita mendengar persatuan penduduk yang mengambil tindakan.

Masjid dan surau adalah entiti amat penting dalam komuniti penduduk muslim. Jenazah penduduk biasanya akan diurus oleh AJK masjid atau surau terhampir dengan rumah penduduk. Adalah satu kejanggalan, jenazah dalam komuniti diuruskan oleh pihak luar sesebuah komuniti atau taman perumahan.

Bagi sesetengah masjid atau surau pula, AJKnya menubuhkan badan khairat dimana ahli perlu membayar sejumlah yuran tetap secara bulanan bagi mengumpul dana. Dana ini dibayar kembali kepada waris simati bagi membeli peralatan dan membayar saguhati perkhidmatan bagi mengurus jenazah tersebut bermula dari dimandikan,dikafankan,disembahyangkan, diiringi ke tanah perkuburan, dikebumikan dan akhir sekali ditalqin atau dibacakan doa ke atas rohnya.

Adakah Surau As-Syakirin yang bakal dibangunkan akan menubuhkan badan khairat ini ? Jawapannya tidak dapat ditentukan.Ia bergantung kepada kehendak penduduk. Untuk menubuh badan khairat jumlah ahli perlu ramai kerana ia melibatkan pengumpulan dana secara besar-besaran. Lazimnya masjid akan berbuat demikian, atau boleh jadi menyumbang kepada satu syarikat takaful adalah jalan penyelesaian.

Satu penyelesaian terbaik kepada penduduk yang tidak berminat menjadi ahli mana-mana badan khairat adalah surau akan mendahulukan kos bagi mengurus jenazah ahli keluarga penduduk yang meninggal. Kemudian apabila semuanya selesai, waris perlu menggantikan semula wang surau yang telah digunakan tersebut untuk dimanfaatkan oleh orang lain pula. Untuk itu dana surau perlu banyak. Jika dana tidak banyak sukar juga untuk memilih kaedah ini. Jika tidak ganti pula tidak mengapa. Tetapi tidaklah dapat kita membantu orang lain pula.

Tetapi semua ini hanya cakap kosong sahaja jika tiada surau di komuniti kita.

Dalam tempoh terdekat ini sekiranya ada kes kematian , waris perlu memaklumkan kepada Pengerusi Surau An-Nur yang terletak lebihkurang 1KM dari penempatan penduduk fasa 6 dan 7 Taman pelangi Semenyih.

Walaupun kedudukan surau An-Nur hanya sejauh 1KM dari komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, namun apabila dinisbahkan dengan kepadatan penduduk yang tinggi di fasa 1 hingga 5, adalah lebih baik fasa 6 dan 7 TPS menguruskan sendiri jenazah penduduk di komuniti ini jika mengambilkira jumlah kepadatan penduduk yang akan mula berpindah masuk pada Disember 2009 ini.

Sehubungan itu AJK pembinaan Surau As-Syakirin ingin mencari sukarelawan yang arif dalam membantu mengurus kes kematian penduduk di komuniti ini. Namun semua ini tidak dapat dilakukan kerana rata-rata penduduk tidak mengenali antara satu sama lain melainkan jiran terhampir dengan rumah penduduk sahaja. Ini kerana semua penduduk tiada kesempatan untuk bersuaikenal kerana tiada tempat untuk penduduk berkumpul.

Jadi kejayaan membangunkan Surau As-Syakirin adalah jawapannya...

Nota : Alhamdulillah..syukur. Kini Surau As-Syakirin sudah siap dan sudah digunakan selama 3 minggu. Surau mula diguna pada 10 Julai 2010 bermula solat fardhu Maghrib.

Penyata Bank Terkini

Di bawah adalah penyata bank akaun SURAU AS-SYAKIRIN.
Tarikh penyata bank :

Nota : Terdapat perbezaan jumlah baki semasa di bank dan jumlah baki semasa yang dipaparkan diblog ini. Baki semasa di blog adalah sama dengan baki semasa pada lejer manual yang diurus bendahari. Jumlah baki semasa di bank lebih kecil kerana tarikh penyata adalah terkebelakang dari tarikh terkini dilejer dan blog.

( Penyata bank masih belum diimbas lagi...sila tunggu )

Sunday, August 30, 2009

Banyak list derma belum dipos kembali

AJK telah mengepos hampir 400 set borang memohon derma dari jabatan-jabatan atau organisasi tertentu. Namun sehingga hari ini bilangan borang-borang tersebut yang belum dikembalikan masih banyak lagi.

Melalui siaran surat tersebut, penerima set borang dimohon mengembalikan dokumen tersebut ke alamat AJK Pembangunan Surau As-syakirin , d/a No 40 Jln TPS 4/5 ,Taman Pelangi Semenyih,43500 Semenyih, Selangor menggunakan sampul surat, bersetem yang telah disediakan sekiranya tiada sumbangang dilakukan.

Ini untuk mengelakkan pembaziran set borang tersebut . AJK telah membelanjakan RM1.50 untuk setiap set borang tersebut menggunakan dana yang berjaya dikutip dari penderma. Borang-borang itu akan digunakan semula oleh AJK untuk dihantar kepada penderma lain pula.

Lihat alamat penerima set borang di sini (dalam proses kemaskini)

Persatuan penduduk Fasa 6 dan 7

Persatuan Penduduk Fasa 6 dan 7 telah ditubuhkan pada Jun 2009 yang lalu dan di pengerusikan oleh En Wahid b. Ali.

Penulis blog pernah bertanya kepada AJK nya tentang apa keperluannya mewujudkan persatuan penduduk untuk fasa 6 dan 7 sedangkan Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih telah sedia ada. Mengikut AJK persatuan penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, Taman Pelangi Semenyih adalah satu komuniti yang besar selain rata-rata penduduk fasa 6 dan 7 mahukan persatuan sendiri.

Penulis juga memerhatikan ada jalan-jalan di fasa 3 TPS mewujudkan persatuan mereka sendiri selain wujud juga Rukun tetangga menjadikan jumlah persatuan di sini menjadi Empat.

Jadi keperluan Surau As-Syakirin untuk penduduk fasa 6 dan 7 amat releven dan seiring dengan penubuhan persatuan penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih. Lagi pula tapak surau telah disediakan oleh pemaju dan telah diluluskan oleh MPkj dalam pelan susun atur Taman Pelangi Semenyih.

Sehubungan itu bagi penduduk fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih yang masih belum membuat sumbangan, dimohon segera bertindak. Pembangunan surau kita lambat dimulakan selagi dana terkumpul masih tidak mencapai sasaran.

Kediaman Fasa 7B hampir siap

Kelihatannya perumahan fasa 7B Taman Pelangi Semenyih hampir siap. Dijangkakan bilangan rumah hampir 500 buah dengan andaian 80% adalah penduduk muslim yang bakal menjadi jemaah Surau As-Syakirin.

Berita terkini dari YB Tuan Johan b Aziz

Seminggu sebelum Ramadhan, Pengerusi telah memaklumkan penulis bahawa YB Tuan Johan b Aziz ADUN Semenyih telah menelefon beliau mengesyorkan supaya AJK menghantar pelan binaan surau kepada Majlis Perbandaran Kajang untuk tujuan kelulusan.

YB Tuan Johan akan membawa draf cadangan pembangunan Surau As-Syakirin yang telah diluluskan MPkj untuk memohon dana penuh dari kerajaan. Mengikut YB sekiranya dana tersebut dapat, wang sumbangan yang telah berjaya dikumpul digunakan untuk pembangunan pada masa hadapan.

Namun AJK berpendapat, usaha memohon sumbangan perlu diteruskan kerana keputusan sama ada YB Tuan Johan b. Aziz berjaya mendapatkan dana tersebut menjadi realiti atau sebaliknya tidak dapat dipastikan.

Status terkini :

Draf cadangan pembangunan masih belum dihantar ke MPKj.
Untuk makluman penduduk, draf ini sengaja tidak dihantar ke MPKj kerana jumlah dana terkumpul masih kecil. Pembinaan tidak dapat dimulakan selagi jumlah dana tidak menghampiri RM100 ribu.

Sebelum ini AJK telah menghubungi Jabatan Mufti Selangor untuk mendapatkan makluman permohonan pengesahan arah kiblat. Pegawai dari Jabatan Mufti mengesyorkan AJK menangguhkan dulu permohonan sehingga jumlah dana terkumpul agak sesuai. Yakni apabila dana minimum mencukupi untuk memulakan pembinaan, AJK akan membuat permohonan kepada Jabatan Mufti.

Berikutan mesyuarat pada 1 Ramahan jam 9:00 malam tertangguh kerana penduduk mula berpuasa dan bersolat tarawikh, satu mesyuarat akan dilaksanakan pada hari Ahad dalam bulan Ramadhan ini jam 10 pagi ( Ahad 6 Sepetember 2009 )bagi membincangkan saranan YB Tuan Johan b Aziz.

Sekian untuk makluman penduduk.

Ramadhan Ya Marhaban

Ramadhan bulan keberkatan.

Dalam bulan ini amalan bersedekah amat digalakkan. Dalam bulan ini peluang bersedekah boleh dilakukan dengan cara :

1. Membayar zakat fitrah ( Amalan wajib dilaksanakan oleh setiap individu serta orang dibawah tanggungannya)
2. Sumbangan moreh Ramadhan
3. Sumbangan tahlil arwah

Kepada semua penderma, jangan lupa.... sumbangan ke tabung pembinaan Surau As-Syakirin juga satu amal jariah.

Saturday, August 22, 2009

Surat edaran dan borang list







Dokumen di atas telah diposkan bersama dengan beberapa surat rujukan dari pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.Sila rujuk surat-surat berkaitan dalam laman blog ini iaitu:

1. Surat pengesahan tapak dari Majlis Perbandaran Kajang
2. Surat kelulusan pembinaan dari jabatan Agama Islam Negeri Selangor
3. Surat kebenaran memungut derma berakhir 1 Disember 2009 dari Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

Kepada individu/ketua jabatan/ketua organisasi yang sudi membantu kami, sila cetak dokumen di atas untuk mengadakan kutipan dari pekerja-pekerja atau staf di organisasi tuan/puan. Poskan sumbangan atau bank in sumbangan yang telah dilaksanakan dan maklumkan bendahari di talian 013-2937679 untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.

Di atas bantuan yang pihak tuan/puan berikan didahului dengan ucapan terima kasih.


t.t
HJ RAJA ZAZMAN B.RAJA HASSAN
Pengerusi,
Jawatankuasa pembinaan Surau As-Syakirin,
Taman Pelangi Semenyih.

Friday, August 21, 2009

Mahu surau atau tidak?

Melalui sesi taklimat pembinaan surau yang dibuat beberapa bulan yang lalu, pengerusi telah menimbulkan isu untuk difikirkan penduduk. Mahu surau, atau tidak mahu surau dibangunkan di tapak yang telah diwartakan tersebut atau tapak tersebut dibiarkan kosong selama-lamanya.

Kepada persoalan ini, penduduk dimohon supaya tidak memberikan jawapan berkecuali. Atau tidak mahu mengambil bahagian dan peranan. Jawapannya hanya satu. Jika mahu, penduduk dimohon memberikan komitmen sumbangan mengisi dana tabung pembinaan. Jika penduduk tidak mahu, tidak mengapa. AJK tidak akan memaksa penduduk untuk menyokong cadangan membangunkan Surau As-Syakirin tersebut dan seterusnya memberi komitmen sumbangan.

Namun AJK berpendapat, jika ramai penduduk mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja, pastinya pembinaan Surau As-Syakirin tidak akan menjadi kenyataan.

Kepada penderma-penderma yang telah menderma, wang sumbangan tuan-puan akan dipulangkan kembali jika pembinaan ini dibatalkan.

Namun AJK Pembinaan Surau As-Syakirin komited untuk meneruskan pembinaan sehingga dana diperolehi mencukupi untuk memulakan sekurang-kurangnya 50 peratus asas bangunan.

Borang derma tanpa had minimum atau maksimum





Untuk mencetak dokumen di atas , ikuti langkah berikut:

1. Klik kanan pada borang
2. Pilih save picture as
3. Tentukan folder file hendak di simpan
4. Buka Microsof Word
5. Insert picture from file
6. Browse file yang di simpan tadi dan pilih insert
7. Cetak dan isi berserta dengan jumlah sumbangan
8. Poskan ke alamat Jawatankuasa Pembinaan Surau As-Syakirin, d/a No 40 Jalan TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih, 43500 Semenyih.





Sunday, August 16, 2009

Maklumat surau dalam kariah Masjid Rinching Hulu

Berikut adalah maklumat masjid dan surau yang terdapat di persekitaran Pelangi Semenyih

Kariah Masjid Rinching Hulu
Jarak dari fasa 7 TPS - 5 KM

Surau dalam komuniti Bandar Tasik Kesuma
( nama surau penulis blog tidak tahu )

1. Surau fasa 1 - jarak dari fasa 7 TPS - 6 KM
2. Surau fasa 2 - jarak dari fasa 7 TPS - 7 KM
3. Surau fasa 3 - jarak dari fasa 7 TPS- 7.5 KM
4. Surau fasa 4 - jarak dari fasa 7 TPS - 8 KM

Kedudukan antara surau di atas lebih kurang 1KM

dipisahkan jalan besar bersebelahan Institut Pengajian Tinggi Mara
1. Surau dekat flat - jarak dari fasa 7 TPS - 7 KM
2. Surau fasa 6 - jarak dari fasa 7 TPS - 6 KM

Jumlah surau di Bandar Tasik Kesuma = 7 buah

Surau dalam komuniti Bandar Rinching

1. Surau As-Syumul Fasa 1 - jarak dari fasa 7 TPS - 3 KM
2. Surau Al-Makmur Fasa 4 - jarak dari fasa 7 TPS - 3 KM
3. Tapak Masjid Fasa 2 Bandar Rinching ( tidak jadi buat ) - 4 KM dari fasa 7 TPS

Kedudukan antara surau di atas dalam lingkungan 1 KM

Dipisahkan jalan besar ke Seremban
4. Surau Al Mustaqim Fasa 5 Bandar Rinching - 2 KM dari fasa 7 TPS
5. Surau Fasa 6 Bandar Rinching - 3 KM dari fasa 7 TPS

Kedudukan antara surau ini lebih kurang 1 KM

Jumlah surau di Bandar Rinching = 4 buah

Surau dalam komuniti Taman Pelangi Semenyih

1. Surau An-Nur untuk penduduk Fasa 1,2,3,4 dan 5 TPS - 1.5 hingga 2 KM dari fasa 7 TPS
2. Surau PGA berhadapan TESCO dan jalan besar - dalam pembinaan - 2 KM dari fasa 7 TPS
2. Surau As-Syakirin untuk penduduk fasa 6 dan 7 TPS - dalam proses /sedang diusahakan

Jumlah surau di Taman Pelangi Semenyih yang ada sekarang = 1 buah

Bagi seorang peniaga, memiliki banyak cawangan premis perniagaan adalah sesuatu yang membanggakan. Ia melambangkan kejayaannya membina empayar perniagaan.

Di sini, Jabatan Agama Islam Selangor adalah merupakan pihak berkepentingan atau share holder. Surau yang dibangunkan oleh AJK pembinaan Surau As-Syakirin ini akhirnya adalah hakmilik Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dengan dana pembinaannya disumbangkan oleh penduduk dan orang ramai yang sudi menjadi penderma.

Dengan jumlah masjid dan surau yang semakin bertambah, organisasi Jabatan Agama Islam Selangor menjadi besar. Banyak masjid dan surau yang diurus memberi kelebihan kepada Jabatan Agama Islam dari perspektif kejayaan pengurusan organisasi dan pengembangan syiar Islam.


Saturday, August 15, 2009

Tiada penyelewengan

Kepada penderma-penderma budiman, kami ingin merayu supaya tidak bimbang berlakunya penyelewengan dalam pengurusan kewangan tabung pembinaan Surau As-Syakirin.

Melalui sesi taklimat yang diberi kepada AJK, konsep amanah telah ditekankan kepada semua AJK yang dilantik supaya perkara ini tidak berlaku.

Bendahari sendiri tidak menyimpan wang tunai di tangan. Semua derma diterima akan segera di bank in secepat mungkin.

InsyaAllah, sumbangan tuan/puan akan diurus dengan sebaiknya. Melalui laman blog ini, ketelusan pengurusan kewangan dipaparkan. Semua sumbangan tuan/puan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Setiap perbelanjaan juga akan diuar-uarkan untuk pengetahuan para penderma.

Sekiranya sumbangan tuan/puan tidak tercatat di sini, sila hubungi bendahari ditalian 013-2937679 atau email ke assyakirin.tps@gmail.com untuk proses semakan.

Sekian untuk makluman.Terima kasih.

borang saham wakaf di sini



Sila potong perkataan untuk arwah keluarga saya seperti di bawah jika ingin membeli saham wakaf untuk diri sendiri.

Wednesday, August 12, 2009

Terima kasih kepada semua penderma

Anda bila lagi...segeralah menyumbang sekarang. Mana tahu takut tidak sempat pula. Kita tidak pasti sama ada kita masih ada lagi pada hari esok.

AJK pembinaan Surau As-Syakirin memberi ruang dan peluang kepada para dermawan untuk melakukan kebajikan.

Mafhum hadis .Lebih kurang maksudnya berbunyi..

" Apabila mati seorang anak adam itu, 3 perkara yang akan membantunya di alam akhirat iaitu

1. Anak yang soleh yang mendoakannya
2. Ilmu bermanfaat yang diajarkannya
3. Sedekah jariah atau kebajikan yang dilakukan semasa hidupnya "

Penulis blog ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abang Mansor atas pemergian beliau pada petang Sabtu yang lalu. Sehari sebelumnya pada hari Jumaat, penulis blog sempat berbual dengan beliau. Kelihatannya Abang Mansor yang merupakan rakan sekomuniti penulis blog di Bandar Rinching satu ketika dulu nampak sihat.

Namun keesokannya, Abang Mansor telah pergi gara-gara serangan jantung.

Al-Fatihah untuk beliau..

Tuesday, August 11, 2009

New Entry

1. Sumbangan bahan binaan. Klik sini..
2. Kempen sumbangan RM10 untuk orang ramai dari luar komuniti TPS. Klik sini..
3. Cara memberi sumbangan mengunakan perbankan internet CIMB. Klik sini..
4. Saham wakaf untuk arwah / ahli waris yang telah meninggal dunia. Klik sini..
5. Gambar dibawah contoh sumbangan melalui Fund Transfer Interbank dari Maybank2u.com ke Eon Bank


Terima kasih kepada En Ab.Alim b. Zakariah dari Kelana Jaya,PJ kerana sudi menderma sebanyak RM3000 untuk dana pembinaan Surau As-Syakirin.

Monday, August 10, 2009

Saham Wakaf

Penduduk atau orang ramai boleh membeli saham wakaf untuk pembinaan surau As-Syakirin.
Satu kaki persegi berharga RM20. Saham-saham wakaf ini boleh dikhaskan buat waris atau keluarga yang telah meninggal dunia.

Contohnya.

Saya............................................. ingin membeli saham wakaf sebanyak .............. kaki persegi berharga RM....................untuk penama-penama di bawah bagi tujuan pembinaan Surau As-Syakirin.

Penama-penama tersebut iaitu :
1. Allahyarham ............................
2. Allahyarhamah ........................
3. Allahyarhamah........................
4. Arwah ......................................

Mesyuarat AJK kali ke 7

Satu mesyuarat AJK akan dibuat dalam tempoh terdekat ini. Tarikh, masa dan tempat belum ditentukan. Kepada AJK yang diberik kuasa memungut derma sila kemaskini fail tuan/puan untuk dibentangkan dalam mesyuarat itu nanti.

Sila serahkan wang derma yang berjaya dikutip serta list derma yang telah digunakan kepada bendahari untuk direkodkan bagi tujuan audit. Wang derma juga perlu dimasukkan ke dalam akaun bank seberapa segera.

>>>>> mesyuarat yg dirancang pada 22 hb ogos terpaksa dibatalkan kerana hari tersebut adalah satu Ramadhan. Semua ajk akan bertarawikh pada malam itu di surau atau masjid berhampiran. Mesyuarat kemungkinnya akan di buat dalam bulan Ramadhan jam 9 pagi hari Ahad. Perkara ini akan diperbincangkan nanti.

Semakan edaran list derma

Berikut semakan list derma yang telah diberi kepada AJK dan juga yang telah diposkan ke alamat-alamat tertentu beserta jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan melalui kaedah ini.

Kepada semua pihak yang menerima list ini, mohon pihak tuan kembalikan borang list ini walaupun tanpa sumbangan kerana borang list ini perlu diaudit dan laporannya akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Selangor. Audit akan dilaksanakan sebaik sahaja tempoh kutipan derma yang dibernarkan MAIS berakhir pada 1 Disember 2009.

List derma AJK :

0001-0010 : Tn Hj Raja Zazman
0011-0020 : Tn Hj Razak
0021-0030 : En Azwan
0022-0040 : En Mohd Marzah b. Dumpam
0041-0050 : En Rahman
0051-0060 : En Norazlani
0061-0070 : En Aziz b Ali
0071-0080 :
0081-0090 :
0091-0100 : En Jamalullail


List derma yang telah dipos :

00101
00102
00103
00104

Dalam proses kemaskini....

Sumbangan bahan binaan

Seorang penduduk telah berjumpa dengan penulis blog. Beliau ingin memberi sumbangan dalam bentuk bahan binaan. Beliau ingin menyumbang batu-bata sebanyak 5 palet atau 500 biji.

Untuk makluman penduduk, sumbangan dalam bentuk bahan binaan juga diterima. Namun buat ketika ini, sumbangan lebih menjurus dalam bentuk wang sahaja.

Jadi kepada penduduk yang ingin menyumbang dalam bentuk bahan binaan, turut dialu-alukan. Namun sumbangan tuan/puan hanya diterima sebaik sahaja pembinaan surau dimulakan.

Jika penduduk ingin menyumbang bahan binaan dalam tempoh terdekat, kemungkinan AJK akan membuat surat akujanji dari penduduk,untuk membekalkan bahan binaan tersebut apabila pembinaan bakal dimulakan.

AJK akan berbincang dengan kontraktor dilantik bagi menurunkan kos binaan atau dalam ertikata lain menolak kos bahan binaan yang disumbangkan penduduk.

Antara bahan binaan yang penduduk boleh sumbangkan seperti:

1. Batu bata simen
2. Simen
3. Pasir
4. Batu kerikil
5. Kayu beroti
6. Plywood
7. Atap genting
8. Cat

Penduduk perlu dapatkan spesifikasi bahan dari AJK pembinaan supaya jenis bahan adalah sama seperti dalam tender dengan kontraktor.

Penduduk ingin membantu mencari dana

Penduduk boleh membantu AJK dengan memohon sumbangan pembinaan Surau As-Syakirin dari rakan-rakan sekerja dan saudara mara.

Penduduk boleh mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan dari AJK untuk tujuan tersebut. Telefon 013-2937679 untuk makluman lanjut.

Hasil perbincangan dengan YB Tuan Johan b Aziz

Hasil pertemuan dengan YB Tuan Johan b Aziz ADUN Semenyih, YB memaklumkan pada masa yang sama Masjid Bandar Rinching juga sedang dalam permohonan kepada beliau untuk memohon dana pembinaan dari kerajaan pusat.Masjid Bandar Rinching ini berharga sekitar 5 juta.

Namun YB memaklumkan beliau akan cuba membawa permohonan Surau As-Syakirin untuk mendapatkan dana pembinaan dari Jabatan Perdana Menteri. YB juga memaklumkan biasanya minimum dana yang akan diberikan lebihkurang RM20 ribu. Beliau berharap JPM akan memberi terus jumlah sepenuhnya kos sebenar pembinaan Surau As-Syakirin. AJK berharap semua penduduk mendoakan supaya hal ini akan menjadi kenyataan.

Namun dalam masa yang sama, penduduk yang masih belum menyumbang diharap dapat memberikan kerjasama kepada AJK dengan terus menunjukkan komitmen dan melibatkan diri memberi sumbangan dana pembinaan Surau As-Syakirin. AJK telah membuat perkiraan sekiranya semua penduduk memberikan komitmen sumbangan, RM100 ribu akan berjaya dikumpul dan pembinaan sedia dimulakan.

Melalui strategi AJK, pembinaan akan dibuat sehingga bernilai RM100 ribu mengikut dana semasa yang berjaya dikumpulkan. Apabila dana pembinaan semasa habis digunakan, AJK akan mengambil gambar bangunan yang tertangguh pembinaannya tersebut dan seterusnya membuat permohonan sumbangan dari pihak berwajib atau mana-mana penderma budiman yang lain.

Friday, August 7, 2009

Sumbangan melalui perbankan internet CIMB



1. Layari http://www.cimbclicks.com.my/
2. Klik Login



2. Masukkan user ID: ...................... dan Password :......................



3. Nama pengguna telah dipaparkan
4. Klik Transfer Fund



5. Klik To others bank
6. Plilih Transfer funds



7. Pilih Any other IBG Account
8. Tandakan Benificiary Bank
9. Pilih EON BANK
10. Tekan Next



11. Masukkan maklumat di atas . Klik gambar di atas untuk besarkan.
12. Masukkan jumlah sumbangan RM10 ( ini jumlah minimum )
13. Masukkan nama akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
14. Masukkan nombor akaun : 0675110002233
15. Akhirnya klik SUBMIT



16. Masukkan nombor TAC
17. Tiada nombor TAC. Tekan sahaja request TAC



18. No TAC diterima dalam telefon bimbit dalam tempoh kurang seminit
19. Masukkan nombor TAC dalam medannya



20. Telah berjaya.
21. Klik Print jika ingin menyimpan rekod trnsaksi ini atau printscreen sahaja page ini



22. Print page jika ingin simpan rekod transaksi



23. Logout dari mode perbankan internet

Kempen sumbangan RM10 seorang kepada orang ramai yang berminat

AJK telah bersetuju menjalankan kempen derma RM10 seorang dari orang ramai yang berminat untuk menyumbang dana pembinaan Surau As-Syakirin Fasa 6 dan 7, Taman Pelangi Semenyih.

Untuk tujuan tersebut, caranya amat mudah.

A. GUNA MESIN DEPOSIT EON BANK

1. Penderma pergi ke mana-mana lokasi mesin deposit EON Bank
2. Tekan nombor akaun : 0675-11-000223-3
3. Bila terpapar di skrin SURAU AS-SYAKIRIN
4. Masukkan jumlah sumbangan RM10
5. Masukkan not RM10 ke dalam slot masuk
6. Tunggu slip deposit dicetak dan simpan.
7. Scan slip deposit itu dan emailkan ke assyakirin.tps@gmail.com atau SMS ke 013-2937679 memaklumkan sumbangan yang telah dibuat.

B. GUNA PERBANKAN INTERNET

Orang ramai yang mempunyai akaun perbankan internet juga boleh menyumbang RM10 dengan cara lebih cepat.

1. Masuk ke mana-mana website perbankan internet
http://www.cimbclicks.com.my/
http://www.maybank2u.com.my/

2. Login akaun tuan/puan. Masukkan maklumat
User ID: ...............
Password : ...........

3. Klik Transfer Fund - Thirt party - antara bank-bank tempatan

4. Masukkan maklumat akaun surau As-Syakirin.

Nama Akaun : SURAU AS-SYAKIRIN
No.Akaun : 0675-11-000223-3

5. Masukkan jumlah sumbangan RM10

6. Tekan confirm.

7. Printscreen page 'transsaction succesfully '

8. Emailkan page tersebut ke assyakirin.tps@gmail.com