Tuesday, March 23, 2010

Taklimat dan edaran surat adalah tindakan terakhir AJK

Untuk makluman penduduk, taklimat pembinaan surau As-Syakirin kali kedua dan edaran surat menghadiri taklimat adalah yang terakhir dilaksanakan AJK. Selepas ini tiada lagi surat-menyurat memohon sumbangan daripada penduduk akan diedarkan.

Duit cukup atau tidak, baki dana pembinaan surau As-Syakirin sebanyak RM64,000 sudah boleh membayar kontraktor sehingga tahap siap pemasangan bumbung dan pendawaian elektrik . Sekiranya bekalan elektrik dan bekalan air sudah disambung, Surau As-Syakirin pada dasarnya telah sedia digunakan.

Namun penggunaan hanya boleh dibuat apabila dinding telah siap diplaster. Tetapi untuk sampai ke tahap ini dana surau sudah habis digunakan. Jika wang peruntukan yang sudah diluluskan Lembaga Zakat masih belum diterima, pembinaan seterusnya akan dihentikan.

Kini AJK sedang berusaha membuat permohonan bekalan air dan elektrik dalam keadaan Surau As-Syakirin belum siap sepenuhnya. AJK tidak pasti sama ada boleh atau tidak. Tetapi tidak salah mencuba. Jika tidak dapat pula, ada kemungkinan AJK akan menggunakan lampu charge semula. Air tidak menjadi masalah kerana penduduk boleh berwuduq daripada rumah.

Jika TNB boleh menyambung bekalan elektrik, lampu dan kipas serta unit ELCB telah boleh dipasang.

Usaha memohon derma atau sumbangan penduduk hanya bertumpu di surau sahaja selepas ini. Dari masa ke semasa AJK akan membuat pengumuman di surau sahaja untuk memohon sumbangan penduduk.

No comments:

Post a Comment