Thursday, March 18, 2010

Keseluruhan struktur atau rangka bangunan siap 100%



RM70,000 sudah dibayar kepada kontarktor bagi pembinaan sehingga tahap keseluruhan struktur atau rangka bangunan siap. Ini bermakna semua kerja-kerja simen konkrit sudah siap. Kerja selepas ini adalah memasang frame tingkap dan pintu serta memasang dinding batu-bata. Mengikut En Azman beliau akan memasang batu angin dulu untuk beranda surau. Kemudian baru diikuti dengan memasang rangka bumbung dan atap genting simen.



Pandangan sudut mihrab atau ruang solat imam, pejabat, bilik PA system dan stor. Tapi semuanya belum siap lagi..



Pembinaan surau dari sudut papan tanda tapak surau.



Foto menunjukkan keseluruhan struktur siap sepenuhnya. Frame top beam masih belum dibuka kerana perlu menunggu selama 2 hari supaya ia benar-benar kering dan kuat. Kelihatan juga sebanyak 3000 biji batu-bata simen sudah dihantar pembekal untuk kerja-kerja pemasangan dinding pula. Kerja memasang dinding batubata tidak banyak kerana bangunan surau banyak menggunakan cermin dan pintu kaca sliding.

No comments:

Post a Comment