Saturday, July 31, 2010

Surau As-Syakirin siap mengikut sasaran

Sasaran AJK pembinaan adalah sebelum Ramadhan surau mesti siap dan boleh digunakan adalah tercapai.

Pada Mac 2009 AJK pembinaan ditubuhkan. Segala prosedur memohon kelulusan dihantar kepada pihak-pihak berkuasa yang berkaitan.

Pencarian dana pula bermula Mei 2009 dan pembinaan bermula 12 Disember 2009. Semasa pemilihan kontraktor, AZ Asia Enterprise yang dipilih oleh AJK pembinaan untuk membina surau ini memberi jaminan terhadap permintaan AJK iaitu tempoh pembinaan selama 6 bulan atau paling tidak sebulan sebelum Ramadhan 2010 surau ini mesti siap dan boleh digunakan.

Tetapi En Azman yang menjadi penyelia projek memaklumkan AJK dalam tempoh 4 bulan surau ini dapat disiapkan. Oleh kerana En Azman memberi tempoh 4 bulan, AJK melihat dari masa ke semasa bahawa tempoh 4 bulan ini gagal dipatuhi berikutan beberapa masalah teknikal yang berlaku. Namun semua masalah teknikal ini berjaya diselesaikan dan akhirnya pada 10 Julai 2010, Surau As-Syakirin mula digunakan iaitu sebulan sebelum Ramadhan bermula.

Tajaan bil air dan bil letrik

Apabila mendapat bil letrik dan bil air, pihak surau akan mempamerkan bil tersebut di papan kenyataan bagi memberi peluang kepada ahli jemaah, penduduk atau sesiapa sahaja yang ingin menaja pembayarannya.

Kepada yang sudi menaja, sebaik selesai membuat pembayaran mohon pihak penaja mengembalikan bil tersebut kepada surau untuk tujuan difailkan.

Jika tiada penaja, wang dana surau akan digunakan untuk membayar bil-bil berkenaan.

Melalui mesyuarat AJK baru-baru ini antara yang diperbincangkan adalah penduduk dimohon membuat sumbangan RM1 (seringgit) sebulan atau Rm12 setahun bagi mengumpul dana khusus untuk membayar bil utiliti ini.

Namun sumbangan ini tidak diwajibkan. Siapa yang ingin menyumbang dialu-alukan. Yang tidak mahu terlibat tidak mengapa..

Sumbangan peti ais dan rak pinggan serta cawan

Penulis blog dihubungi seorang penduduk yang ingin menyumbang sebuah peti ais dan rak gelas dan pinggan atau piring. AJK mengucapkan terima kasih kepada penduduk tersebut yang bermurah hati untuk menyumbang.

Untuk makluman penduduk AJK memang mengalu-alukan sebarang sumbangan berbentuk aset surau. Jadi kepada yang sudi bolehlah berbuat demikian. Dengan kaedah ini duit dana surau dapat dijimatkan dan duit dana surau boleh difokuskan untuk merancang pembangunan seterusnya.

Apa yang boleh disumbangkan oleh penduduk ;

1. Jam dinding - sudah ada
2. Cokmar Khatib dan Restrum -sudah ada
3. Meja plastik - sudah ada
4. Sejadah - sudah ada
5. Tikar plastik-sudah ada tetapi masih tidak cukup. Tikar plastik untuk dibentang di atas simen sayap kanan dan kiri surau jika berlaku limpahan jemaah pada Ramadhan atau solat sunat hari raya nanti.
6. Rak pinggan mangkuk-sudah ada penaja
7. Peti ais - sudah ada
8. Cerek elektrik - sudah dibeli
9. Cerek air -AJk sudah beli 3 unit
10. Gelas plastik - AJk sudah beli
11. Jam penunjuk waktu solat 5 waktu-belum ada
12. Grill pintu masuk - sudah ada penaja dan sedang dalam proses dibuat
13. Tabung besi - sudah ada penaja
14. Dapur dan tungku - belum ada
15. Tong gas memasak - belum ada
16. Periuk besar untuk gotomg royong memasak -belum ada
17. Periuk nasi elektrik besar / kerancah - belum ada
18. Pinggan plastik/melamin - belum ada
19. Khemah - belum ada
20. Kerusi plastik - belum ada
21. Bekas makanan / tray stainless steel - belum ada
22. Baldi dan besen membasuh -belum ada
23. Cecair pencuci pinggan mangkuk serta span-belum ada
24. Tabung kayu beroda - belum ada
19. dan lain-lain yang bersesuaian

Sebarang sumbangan aset surau hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada AJK supaya tidak berlaku pertindihan sumbangan

Mesyuarat AJK biro HELWA kali pertama

Satu mesyuarat AJK HELWA kali pertama yang baru dilantik pada 25 Julai 2010 yang lalu akan dibuat mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : 5:00 petang (Selepas Asar)
Tempat : Surau As-Syakirin
Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Merancang progam HELWA 2010
3. Hal-hal lain
4. Penangguhan mesyuarat

Sehubungan itu semua AJK dimohon hadir .

Thursday, July 29, 2010

Imbas kembali tujuan pembangunan surau As-Syakirin

Rasional pembinaan surau As-Syakirin

Lihat di sini..

Lagi rasional

Ada lagi

Derma tahlil arwah malam Jumaat dan aktiviti Ihya Ramadhan

TERIMA

29/7/2010 - Derma tahlil arwah daripada Pn Zahara Affandi - Rm150


BAYAR

29/7/2010 - RM0


BAKI

Jumlah terima= RM150
Jumlah bayar= RM0

BAKI SEMASA PADA 29 Julai 2010= RM150

Derma tahlil arwah dan derma aktiviti Ihya Ramadhan akan di asingkan

Untuk makluman penduduk dan semua penderma, derma tahlil arwah pada malam Jumaat dan derma tahlil arwah pada malam-malam atau aktiviti Ihya Ramadhan akan menggunakan buku lejer yang berasingan.Wang ini tidak akan digunakan untuk pembangunan surau yang seterusnya.

Wang derma ini khusus akan digunakan oleh AJK surau untuk membeli bahan-bahan mentah makanan dan minuman untuk membuat jamuan pada malam Jumaat dan membeli kueh mueh dan membuat air minuman pada waktu moreh sepanjang bulan Ramadhan ini. Jika duit ini habis, tiadalah AJK dapat mengadakan jamuan pada malam-malam yang berkenaan.

Derma tahlil arwah

Terima derma tahlil arwah sebanyak RM150 daripada Pn Zahara Affandi untuk arwah-arwah berikut:

1. Masri b Hasan
2. Affandi b Hj Abdullah
3. Hasan b Ahmad
4. Abd Wahid b Affandi
5. Amir b Kasim
6. Syukor b Nekmat
7. Aseri bt Marjo
8. Saadiah bt Afandi
9. Amirul Rashid b Yusof

Marilah kita membacakan Al Fatihah buat arwah-arwah di atas.Mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atas roh mereka oleh Allah SWT, Tuhan Pencipta Sekalian Alam. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

AL-FATIHAH..

...Amin Ya Rabbal A'lamin

Tuesday, July 27, 2010

Tadarus Al Quran

Pada Ramadhan ini ahli jemaah yang berminat untuk menyertai program tadarus Al-Quran boleh memberikan nama kepada pengerusi. Mesyuarat AJK sebelum ini membuat keputusan hanya perserta yang dapat membaca Al-Quran dengan lancar sahaja yang boleh menyertai tadarus ini. Hal ini supaya setiap peserta dapat membaca dalam kadar yang agak cepat dan ini membolehkan satu juzuk Al Quran dapat ditamatkan dalam satu malam.

Hal ini turut mengambilkira supaya program tadarus tidak berjalan terlalu lama contohnya sehingga jam 12:00 tengahmalam kerana kebanyakan peserta akan pergi bekerja keesokan harinya.

Jika bilangan jemaah yang mengambil bahagian ramai, lebih daripada satu kumpulan akan dibuat.

Setakat ini seramai 5 atau 10 orang diperlukan untuk satu kumpulan.

Pembayaran pembinaan tandas,tempat wuduq dan simen render sayap kiri dan kanan surau

4 Tandas dan 2 tempat wuduq saiz binaan 10 kaki lebar X 16 kaki panjang - RM11000
Simen render sayap kiri dan kanan surau 25 X 45 kaki persegi X 2 sisi- RM5500
JUMLAH SEMUA - RM16500

STATUS PEMBAYARAN

1. Pendahuluan 20 % - RM3300
2. Bayaran kedua - RM2100
3. Bayaran ketiga 2 Ogos 2010 - RM5000
4. Bayaran keempat 9 Ogos 2010 - RM2500

Jumlah sudah bayar = RM12,900
Baki bayaran = RM3600

Monday, July 26, 2010

Sudah ada penaja grill pintu masuk dan tabung besi

Malam tadi penulis blog dipelawa seorang penduduk Fasa 7B ke sebuah restoran di Taman Pelangi Semenyih untuk mengadakan sedikit perbincangan. Beliau memaklumkan hajatnya untuk menaja pemasangan grill pintu masuk bagi menghalang anjing liar masuk ke dalam surau dan memasang tabung besi untuk Surau As-Syakirin.

InsyaAllah jika tiada aral melintang, dalam minggu ini atau minggu depan kedua-kedua kemudahan di atas akan dipasang.

AJK Surau As-Syakirin dari masa ke semasa sentiasa mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk penambahbaikan kemudahan surau ini. Jadi kepada penduduk atau sesiapa sahaja yang sudi menyumbang sekalung penghargaan kami ucapkan.

Mesyuarat AJK Biro HELWA

Berikut senarai kaum ibu yang hadir pada mesyuarat penubuhan Biro HELWA Surau As-Syakirin

1. Pn Jamaliah bt Sulaiman
2. Pn Hjh Harison bt Yob
3. Pn Nor Akma bt Hj Yunus
4. Pn Hafizah bt Mustafa
5. Pn Surayah bt Hamza
6. Pn Ros Halenda Abd Halim
7. Pn Umi Khalsom
8. Pn Norida bt Mohd Amin
9. Pn Roziah Che Man
10. Pn Nornaziah Adnan
11. Pn Rokiah Hj Md Sirat
12. Pn Siti Fauziah Mohd Tahir
13. Pn Syafini Hamzah
14. Pn Jamayah bt Abd samad
15. Pn Roslina bt Awang
16. Pn Shaliza bt Muhammad
17. Pn Zawiyah Mohd Yusof
18. Pn Bibi Sabariah Mustaffar
19. Pn Azlila Abdul Jalil
20. Pn Zaiton Mohd Taib

Berikut adalah senarai AJK Biro HELWA Surau As-Syakirin

Pengerusi : Pn Jamaliah bt Sulaiman
Setiausaha : Pn Hafizah bt Mustafa
Bendahari :
Bilal jenazah wanita : Pn Norakma bt Hj Yunus
AJK :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.


AJK masih dalam proses kemaskini

Masih tidak cukup RM1500

AJK masih perlu mencari baki dana sebanyak lebihkurang RM1500 lagi untuk membiayai kos pemasangan simen render di sayap kiri dan kanan surau.

Setakat ini dana untuk membayar kos membina tandas yang di dalamnya terdapat tempat wuduq sudah cukup.

Sehubungan itu sumbangan derma daripada penduduk yang prihatin dan penderma daripada luar komuniti kami yang sudi membantu amat-amat dialu-alukan.

Inilah foto Surau As-Syakirin siap 100%

Kepada semua penderma daripada luar komuniti Fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih, inilah hasilnya sumbangan dan derma yang telah tuan/puan berikan kepada AJK pembinaan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih. Tanpa sumbangan dan bantuan daripada pihak tuan/puan kemungkinan bangunan Surau As-Syakirin tidak akan berjaya dibangunkan seperti foto yang tertera di bawah.

Kami AJK pembinaan Surau As-Syakirin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas bantuan pihak tuan/puan. Hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budibaik yang pihak tuan/puan berikan.






Sunday, July 25, 2010

Pagi tadi gotong royong

Sekali lagi gotong royong diadakan hari ini untuk membersihkan kawasan surau daripada sampah sisa pembinaan. Alhamdulillah nampaknya kawasan surau sudah nampak kemas sedikit.

Kontraktor membina tandas sudah dipilih

Kontraktor yang membina tandas surau ini sudah dipilih dalam mesyuarat AJK malam semalam. Untuk tandas kos dipersetujui iaitu RM11,000 dan pembinaan simen render dengan asas BRC bersaiz 25 X 45 kaki persegi dengan ketebalan 5 inci di sayap kiri dan kanan surau dengan harga RM5,500. Jadi jumlah kesemua kos membina kedua-dua kemudahan ini adalah RM16,500.

Setakat ini dana semasa surau hanya boleh menampung kos pembinaan tandas iaitu RM14.000. Ini bermaksud kita masih kekurangan sebanyak RM2500 lagi untuk membayar keseluruhan kos pembinaan.

Sehubungan itu penduduk dan penderma yang prihatin dialu-alukan sekiranya ingin membantu dan menghulurkan sumbangan.

Besok, Isnin kontraktor akan memulakan kerja. Kontraktor diberi tempoh masa 2 minggu untuk menyiapkan projek atau dengan lain perkataan sebelum Ramadhan kerja pembinaan mesti siap 100%.

Pemantauan projek akan dilakukan oleh Tn Hj Razak, En Bilal dan En Mohd Nor.

Friday, July 23, 2010

AJK meminjam PA System Surau As-Syumul Bandar Rinching

Untuk makluman penduduk PA system yang sedang digunakan oleh Surau As-Syakirin sekarang adalah dipinjam daripada Surau As-Syumul Seksyen 1 Bandar Rinching. PA system ini dipinjam oleh surau ini sehingga AJK dapat mengadakannya sendiri sama ada melalui pembelian atau sumbangan penderma. Jadi kepada yang sudi membantu mengadakan kemudahan ini sama ada melalui sumbangan derma atau pembelian terus amat dialu-alukan.

Set asas yang diperlukan adalah:

- 1 unit amplifier (harga mungkin sekitar RM2000)
- 4 speaker hon ( harga mungkin antara RM200 atau lebih )
- 6 atau 8 speaker box
- Mikrofon biasa
- Tie clip microphone
- upah pemasangan

untuk harga set PA system ini bagi mengetahui harga sebenar kita boleh pergi ke Jalan Pasar Kuala Lumpur kerana di sana adalah pusat penjualan set PA system. Pendek kata kalau pergi ke sana memang rambang mata meliahat pelbagai set PA system yang dijual sama seperti kita ke plaza lawyat KL untuk membeli peralatan komputer.

Dalam masa yang sama AJK juga sudah menghantar permohonan kepada Baitulmal Selangor bagi mengadakan kemudahan ini. Sebutharga yang dihantar sekitar RM10,000. Harga ini adalah meliputi set lengkap keseluruhan sistem termasuk kos pendawaian dan upah pemasangan. Namun sehingga hari ini permohonan AJK masih tidak jawapan.

Sayap kiri dan kanan surau akan diturap simen render

Kini kos pembinaan tandas sudah cukup. Untuk lebih telus dipaparkan maklumat sebutharga di bawah untuk perhatian penduduk.

Seorang kontraktor memberi harga RM14,700 , seorang memberi harga RM12,000 dan seorang lagi memberi harga RM11,000 bagi pembinaan tandas sahaja. Sehingga kini dana surau sudah cukup untuk membayar harga kos pembinaan tandas. Ini bermakna pembinaan tandas sudah boleh dimulakan.

Cuma AJK perlu mencari dana untuk menurap simen render di sayap kiri dan kanan surau sahaja lagi yang masing-masing berkeluasan 25 X 45 kaki persegi. Seorang kontraktor memberi harga RM8000. Seorang kontraktor lagi memberi harga RM4000. Dana untuk membina simen render ini masih tiada. Sehubungan itu bantuan daripada semua penduduk dan penderma yang sudi membantu amat dialu-alukan.

Simen render di sisi kiri dan kanan surau adalah sebagai persediaan sekiranya berlaku limpahan jemaah pada Ramadhan nanti dan juga semasa solat sunat Aidilfitri dan AidilAdha. Untuk mengelak hujan, khemah barangkali akan disewa atau ditempah.

Sehubungan itu mana-mana kontraktor yang sanggup melawan harga di atas dialu-alukan sebelum AJK membuat keputusan memilih kontraktor esok.

Apsek pemilihan mengambilkira harga yang boleh menjimatkan dana surau selain kontraktor diminta memberi jaminan kualiti pembinaan. Namun demikian AJK tidak tertakluk kepada memilih kontraktor yang memberikan sebutharga termurah.

SPESIFIKASI TANDAS / BILIK AIR

1. Berkeluasan 16 kaki panjang X 10 kaki lebar
2. Mempunyai 2 tandas lelaki dan 2 tandas wanita
3. Mempunyai tempat wuduq dengan 3 kepala paip di kedua-dua bilik
4. Lantai jubin
5. Rangka bumbung jenis kayu
6. Atap genting simen
7. Dinding belakang tandas bertingkap ram kaca boleh laras
8. Kedua belah dinding mempunyai batu angin/laluan angin
9. Kerja pendawaian dan pemasangan dua lampu kalimantang
10. Pintu PVC dengan frame alminium
11. Tangki Septik untuk kegunaan 5 orang dengan paip saluran PVC
12. Cat dinding bahagian luar dan dalam berwarna putih
13. Bumbung berabung
14. Syiling asbestos
15. Longkang sekeliling bangunan

Besok mesyuarat AJK

Kepada AJK yang baru dilantik jangan lupa esok selepas Isya ada mesyuarat.

Fokus mesyuarat untuk membincangkan pemilihan kontraktor untuk membina tandas surau dan merancang persediaan Ramadhan yang dijangka bermula 11 Ogos 2010.

Selepas mesyuarat kontraktor yang dipilih akan dimaklumkan sertamerta dan pada Isnin dijangkakan pembinaan tandas akan dimulakan. Seorang kontraktor sudah memberi jaminan kepada AJK bahawa tandas yang dibina boleh disiapkan dalam tempoh 2 minggu iaitu sebelum Ramadhan bermula. Jika kontraktor lain yang terpilih mereka juga diminta menyiapkan tandas ini dalam tempoh 2 minggu juga.

Thursday, July 22, 2010

Sumbangan tahlil arwah

Sumbangan tahlil arwah RM 20 untuk arwah-arwah dibawah . Penyumbang turut menaja jamuan kepada jemaah pada malam ini.

Marilah kita membacakan Al Fatihah kepada arwah-arwah di bawah. Mudahan-mudahan sampailah hendaknya doa kita dan mudah-mudahan diampunkan segala dosa arwah jika ada semasa hidupnya dan ditempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman.

Al Fatihah..

1. Arwah Mohd Taib b Mahmod
2. Arwah Sechik bt Mohd Yasin
3. Arwah Abd Aziz b Mohd Taib
4. Arwah Hamdan b Mohd Taib
5. Arwah Mohamad b Mohd Taib
6. Arwah Hariyah bt Mohd Taib
7. Arwah Zainon bt Mohd Taib
8. Arwah Ramlah bt Mohd Taib
9. Arwah Khalid b Ali
10. Arwah Abdullah b Kamat
11. Arwah Zauyah bt Othman
12. Arwah Samiha bt Hamdan

Mesyuarat AJK pada 24 Julai 2010

Dimaklumkan satu mesyuarat AJK Surau As-Syakirin akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 24 Julai 2010
Masa : Selepas Isya'
Tempat : Surau As-Syakirin

Agenda :

1. Ucapan aluan pengerusi
2. Penentuan imam, bilal dan petugas-petugas sepanjang Ramadhan
3. Penentuan bilangan rakaat solat Tarawikh
4. Permohonan tahlil arwah sepanjang bulan Ramadhan
5. Moreh
7. Majlis berbuka puasa
8. Sambutan Nuzul Al-Quran
9. Tadarus
10. Pemilihan kontraktor membina tandas dan tempat wuduq
11. Hal-hal lain

Sehubungan itu semua AJK yang baru dilantik diminta tidak menguzurkan diri untuk hadir dalam mesyuarat tersebut.

Ahli jemaah yang berkelapangan turut dijemput hadir sama.

AJK baru Surau As-Syakirin

Berikut adalah senarai nama AJK Surau As-Syakirin yang akan dihantar kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor bagi tujuan pendaftaran surau ini dalam kadar segera.

Pengerusi : En Mohd Bilal b Jusoh - No 8 Jln TPS 4/9
Setiausaha : En Ahmad Azuan b Yahya@Abd Majid - No 3 Jln TPS 4/6
Bendahari : En Jamalullail b Hashim - No 13 Jln TPS 4/8
Imam : Tn Hj Halim b Mohd Kassim - No 63 Jln TPS 4/10
Bilal : Mohd Rokemy No..jln TPS 4/10
Siak : En Rahman b Osman- No 83 jln TPS 4/10
Wakil Pemuda : En Hamid b Hamad - No 28 Jln TPS 4/6
Wakil wanita : Pn. Jamaliah bt Sulaiman
Bilal jenazah wanita : Pn Norakma bt Hj Yunus

Ahli Jawatankuasa :
1. En Aziz b. Ali - No 12 Jln TPS 4/5
2. En Azman b. Seran - No 2 Jln TPS 4/5
3. Tn Hj Razak b. Ibrahim - No 42A Jln TPS 4/5
4. En Faizal b Suboh - No 59 Jln TPS 4/1
5. En Marzah b Dumpam - No 33 Jln TPS 4/12
6. En Eddy Shahrani b Mohd Salleh - No 20 Jln TPS 4/4
7. En Jaafar b Nandar - No 68 Jln TPS 4/12

Pemeriksa kira-kira:
1. Hj Husin b Bikan - No 31 Jln TPS 4/12
2. Cikgu Othman b Mohd Jah - No 31 Jln TPS 4/13

Jawatan pegawai surau yang lain ditentukan oleh AJK tadbir dalam mesyuarat AJK pada 24 hb Julai 2010 ini.

Jawatan tersebut iaitu :

Pembantu imam
1. Ustaz Wan Mohamad b Sulaiman
2. En Nasir

Bilal
1. En Rokemy
2. En Rizal
3. En Mohd Bilal b Jusoh (pengerusi merangkap bilal)
4. En Jamalullail b Hashim (Bendahari merangkap bilal)

Siak
1. En Rahman b Osman

AJK Pembinaan Surau As-Syakirin dibubarkan

Tuan Hj Raja Zazman telah dinasihatkan supaya melepaskan jawatan pengerusi AJK pembinaan berkuatkuasa serta-merta oleh pejabat agama Islam. Sehubungan itu satu mesyuarat pemilihan AJK baru akan diadakan pada malam ini. Ini berikutan Tn Hj Raja Zazman yang memegang jawatan Nazir Masjid Kampung Rinching tidak dibenarkan memegang satu lagi jawatan iaitu pengerusi surau As-Syakirin.

Selain itu pihak surau juga dikehendaki mendaftarkan segera surau ini dengan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Untuk tujuan pendaftaran juga pihak surau perlu mengemukakan senarai jawatankuasa yang bertanggungjawab mentadbir surau ini.

Wednesday, July 21, 2010

Dana apa yang perlu dikumpulkan sekarang

Buat masa ini AJK tidak akan bertindak untuk membina bangunan kemudahan surau As-Syakirin seperti yang tertera dalam pelan binaan surau dan kemudahannya.

Memandangkan keperluan tandas perlu disegerakan, kini pencarian dana berfokuskan untuk membina tandas sementara. Jika bangunan kemudahan surau yang kekal gagal dibina, tandas sementara ini akhirnya akan menjadi tandas kekal. Jika kemudahan surau berjaya dibina pula, tandas sementara ini tidak akan dirobohkan dan ia akan ditukar menjadi setor alatan pekebunan seperti sekop,cangkul , kereta sorong dan lain-lain yang berkaitan.

Tandas yang hendak dibina adalah terdiri daripada 2 tandas lelaki dan 2 tandas wanita. Masing-masing dalam tandas ini ada pula tempat berwuduq. 3 kepala paip akan disediakan. Saiz binaan bangunan ini iaitu 16 kaki X 10 kaki persegi.

Selain itu di kiri dan kanan surau akan diturap simen render sebagai persediaan jika berlakunya limpahan jemaah pada Ramadhan dan barangkali juga pada hari raya Aidilfitri dan Aidliadha nanti.

Sehubungan itu bantuan daripada penduduk yang prihatin dengan surau ini amat dialu-alukan.

Sunday, July 18, 2010

Sumbangan penduduk mengikut lorong

PENERIMAAN

1/8/2010 - Baki bawa ke depan - RM841 (baki dalam lejer surau)
1/8/2010 - tabung surau - RM11
3/8/2010 - derma drp Cikgu othman b Mat Jah - RM1000
8/8/2010 - tabung surau -Rm18
8/8/2010 - derma drp Cikgu othman b Mat Jah -Rm100
8/8/2010 - derma drp kedai buku majestic -Rm50
8/8/2010 - derma drp HQ Quality motor sdn bhd -Rm150
8/8/2010 - derma drp restauran Khairun -Rm50
8/8/2010 - derma drp Pn Zamih bt Muda -Rm1000
8/8/2010 - derma drp En Salim b Abas dr Taiping Perak -Rm2000
9/8/2010 - derma drp Hasinah kakak Pn Timah - RM300
10/8/2010 - derma drp Hj Sulaiman b Mohd Said Tmn Pelangi Johor Bahru-Rm500
10/8/2010 - derma drp PIBG SK Taman Midah 2 KL -Rm10
10/8/2010 - Tabung surau - RM8
12/8/2010 - Derma drp Rabinah bt Stetero utk arwah Hj Kamaruddin b Hj Harun -Rm3000
12/8/2010 - Pn Zaleha bt Wahab no 17 jln TPS 4/14 -RM100
12/8/2010 - Tabung surau - RM40
12/8/2010 - Derma drp guru dan staf SM Teknik Kajang-RM260
16/8/2010 - Derma drp Syed Ahmad bakeri Syed Ramli-Rm250

PEMBAYARAN

2/8/2010 - Bayar baki bina tandas - RM5000
9/8/2010 - Bayar pembelian khemah surau - RM3400
9/8/2010 - Bayar baki bina tandas - RM2500 ( baki kena bayar RM3600)
17/8/2010 - Bayar baki bina tandas -RM1000 ( baki kena bayar RM2600)

BAKI SEMASA

Jumlah penerimaan-
Jumlah pembayaran-
Baki pada 31 ogos 2010 -

PENYATA MASIH BELUM DAPAT DIBUAT. PENULIS BLOG TIADA MASA LUANG

PENYATA SUMBANGAN PENDUDUK MENGIKUT LORONG
Jalan 4/1

Jalan 4/2  
                                                                      
 

Jalan 4/3




 Jalan 4/4


Jalan 4/5


 Jalan 4/6



Jalan 4/7



Jalan 4/8


Jalan 4/9


Jalan 4/10



Jalan 4/11



Jalan 4/12


Jalan 4/13


Jalan 4/14


Jalan 4/15


Nota: Sumbangan penduduk mengikut lorong dicatat setakat 31 Oktober 2010

Penyata kewangan berakhir 31 Julai 2010

Maklumat Penerimaan Wang

Baki bawa ke depan - Masih dalam proses kemaskini ( perlu sediakan rekod kewangan surau daripada 14/5/2009 sehingga 31 Jun 2010 )

BAKI DALAM LEJER PADA 1 JULAI 2010 - RM10,979.30

1/7/2010- Derma drp En Hasan - RM500
2/7/2010 - Derma drp Abd Hamid@Salleh b Omar -RM100
2/7/2010- Derma drp Zawali -Rm100
4/7/2010 - Derma drp Azlili Wahab - RM500
5/7/2010 -Derma drp Mohd Kamaruzaman Ibrahim -Rm200
6/7/2010 - Derma drp Masujanah bt Mainon -RM200
8/7/2010 - Terima drp Azman Metro-Rm50
9/7/2010 - Terima drp Hjh Maimon bt Omar-Rm500
10/7/2010 - Derma dr Nazmir-RM200
18/7/2010 - Derma drp Azri -RM110
10/7/2010 - Derma drp Ahmad Hifzi - RM100
10/7/2010 - Derma drp Hasamah bt Samsuri -RM200
10/7/2010 - Derma drp Hjh Emi dan anak-anak -RM450
11/7/2010 - Kuitpan tabung surau -RM5
12/7/2010 - Khairul aizal b Osman-RM100
13/7/2010 - Peruntukan drp Baitulmal Kuala Lumpur untuk pembelian karpet -Rm3000
13/7/2010 - Terima drp Tn Hj Halim -RM150
13/7/2010 -Kutipan tabung surau-RM33
13/7/2010 -Kutipan tabung surau -Rm6
15/7/2010 -Kutipan tabung surau -RM2
15/7/2010 -Kutipan tabung surau-RM100
16/7/2010 -Kutipan tabung surau -RM53
16/7/2010 - Derma drp Pn Aminah bt Johan -RM100
16/7/2010 -Derma drp En Abdul Kadir Jailani b.Ismail-RM1000
16/7/2010 -Derma drp En Zakaria -Rm500
16/7/2010 -Derma drp Mazlina bt Zawawi-Rm250
17/7/2010-Kutipan tabung surau -Rm20
17/7/2010 -Kutipan tabung surau -Rm753
18/7/2010 -Derma drp Hj Husin b Bikan-RM20
18/7/2010 -Derma drp Shamsul b Hasnan-RM200
19/7/2010 -Kutipan tabung surau-RM21
20/7/2010 -Kutipan tabung surau-Rm14
21/7/2010 Derma drp Cikgu Othman b Mat Jah - RM500
21/7/2010 Derma drp Hj Husin b Bikan - RM1000
21/7/2010 -Kutipan tabung surau-Rm13
21/7/2010 Kutipan tabung surau dri kedai rakan En Bilal - RM508
21/7/2010 Derma drp Pn Zainab -RM500
21/7/2010 - Kutipan tabung surau - RM18
21/7/2010 -Derma drp Murni Best Beverage,Kajang Utama -Rm10
21/7/2010 - Derma drp Danish Anwar -Rm10
21/7/2010 - Derma drp Asna Syahirah -RM5
21/7/2010 -Derma drp Nur Syafiqah -RM1
21/7/2010 - Derma drp Shamsiah bt M.Zaal -RM10
21/7/2010 -Derma drp Amy Nuraleeya bt Ahmad Sudirman-RM10
21/7/2010 -Derma drp Muhd Shamsul b Dollah-RM10
22/7/2010 - Kutipan tabung surau-RM1 (selepas Asar)
22/7/2010 - Kutipan tabung surau -Rm11 (selepas Isya')
22/7/2010 - Sumbangan tahlil arwah -RM20
23/7/2010 - Kutipan tabung surau - RM10.70
23/7/2010 - Derma drp ? terima drp Hj Halim-RM50
23/7/2010 -Derma drp ? terima drp En Bilal - RM550
27/7/2010 - Tabung surau -RM55
27/7/2010 - Derma terima drp En Bilal -RM2000
29/7/2010 - Derma drp guru-guru dan staf SMK Dato Ahmad Razali-RM203
29/7/2010 - Terima drp En Eddy cek Maybank 331832- Rm300
29/7/2010 -derma drp penama tidak mahu dikenali -terima drp En Eddy-Rm10
29/7/2010 - Terima drp En Eddy -Rm10
29/7/2010 - Derma drp Basri terima drp En Eddy-Rm10
29/7/2010 -Derma drp Zolkeplee-terima drp En Eddy-Rm50
29/7/2010-Derma drp Norman -terima drp En Eddy-RM50
29/7/2010- Derma drp Sailfullah-terima drp En Eddy-Rm50
30/7/2010 - kutipan tabung surau -RM3.10


JUMLAH PENERIMAAN = RM masih dalam proses kemaskini

PEMBAYARAN

5/7/2010 - Bayaran mengecat bangunan surau -RM1500
7/7/2010- Baki bayarang mengecat -RM4000
9/7/2010- Bayaran pemberishan sampah binaan -Rm2000
10/7/2010 - Pembelian jaring besi 10'X6' 3 keping X RM70 dan cutter- RM245
9/7/2010 - Pembelian cerek air dan gelas plastik -RM32.70
11/7/2010 - Bayar baki cat -RM2500
13/7/2010 - Pembelian karpet ruang solat -RM6500
13/7/2010 - Pembayaran proses submit kelulusan pembinaan tertangguh dgn MPkj -Rm3600
13/7 /2010 - Beli whiteboard -Rm125
16/7/2010 - Fotostat borang mohon sumbangan membina kemudahan surau - Rm40
17/7/2010 - Cerek elektrik - RM74.99
17/7/2010 - Senduk panjang - RM7.99
17/7/2010 - Jag air 2 buah -RM15.98
18/7/2010 - Cerek air 7 liter 2 buah - RM45.80
18/7/2010 - Cawan plastik 10 X 12-120 buah = RM29.00
18/7/2010-Piring plastik 2 set=12 buah - RM21.80
25/7/2010- bayar pendahuluan bina tandas dan simen render kiri dan kanan surau- RM3300
28/7/2010 - bayaran kedua pembinaan tandas dan simen render kiri kanan surau-Rm2100

JUMLAH PEMBAYARAN = RM masih dalam proses kemaskini

Baki tunai di tangan : Tiada

Baki dalam bank :

JUMLAH BAKI SEMASA

Jumlah penerimaan =
Jumlah pembayaran =
Baki pada 31 Julai 2010 dalam lejer akaun surau = RM841.04


Maaf ..sedang dalam proses disediakan. Setakat ini bendahari belum ada masa yang banyak untuk menyediakan penyata kewangan yang lengkap.Harap maklum.

Maklumat aktiviti surau sejak mula dibuka

10 Julai 2010 pagi - gotong royong membersih surau
10 Julai 2010 malam - pembukaan rasmi Surau As-Syakirin bermula solat fardhu Maghrib
15 Julai 2010 selepas Mahgrib - Bacaan Yaasin dan tahlil
17 Julai 2010 selepas Maghrib - ceramah agama oleh Ustaz Ahmad Norzaimi Mohd Amin
18 Julai 2010 pagi - gotong royong membersih jubin lantai beranda dengan asid
24 Julai 2010 malam - Mesyuarat AJK untuk merancang program sepanjang Ramadhan
25 Julai 2010 , 5:00 petang - Perjumpaan kaum ibu /wanita untuk penubuhan Biro HELWA
25 Julai 2010 , bermula 8:00 pagi-gotong royong menurap simen render di sayap kiri dan kanan
26 Julai 2010 selepas Maghrib - Sambutan Nisfu Syaaban

Hari ini gotong-royong membersih jubin beranda dengan asid

Pagi tadi beberapa ahli jemaah telah bergotong royong membersihkan jubin lantai dengan asid. Selain itu ahli jemaah turut membaiki kebocoran paip air.

Jam 12:30 tengahari syarikat yang memasang karpet telah datang untuk memasang karpet pada ruang solat Surau As-Syakirin.

Saturday, July 17, 2010

Karpet akan dipasang pada hari Isnin

En Azman b Zakaria yang membantu AJK mengurus pemasangan karpet ruang solat memaklumkan karpet akan mula dipasang pada hari Isnin ini.

Alhamdulilah. Ceramah Ust Norzaimi berjalan lancar

Malam tadi ramai sungguh jemaah datang ke surau untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Norzaimi b Mohd Amin iaitu imam Masjid Kg Rinching, imam Surau Al-Syumul Bandar Rinching dan juga merangkap penolong pendaftar nikah untuk masyarakat setempat.

AJK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja jamuan pada malam ini terutama En Mohd Noor yang menyumbangkan 1000 cucuk sate , En Bilal yang menyumbangkan 500 biji kuih dan En Lokman yang menyumbangkan 100 botol air mineral.

Friday, July 16, 2010

Sumbangan membina simen konkrit sayap kiri dan kanan surau

Oleh kerana Ramadhan hampir tiba AJK akan memasang simen konkrit di sayap kiri dan kanan surau masing-masing berkeluasan 20 X 30 kaki persegi sebagai persediaan sekiranya berlaku limpahan jemaah pada bulan tersebut.

Kini 2 penderma sudah memberi sumbangan berjumlah RM1500 iaitu RM1000 oleh En Abdul Kadir Jailani daripada jalan TPS 4/11 dan RM500 lagi daripada En Zakaria jalan TPS 4/1.

Wang sumbangan ini akan direzabkan untuk membina simen ini. Namun kos ini barangkali tidak cukup selain AJK tidak tahu kos pembinaan sebenar. Jadi kepada penduduk yang sudi menyumbang amat dialu-alukan.

Salain itu En Bilal sudah memaklumkan bahawa penduduk di lorong TPS 4/9 akan berpakat untuk memberi sumbangan simen. Cuma AJK perlu memaklumkan berapa kampit simen yang diperlukan.

Barangkali juga kerja ini akan dibuat secara bergotong-royong pada hari Ahad untuk menjimatkan kos. Sayap kiri satu hari dan sayap kanan 1 hari lagi. Sehubungan itu AJK memerlukan khidmat kepakaran seorang dua penduduk untuk menjadi ketua terutama untuk melicinkan permukaan lantai simen.

Kos terlibat setakat ini:

1. Pasir
2. Simen
3. Batu kerikil
4. Besi BRC
5. Peralatan jika dibuat secara bergotong royong -cangkul,sekop, sudip, kayu merata simen

Potostat surat dan borang memohon sumbangan

Malam tadi penulis blog sudah mencetak 500 helai surat memohon sumbangan membina kemudahan surau. Oleh kerana surat ini bercetak depan dan belakang maka jumlah cetakan menjadi 1000 helai dengan kos cetakan 4 sen sehelai. Jumlah dibelanjakan ialah RM40. Kali ini bendahari menggunakan wang dana surau.

400 surat yang dicetak sebelum ini menggunakan wang penulis blog sendiri. Borang ini perlu dicetak lagi kerana cetakan sebelumnya yang sudah diletak di surau hampir habis.

Mesyuarat AJK selepas Solat Isyak

Selepas Solat Isya malam tadi telah diadakan sedikit perbincangan antara AJK Surau

AJK yang hadir iaitu

1. Tn Hj Raja Zazman
2. Tn Hj Halim
3. Tn Hj Razak
4. En Bilal
5. Ustaz Wan Mohamad
6. Penulis blog

Antara perkara yang dibangkitkan dan diputuskan dalam perbincangan iaitu :

1. Pembinaan lantai simen render 20 kaki lebar X 30 kaki panjang di sayap kiri dan kanan surau

2. Tuntutan bayaran pendawaian dan pemasangan peralatan elektrik oleh KCRM Enterprise - diminta syarikat berurusan terus dengan kontraktor AZ Asia Enterprise kerana semua urusan bayaran pembinaan surau adalah antara pihak AJK Surau dengan Kontraktor AZ Asia Enterprise selain AJK sudah membayar keseluruhan kos pembinaan kepada AZ Asia Enterprise.

3. Baki RM2000 pemasangan lampu dan kipas. Memandangkan Restoran MZ telah sponsor 20 unit kipas , wang ini akan kekal di dalam akaun surau setelah mengambilkira sebuah kipas berharga RM100 seunit.

4. Malam besok ada kuliah Maghrib disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nor Zaimi Mohd Amin, imam Masjid Kg Rinching merangkap penolong pendaftar nikah untuk penduduk setempat.

5. Karpet akan dipasang minggu depan hari Selasa 19 Julai. AJK membuat keputusan tidak perlu diasid lantai jubin ruang solat. Cuma perlu asid jubin beranda kiri dan kanan sahaja.

6. Dimaklumkan 24 Julai 2010 ada mesyuarat AJK untuk membincangkan persiapan Ramadhan.

7. Pada 15 Syaaban ada majlis membaca Yaasin selepas solat Maghrib sempena malam Nisfu Syakban. Tarikh masihi iaitu 26 Julai hari Isnin malam Selasa. Hj Razak akan sponsor nasi lemak 100 pek. Air teh o AJK akan buat sendiri.

8. Pekakasan surau akan dibeli untuk kemudahan membuat air sekiranya ada jamuan. Item yang akan dibeli iaitu tambahan 2 cerek air alminium, 1 cerek elektrik dan 2 atau 3 jag air plastik. Cawan beli jenis pakai buang sahaja memandangkan mudah dan tiada pekerja diperlukan untuk membasuh dan mengemas.

Thursday, July 15, 2010

Sedikit masa lagi tandas sementara akan dibina

Tandas sementara akan dibina dalam tempoh terdekat ini. Ini untuk mengelakkan situasi kecemasan atau kes penduduk 'tidak tahan' untuk melepaskan hajat.

Kos pembinaan tandas sementara ini adalah sekitar RM5000 ke RM6000. Tandas ini perlu dibuat kerana pembinaan kemudahan surau sekiranya jadi dibuat akan mengambil tempoh masa yang lama untuk mengumpul dana pembinaanya selain proses pembinaanya turut memakan masa antara 4 hingga 6 bulan.

Kontraktor memberi jaminan tandas sementara ini boleh disiapkan dalam tempoh seminggu.

Penulis blog bermohon kepada semua penduduk supaya pembinaan tandas sementara ini tidak dijadikan isu membazirkan wang derma orang ramai.

Tandas sementara ini sama ada akan dikekal atau dirobohkan pada masa depan akan bergantung kepada keadaan.

24 Julai 2010 mesyuarat AJK

Jika tiada aral mesyurat AJK akan diadakan pada 24 Julai 2010 iaitu hari Ahad selepas solat mahgrib atau Isya' lebih kurang 2 minggu sebelum bermulanya Ramadhan. Mesyuarat bertujuan membincangkan agenda Ramadhan iaitu:

1. Pelantikan imam bertugas / imam jemputan
2. Pelantikan bilal bertugas
3. Pelantikan siak bertugas
4. Mencari penyelesaian limpahan jemaah pada Ramadhan
5. Tahlil arwah
6. Moreh jika ada
7. Penentuan bilangan rakaat solat Tarawikh
8. Majlis berbuka puasa
9. Sambutan Nuzul Al Quran
10. Tadarus al Quran jika ada
11. Hal-hal lain

Semua AJK dijemput hadir.

Penduduk atau ahli jemaah yang berkelapangan turut dijemput hadir untuk memberikan cadangan dan buah fikiran.

Kutipan tabung surau

Berikut rekod kutipan tabung surau As-Syakirin

Tarikh || Jumlah

11/7/2010 - RM5.00 (bendahari buka)
13/7/2010- RM33.00 (en Azwan buka)
13/7/2010-RM6.00 (hj halim buka)
15/7/2010-RM2.00 (bendahari buka selepas solat Asar)
15/7/2010 - RM100 (bendahari buka selepas solat Isya)
16/7/1010 - RM53 ( En Bilal buka selepas solat Isya)
17/7/2010 - RM20 ( Bendahari buka selepas solat Isya )
17/7/2010- RM753.10 ( En Bilal buka selepas solat Zohor )
19/7/2010- RM21 ( Bendahari buka selepas Mahgrib)
20/7/2010-RM14
21/7/2010-RM13
21/7/2010-RM18.30
22/7/2010-Rm1-buka selepas Asar
22/7/2010-Rm11 -buka selepas Isya
23/7/2010-RM10.70
24/7/2010-RM1
24/7/2010-RM62.80

Kutipan tabung surau tidak dikemaskini lagi. Sila lihat penyata kewangan mengikut tiap-tiap bulan yang berkenaan.

Bacaan Yaasin dan Tahlil

Malam tadi selepas solat Maghrib diadakan bacaan Yaasin dan Tahlil. Sebelum majlis Tn Hj Halim memberi pengumuman bahawa mulai malam ini setiap Jumaat akan diadakan majlis bacaan Yaasin. Jadi penduduk yang mempunyai hajat untuk membuat tahlil arwah ahli keluarga mereka boleh memaklumkan kepada Tuan Imam bertugas pada malam tersebut.

Selain itu sekiranya ada penduduk yang sudi menaja jamuan pada malam tersebut, ia amat dialu-alukan.

Tn Hj Halim juga telah meminta En Azwan, Setiausaha menyediakan borang khas permohonan tahlil arwah supaya program tersebut dapat diurus secara sistematik.

Kutipan tabung surau

Kutipan tabung surau Asar tadi RM2.00 dan pada malam ini pula RM100. Terima kasih kepada penderma yang sudi menghulurkan sumbangan.

Kepada semua penderma , satu lagi kaedah untuk menderma adalah dengan cara terus memasukkan sumbangan ke dalam akaun surau As-Syakirin.

Jika tuan/puan berada di pekan Semenyih Sentral, tuan/puan boleh terus ke mesin deposit EON Bank dan masukkan sahaja derma tuan/puan menggunakan mesin tersebut.

CARANYA

1. Tekan sebarang kekunci untuk mengaktifkan mesin
2. Pilih bahasa
3. Pilih akaun semasa / akaun simpanan
4. Masukkan nombor akaun : 0675-11-000-223-3
5. Mesin akan memaparkan nama akaun iaitu SURAU AS-SYAKIRIN
6. Slot wang masuk terbuka dan masukkan jumlah wang yang hendak didermakan
7. Selepas masukkan wang tekan butang teruskan
8. Slot wang masuk tertutup dan mesin mula mengira wang
9. Jumlah wang dipaparkan dan tekan teruskan jika jumlah betul
10. Tunggu slip deposity dicetak, ambil dan simpan
11. Serahkan kepada bendahari Surau As-Syakirin untuk direkodkan dan untuk pengeluaran resit rasmi.

Bantuan ahli jemaah diperlukan

Berikutan dana pembinaan kemudahan surau akan digerakkan semula, AJK ingin memohon bantuan penduduk yang berminat agar dapat mencari penderma sama ada daripada rakan-rakan di tempat kerja, sanak saudara, rakan taulan atau tokoh-tokoh koporat , pengurus atau pengarah urusan syarikat, ketua-ketua jabatan kerajaan atau sesiapa sahaja yang berpotensi menjadi penyumbang.

Untuk tujuan tersebut penduduk boleh mendapatkan surat iringan dan borang memohon derma ini daripada AJK. Borang ini juga akan dicetak dan diletakkankan di Surau As-Syakirin bagi kemudahan ahli jemaah yang sudi membantu AJK.

Lagi cepat dana terkumpul dan mencapai sasaran berdasarkan harga kos binaannya, lagi cepat pembinaan kemudahan surau dimulakan.

Untuk memulakan pembinaan, dana yang ada perlu dapat menampung pembayaran pembinaan struktur bangunan iaitu penyediaan footing,stam,ground beam, tiang konkrit dan lantai konrit serta top beam atau roof beam.

Nota : Asar tadi penulis blog sudah meletakkan surat dan borang tersebut di surau. Jadi ahli jemaah boleh membawa balik borang tersebut untuk mula bertindak..

Wednesday, July 14, 2010

Jika ada dapur senanglah dibuat gotong royong memasak

Surau dari masa ke semasa akan mengadakan pelbagai aktiviti contohnya menyambut bulan-bulan kebesaran Islam. Pada hari tersebut lazimnya akan diadakan sedikit jamuan. Jika surau ini mempunyai dapur tempat memasak serta kelengkapan-kelengkapan memasak dan peralatan pinggan mangkuk yang lengkap yang disimpan dalam setor sebagai aset surau, gotong royong memasak oleh jemaah surau ini boleh dibuat pada ruang kerja seperti yang terdapat dalam pelan binaan kemudahan surau As-Syakirin. Selain meriah, gotong royong memasak dapat menghidup dan memberikan lebih peranan kepada surau selain ia menjadi tempat bersolat jemaah.

Peralatan memasak dan kelengkapan hidangan boleh menjadi aset surau. Peralatan ini jika dimiliki oleh surau As-syakirin boleh dijadikan sumber menambah dana surau melalui sewaan kepada penduduk yang ingin meminjamnya sekiranya mereka ingin membuat majlis kenduri.

Terima kasih En Khairul

AJK ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada En Khairul atas kesudian menaja papan pameran maklumat bercermin, rak fail, meja, rak kitab, 3 unit kerusi dan rak pelbagai guna. Dilihat kepada kualiti pembinaan barangkali semua kos perabot yang dipasang tersebut bernilai lebih daripada RM2000.

Semasa proses pembinaan surau ini diperingkat awal iaitu ketika pembinaan surau As-Syakirin diperingkat penyediaan tapak lagi En Khairul telah memaklumkan penulis blog bahawa beliau akan memberi sumbangan untuk tempat meletak al Quran,kitab dan buku-buku.

Setelah surau hampir siap En Khairul sekali lagi memaklumkan hasrat beliau lalu lansung membuat ukuran. Penulis blog sempat bergurau kepada beliau " asal jangan ukur sahaja sudahlah, harap-harap memang ada nanti "

Ternyata En Khairul mengotakan janjinya. Terima kasih En Khairul.

Gambar surau siap 100% belum sempat ambil

Tak sempat-sempat lagi penulis blog untuk mengambil gambar surau As-Syakirin yang sudah siap 100% untuk tatapan semua pelayar blog ini.

Gambar surau yang siap 100% perlu diupload untuk dilihat sendiri oleh penderma-penderma daripada luar komuniti fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih.

Penulis blog percaya semua penderma sudah pasti ingin tahu sejauhmana wang sumbangan mereka dimanfaatkan untuk pembinaan surau ini.

Alhamdulillah, niat semua penderma yang ingin menanam saham bagi membangunkan sebuah surau sudah terlaksana. Kini sudah 4 hari surau ini digunakan dan syukur ramai jemaah yang menggunakannya. Hampir penuh setiap malam. Jika begini tidak lah AJK dapat menjangka apa yang berlaku pada Ramadhan nanti. Pasti jemaah melimpah ruah.

Secara tidak rasmi penulis blog sudah mendengar ura-ura ada penderma yang ingin menaja menurap simen di sayap kiri dan kanan surau sebagai persediaan jika berlaku limpahan jemaah.

Atau payah-payah jika tidak muat, penduduk yang lambat datang bolehlah pergi ke surau An-Nur sahaja yang kedudukannya 1 KM daripada surau As-Syakirin. Tapi rasa-rasanya pada Ramadhan nanti jemaah surau An Nur juga akan melimpah ruah ramainya.

Tuesday, July 13, 2010

Tawaran sebutharga pembinaan kelengkapan surau



Kepada syarikat bumiputra berlesen yang berminat untuk menawarkan sebutharga pembinaan kemudahan surau As-Syakirin boleh mendownload dokumen borang sebutharga di atas dan menghantarnya kepada pengerusi AJK pembinaan surau As-Syakirin , d/a No 40 Jln TPS 4/5 Taman Pelangi Semenyih.

Setakat ini AJK masih tiada dana pembinaannya. Sebutharga ini diperlukan oleh AJK untuk mendapat tahu harga kos pembinaan sebenar dan mendapatkan sasaran untuk mencari dana pembinaannya.

Kaedah pembinaan adalah kontraktor akan membina bangunan berdasarkan status kewangan semasa seperti kaedah pembinaan bangunan Surau As-Syakirin sebelum ini.

PELAN BANGUNAN DI SINI

Whiteboard sudah ada

Malam tadi bendahari meminta kebenaran pengerusi untuk membeli whiteboard menggunakan dana surau. Penting whiteboard ini segera dibeli kerana AJK perlu menulis notis atau pengumuman kepada ahli jemaah.

Harga whiteboard RM125 untuk saiz 4 X 3 kaki persegi di Pustaka Rakyat Semenyih

Sudah bayar

Malam ini bendahari sudah membayar item di bawah

1. Pembelian dan pemasangan karpet sebanyak RM6500 kepada syarikat Excellent Choice Carpet.
Pada 19 hb Julai karpet ini akan dipasang.

2. Cek sebanyak RM3600 turut dikeluarkan kepada Arkitex Lakareqa untuk proses submit semula kelulusan pembinaan kompleks surau as-Syakirin yang sudah tertangguh. Sebelum ini AJK hanya baru mendapat kelulusan merancang daripada MPkj dan memberikan kelulusan bersyarat. Tetapi MPkj memaklumkan tiada halangan untuk AJK membina bangunan surau terlebih dahulu. Untuk mendapatkan kelulusan pembinaan AJK perlu menghantar semula beberapa dokumen yang diminta oleh MPKj.

-- kutipan duit tabung surau malam ini RM6.00

Jika nama tidak tercatat

Kepada semua penderma , sekiranya sumbangan derma tuan/puan tidak tercatat di ruangan sebelah kanan blog ini tuan/puan boleh membuat pertanyaan kepada bendahari atau penulis blog untuk tujuan semakan. Sila sertakan bukti sumbangan seperti slip deposit, salinan imbasan cek, atau cetakan transaski perbankan internet. Bagi yang memberi wang tunai pula lazimnya sebaik bendahari menerima sumbangan dengan serta merta resit akan ditulis, dicatat ke lejer dan pada masa luang segera pula diupdate ke laman blog surau. Resit pula sama ada akan diberi serta merta, dipos atau dihantar terus ke rumah penduduk kemudian.

InsyaAllah wang sumbangan derma tuan/puan akan diurus sebaik mungkin.

Sponsor tabung surau

Ada sesiapa nak sponsor tabung surau tak? Jika ada bolehlah berjumpa pengerusi. Selepas ini individu yang ingin menaja sebarang aset surau diharap dapat berhubung terus dengan pengerusi iaitu Tn Hj Raja Zazman.

Kutipan tabung surau pada hari ini (diserahkan oleh En Azwan) = RM33.00

Kutipan tabung surau akan dikumpul untuk membeli satu radio kecil. Pembelian radio kecil ini adalah atas permintaan Tn Hj Halim. Beliau memaklumkan radio ini akan dipasang sebaik waktu solat hampir masuk untuk mendengar azan dari corong radio. Sudah dengar azan dari corong radio baru Muazzin atau bilal bertugas akan azan.

Jika ada individu ingin sponsor radio kecil ini terus berjumpa Tn Hj Raja Zazman.

Tn Hj Halim juga menyerahkan sumbangan RM150 daripada penama yang tidak mahu dikenali selepas solat Asar petang tadi.

Baki dana untuk bayar apa?

Baki dana surau dalam bank akan digunakan untuk membayar:

1. Pembelian dan pemasangan karpet ruang solat = RM6500 ( SUDAH BAYAR pada 13/7/1010)
2. Bayaran proses semula kelulusan pembinaan kompleks surau bersyarat oleh MPKj = RM3600 (SUDAH BAYAR pada 13//7/2010)
3. Pembinaan tandas sementara = anggaran kos RM5000 ke RM6000

Masih tidak cukup...

Sehubungan itu penduduk yang prihatin dialu-alukan untuk meneruskan sumbangan.

Semakan pembayaran

No baucer | Perkara | Jumlah | Tarikh bayar

Kerja-kerja asas pertapakan bangunan/footing - RM9500 ( 5 Dis 2009 )
Kerja-kerja asas pertapakan bangunan/stam - RM8500 ( 16 Dis 2009 )
Pertapakan bangunan /groundbeam- RM15,000 ( 10 Jan 2010 )
Lantai - Rm9,000 ( 22 Feb 2010 )
Tiang konkrit -RM14,000 ( 7 Mac 2010 )
Top beam - RM14,000 ( 14 Mac 2010 )
Dinding batubata - RM17000 ( 26 Mac 2010 )
Arch - RM14,000 ( 7 April 2010 )
Pendahuluan bumbung - RM10,000 ( 3 Mei 2010 )
Baki bumbung - RM10,000 ( 7 Mei 2010 )
Baki bumbung - RM 2,000 ( 20 Mei 2010 )
Baki bumbung - RM10,000 ( 24 Mei 2010 )
Pendahuluan kemasan plaster - RM5,000 ( 4 Jun 2010 )
Pendahuluan wiring - RM7000 ( 7 Jun 2010 )
Baki kemasan plaster - RM3000 ( 11 Jun 2010 )
Baki kemasan plaster - RM6000 ( 15 Jun 2010 )
Pendahuluan pintu - RM3000 ( 15 Jun 2010 )
Pendahuluan longkang - RM3000 ( 18 Jun 2010 )
Longkang - RM3000 ( 20 Jun 2010 )
Baki wiring - RM5000 ( 23 Jun 2010 )
Baki pintu - RM2000 ( 23 Jun 2010 )
Baki longkang - RM2000 ( 25 Jun 2010 )
Pemasangan lampu - RM3000 ( 27 Jun 2010 )
Baki pintu - RM9500 ( 30 Jun 2010 )
Pendahuluan cat - RM1500 ( 5 Julai 2010 )
Baki cat - RM4000 ( 7 Julai 2010 )
Pembuangan sampah -Rm2000 ( 9 Julai 2010 )
Baki akhir cat - RM2500 (11 Julai 2010 )

JUMLAH SUDAH BAYAR = RM194,500

Baki bayaran = RM2000

Baki untuk pemasangan lampu dan kipas =RM2000

Nota : Keputusan mesyuarat AJK pada 3 Julai 2010 merujuk bayaran akhir sebanyak 10% akan ditahan sehingga AJK berpuashati dengan kerja-kerja kontraktor. Namun AJK bersetuju pembayaran akhir dibuat mengikut budibicara. Jika tiada sebarang masalah, bayaran akhir akan dibayar kepada kontraktor sebaik pembinaan siap 100%.

17 hb Julai 2010 ada majlis ilmu di surau As-Syakirin

Pada 17 Julai 2010 selepas solat Maghrib, AJK Surau As-Syakirin akan menganjurkan satu majlis ilmu yang akan dipimpin oleh Ustaz Ahmad Noorzaimi yang juga imam Masjid Kampung Rinching merangkap Penolong Pendaftar Nikah bagi pihak Pejabat Qhadi daerah Hulu Langat. Sehubungan itu semua muslimin dan muslimat yang berkelapangan dijemput hadir.

Terima kasih kepada TNB

AJK mengucapkan terima kasih kepada En Nasri kerana mendapatkan sumbangan jam dinding daripada TNB

Pelan kelengkapan surau sudah dipamer

Selepas solat Asar tadi penulis blog sudah menampal pelan binaan surau yang di dalamnya terdapat sekali pelan binaan kemudahan surau yang sudah dijadikan isu oleh seorang dua penduduk di komuniti ini.

Penulis blog menampal pelan ini supaya ia dapat dibaca dan difahami oleh ahli jemaah. Kedua-dua binaan iaitu surau dan kelengkapan surau tersebut adalah dalam satu pelan bukannya pelan berasingan. Cuma semasa proses pembinaan, AJK memfokuskan membina bangunan surau dahulu kerana kaedah membina surau ini berdasarkan membina mengikut status dana semasa yang berjaya dikumpul.

Untuk proses membina kelengkapan surau ini, AJK ingin mengetahui berapakah kos sebenar untuk membinanya bagi merancang tindakan untuk mengumpul dana pembinaanya. Sehubungan itu AJK membuka peluang kepada kontraktor bumiputra yang berlesen dan berminat untuk menyertai sebutharga supaya dapat menghantar cadangan kos pembinaan bangunan kelengkapan surau ini.

Sama ada bangunan kemudahan surau ini akan dibina atau tidak akan ditentukan oleh kehendak ahli jemaah surau As-Syakirin. Pungutan suara ini akan ditentukan dalam mesyuarat AJK yang turut akan dihadiri oleh semua ahli jemaah Surau As-Syakirin pada masa yang sesuai nanti.

Sungguhpun begitu sumbangan derma pembinaan kelengkapan surau ini tetap diteruskan.

Sumbangan Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sudah diterima

Petang tadi jam 2:00 petang penulis blog sudah menerima cek sumbangan Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjumlah RM3000 untuk menampung kos pembelian karpet. AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada Baitulmal KL atas sumbangan yang diberikan.

Sehubungan itu petang ini juga penulis blog sudah menghubungi En Azman b Zakaria , staf Metro yang banyak membantu AJK pembinaan Surau As-Syakirin supaya dapat mengurus pemasangan karpet tersebut.

Malam nanti bendahari akan mengeluarkan bayaran sebanyak RM6500 dan jika tiada aral melintang, InsyaAllah minggu depan karpet ruang solat akan mula dipasang.

Monday, July 12, 2010

Sudah ada penaja untuk Restrum

Memandangkan pada Aidilfitri nanti Surau As-Syakirin akan menganjurkan solat sunat Aidilfitri , kita memerlukan sebuah restrum sebagai ganti mimbar. Untuk menyediakan mimbar tidak berbaloi kerana harganya agak mahal. Namun jika ada individu yang ingin menajanya AJK amat mengalu-alukan. Restrum boleh dipelbagai guna. Ia boleh digunakan untuk menyampaikan ucapan juga.

Syukur telah ada individu yang akan memberi sponsor untuk restrum ini. Ia sedang dalam proses pembuatan.

AJK juga akan merancang pada Aidilfitri nanti, satu majlis sambutan hari raya akan diadakan di perkarangan surau. Kita pakat-pakat bawa kueh raya sikit sorang. Masa ini restrum ini akan turut digunakan.

Tapi apa-apapun kita kena sambut Ramadhan dulu. Jangan terlalu teruja sangat untuk berhariraya.

Whiteboard 8 X 4 kaki persegi berharga RM200

Penulis blog sudah meninjau harga whiteboard ini di Pustaka Rakyat pekan Semenyih. Harganya lebihkurang RM200. AJK tidak akan membeli peralatan ini menggunakan dana sedia ada. Dana seboleh-bolehnya akan dijimatkan untuk membayar kos pembinaan.

Jadi jika ada penduduk yang ingin menaja papan putih ini bolehlah membelinya di Pustaka Rakyat Pekan Semenyih.

Penting kita ada papan putih ini untuk menulis pengumuman-pengumuman yang perlu disampaikan kepada penduduk dari masa ke semasa.

Karpet akan dipasang satu minggu daripada sekarang

Karpet ruang solat akan dipasang seminggu daripada sekarang. Ini kerana pekerja masih belum mencuci lantai jubin dengan asid lagi kerana simennya masih belum kuat. Jika dibasuh dengan asid sekarang barangkali simen akan tertanggal semula.

Dalam masa yang sama AJK masih menunggu bantuan RM3000 daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Surat keluluan telah ada dalam tangan penulis blog.

Dana pembinaan tandas sementara sudah diumumkan


Selepas solat fardhu Maghrib tadi Tn Hj Halim yang merupakan imam Surau As-Syakirin telah mengumumkan kepada para jemaah bahawa AJK terpaksa membina tandas sementara terlebih dahulu. Turut ada dalam binaan adalah tempat wuduq kaum muslimat. Jumlah tandas hanya 1 untuk lelaki dan 1 untuk wanita. Memang tidak cukup tandas sebanyak ini. Tetapi daripada tiada lansung, baik ada satu.

Tn Hj Halim juga menjelaskan dana yang perlu dicari sekitar RM6000 lagi. Jika 120 orang masing-masing menderma RM50, jumlah RM6000 akan berjaya dikumpul.

Jadi kepada penduduk yang prihatin, sumbangan tuan/puan amat dialu-alukan.

Sasaran kita sebelum Ramadhan ini, tandas sementara ini akan siap.

SPESIFIKASI TANDAS SEMENTARA

1. Panjang 14 kaki X Lebar 10 kaki persegi
2. Dinding simen batu-bata
3. Atas bata angin
4. Rangka bumbung kayu ( percuma kerana baki kayu yang lama masih banyak )
5. Atap zink atau abestos. ( guna baki atap genting sedia ada dan perlu ditambah lagi )
6. Dua tandas cangkung
7. Kepada paip 3 untuk bilik air wanita dan 3 untuk bilik air lelaki
8. Guna tangki septik
9. Tiang batu ready made atau bata sulam atau tiang konkrit
10. Lantai simen render
11. Pintu PVC

Malam tadi 13/7/2010 rekabentuk sudah diubah mengikut permintaan pengerusi.

Baki wang di bank

Penulis blog sudah mengira baki wang selepas membayar kerja terakhir kontraktor, pembelian karpet dan memproses semula kelulusan pembinaan yang tertangguh hanya berjumlah RM1721.20. Jumlah ini tidak cukup untuk membina 1 tandas lelaki dan 1 tandas wanita dan di dalamnya ada disediakan 3 kepala paip air tempat berwuduq. Mengikut kontraktor, untuk membina tandas seperti ini kos sekitar RM6000.

Jika kita hendak membinanya, dana yang ada masih tidak cukup. Kita perlu mengumpul lebihkurang RM4278.80

Ada jemaah sudah bertanya kenapa tiada tandas

Petang tadi ada jemaah bertanya mengapa pula tiada tandas surau ini. Mengikut jemaah tersebut kalau kecemasan kerana perut sakit memang tidak sempat untuk balik ke rumah membuang air.

Oleh kerana perkara ini telah ditimbulkan, AJK akan memikirkan bentuk tindakan yang akan dibuat.

Sunday, July 11, 2010

Kaum wanita sudah merungut

Pagi tadi penulis blog sudah mendengar rungutan kaum wanita.

Mereka berasa amat terkilan kerana surau ini tidak menyediakan tempat wuduq terlindung daripada pandangan umum. Begitu juga dengan ketiadaan tirai pemisah. Ini kerana mengikut seorang ahli jemaah wanita, mereka memerlukan pelindung ini untuk bertukar pakaian bagi memakai telekung iaitu pakaian rasmi kaum wanita untuk menunaikan solat.

Oleh kerana hal ini telah ditimbulkan, AJK akan cuba berusaha untuk menyediakan kemudahan ini secepat mungkin. Namun untuk menyediakannnya dana yang mencukupi perlu ada terlebih dahulu.

Sehubungan itu sekiranya ada penduduk atau individu yang hendak menaja kemudahan ini amat dialu-alukan. Jika tidak ada penaja , sumbangan daripada semua penderma amat diharapkan.

Qiyamullail berjalan lancar

Alhamdulillah, program Qiyamullail yang dirancang AJK berjalan lancar. Penulis blog tidak perasan berapa orang yang hadir. Rasa-rasa dalam lingkungan 30 ke 40 orang. Tidaklah seramai semalam semasa pembukaan surau.

Semasa hendak pergi ke surau jam 4:00 pagi tadi, di TV sedang berlansung perlawanan piala Dunia German melawan Paraguay. Rasa teringin juga untuk menonton. Akhirnya dapat juga penulis blog melawan perasaan teruja tersebut.

Berikutan Surau As-Assyakirin sudah mula digunakan, penduduk dimohon supaya memanfaatkan sepenuhnya surau ini. Cubalah untuk hadir kelima-lima waktu solat jika boleh. Jika tidak dapat usahakan sebahagian daripadanya. Contohnya jika tidak dapat hadir pada Zohor dan Asar serta Subuh, pastikan ada pada Maghrib dan Isyak. Jika tidak dapat hari-hari, dua tiga kali seminggu sudah memadai. Mari kita pastikan setiap waktu solat, surau ini sentiasa ada jemaah menggunakannya.

Ini kerana penulis blog sedia maklum, kita ini terlalu banyak kekangan masa. Kita diikat untuk pergi bekerja. Ada masa luang pula banyak pula perkara lain yang perlu diurus. Hendak pergi membeli belah. Mengurus urusan keluarga. Mengunjungi sanak-saudara. Pergi ke pelbagai majlis dan macam-macam urusan yang lain. Pendekkata pelbagai urusan yang boleh mengganggu kita untuk setia hadir ke surau ini.

Saturday, July 10, 2010

Sumbangan dialu-alukan

AJk sedang dalam proses menambah kelengkapan surau. Sehubungan itu penduduk atau individu yang berminat untuk menaja item-item di bawah amat dialu-alukan:

1. Kabinet Al-Quran - sudah ada penaja tetapi belum dipasang lagi
2. Meja pejabat dan rak fail - sudah ada penaja tetapi belum dipasang lagi
3. Papan notis bercermin - sudah ada penaja tetapi belum dipasang lagi
4. Papan putih / white board ( beroda lebih baik )
5. Perkakasan memasak seperti cerek elektrik, tong gas, tungku, periuk dll
6. Pinggan, piring, cawan, gelas, sudu
7. Tikar plastik untuk alas semasa jamuan
8. Jam dinding
9. Penunjuk waktu solat
10. Meja kuliah
11. Restrum
12. Mimbar khatib
13. Set PA system
15. Penyapu, mop
16. Penyedut hampagas ( vacuum )

Sila hubungi pengerusi , Tn Hj Raja Zazman sekiranya berminat untuk memberikan sumbangan

Mesyuarat AJK untuk persediaan Ramadhan akan dibuat dalam tempoh terdekat ini

Berikutan Ramadhan akan disambut dalam tempoh sebulan lagi, satu mesyuarat AJK akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini. Mungkin seminggu atau dua minggu daripada sekarang.

Umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan institusi masjid dan surau

Bagi penganut Islam, mereka tidak dapat dipisahkan dengan institusi masjid atau surau. Sebuah tempat atau taman perumahan akan hilang keberkatan sekiranya institusi ini tiada.

Alhamdulillah. Jemaah melimpah ruah

Syukur. Pembukaan surau bermula solat fardhu Maghrib malam tadi berjalan lancar. Ramai sungguh jemaah yang datang. Penuh surau ini. Meriah sangat..Harap-harap situasi ini berkekalan sampai bila-bila.

Rata-rata penduduk yang hadir begitu bersemangat untuk menunaikan ibadah di surau ini. Bergema surau ini dengan alunan suara jemaah surau membaca surah Yaasin serta tahlil.

Derma diterima malam ini pula daripada

1. Seorang penduduk yang tidak mahu dikenali -RM100
2. Pn Hasamah bt Samsuri - RM200
3. Pn Hjh Emi dan anak-anak - derma tercatat RM500. Namun terdapat sedikit kesilapan teknikal kerana isteri penulis blog yang menerima derma tersebut tidak membuat kiraan. Wang derma hanya berjumlah RM450. Pn Hjh Emi barangkali tidak perasan. Sekian untuk makluman.

Mohon penduduk bawa sejadah masing-masing

Penduduk digalakkan datang seawal jam 7:00 malam pada hari ini untuk mula berjemaah Solat Maghrib buat pertama kalinya di Surau As-Syakirin.

Selain itu penduduk diingatkan supaya membawa sejadah masing-masing kerana kemudahan ini belum dapat disediakan lagi oleh AJK selain surau ini masih belum dipasang karpet. Sekiranya tidak keberatan, penduduk turut digalakkan meninggalkan sahaja sejadah tersebut untuk disedekahkan kepada Surau As-Syakirin.

Sekali lagi dimaklumkan tentatif program pada malam ini:

7:00 malam - penduduk mula datang ke surau
7:30 malam - Solat Fardhu Mahgrib berjemaah
7:45 malam - Solat Hajat, Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat
8:45 malam - Solat Isya berjemaah
9:00 malam - Jamuan ringan

4:00 pagi - Qiyamullail
5:45 pagi - Solat Subuh berjemaah

Terima kasih kepada Surau As-Syumul Bandar Rinching

AJK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi Surau As-Syumul Bandar Rinching , Dr Kamarudin Salleh serta barisan AJKnya kerana memberi kebenaran Surau As-Syakirin meminjam set PA system untuk digunakan oleh surau ini. Set PA system ini akan dipinjam sehingga Surau As-Syakirin dapat membeli kemudahan ini atau menerima sumbangan penaja daripada mana-mana pihak.

Pembayaran bil letrik dan air

Penduduk yang prihatin dimohon terus menderma untuk AJK dapat mengumpul dana pembayaran bil air dan elektrik. Penduduk digalakkan menderma RM1.00 sebulan atau sekiranya ada yang ingin menaja bil bagi bulan yang berkenaan amat dialu-alukan.

Ada kemungkinan juga rumput di kawasan surau tidak akan dibersihkan lagi oleh kontraktor pembersihan yang dilantik MPKj. Ini bermakna AJK perlu mengumpul dana secara berterusan supaya khidmat pemotong rumput dapat digunakan atau boleh jadi untuk menjimat kos, gotong-royong boleh dilakukan dari masa ke semasa.

Sumbangan terbaru

1. En Nazmir -RM200
2. En Azri -RM110
3. Terima drp En Azman Metro -RM50

Sumbangan terkini

Sumbangan derma RM500 daripada Pn Maimon bt Omar didedikasi untuk:

1. Arwah Hj Mohd Kassim b Abdul Rahman Shah
2. Arwah Cik bt Jalal
3. Arwah Hj Ismail b Hj Jalaludin
4. Arwah Abdul Aziz b Hj Ismail

Gotong-royong berjalan lancar

Pagi tadi seawal jam 8:00 pagi penduduk telah beramai-ramai pergi ke Surau As-Syakirin untuk bergotong-royong membersihkan lantai surau serta kawasan sekitarnya. Lebih daripada 50 orang penduduk hadir. Penulis blog tidak membawa kamera kerana bimbang basah terkena air. Jadi aktiviti gotong-royong ini tidak dirakamkan.

Borang sumbangan derma pembinaan kemudahan surau akan diedarkan


Foto : Borang memohon sumbangan membina kemudahan Surau As-Syakirin. Pelan menunjukkan jenis-jenis fasiliti yang ada di dalamnya. Jika bangunan ini dibina, AJK surau As Syakirin akan datang tidak perlu membina sebarang bangunan tambahan lagi kerana binaan ini telah lengkap.

Thursday, July 8, 2010

Jawatan kosong secara sukarela - Jurumandi jenazah lelaki dan wanita diperlukan

Sebaik surau digunakan AJK akan cuba mengenalpasti penduduk yang boleh memikul tanggungjawab sebagai bilal jenazah lelaki dan wanita.

Jika ada yang berani dan ingin memberikan khidmat sukarela amat dialu-alukan.

Makanan disediakan untuk 200 orang sahaja

Jamuan pada malam pembukaan surau nanti hanya mampu menampung jemaah seramai 200 orang sahaja. Jika kehadiran tidak ramai makanan yang lebih boleh dibawa balik. Namun jika tidak cukup AJK memohon maaf kerana makanan yang disediakan adalah ditaja dan tidak menggunakan wang dana surau sedia ada.

InsyaAllah, sasaran AJK membuka surau sebulan sebelum Ramadhan tercapai

Besok tinggal sehari sahaja lagi surau As-Syakirin akan dibuka. Ini bermakna sasaran AJK iaitu sebulan sebelum Ramadhan surau ini akan dibuka dan digunakan buat pertama kalinya akan tercapai jika diizinkan oleh Allah SWT.

Pembukaan surau sebulan sebelum Ramadhan penting kerana AJK perlu membuat persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan. Antara perkara yang perlu dibincang adalah pelantikan imam, bilal, siak dan lain-lain petugas semasa bulan Ramadhan. Selain menentukan tugas setiap AJK, beberapa program turut perlu dirancang seperti program tadarus Al-Quran, sambutan Nuzul Quran, majlis berbuka puasa bersama dan lain-lain yang berkaitan.

1 Ramadhan pada tahun 2010 ini jatuh pada 11 Ogos 2010. Sasaran AJK pula surau akan digunakan pada 11 Julai 2010. Namun oleh kerana pada 11 Julai 2010 adalah hari Ahad, pembukaan surau di awalkan sehari kerana pada hari Sabtu masa agak panjang untuk mengadakan aktiviti pada malam pembukaan kerana penduduk tidak pergi bekerja keesokan harinya.

Selain itu tarikh 10 Julai 2010 ini juga bertepatan dengan peristiwa Israq dan Mikraj iaitu Nabi Muhamad SAW diangkat ke langit ke Sidratul Muntaha menghadap Allah Yang Maha Esa secara lansung. Pada malam itu juga solat 5 waktu sehari semalam mula disyariatkan kepada umat Islam.

Sesuai dengan peristiwa Israq dan Mikraj itu, satu program Qiyamullail turut dilaksanakan bagi mengingati peristiwa yang bersejarah ini.

Tuesday, July 6, 2010

Jamuan pada hari gotong-royong

Dimaklum kepada penduduk, wang dana surau tidak akan digunakan untuk menanggung kos jamuan. Jadi kepada penduduk yang sudi datang bergotong royong pada 10 Julai ini dan ingin menyumbangkan kueh mueh bolehlah membawanya pada hari yang berkenaan. Yang ingin menaja air mineral turut dialu-alukan.

Kemudian pada sebelah malamnya selepas solat Isya akan ada jamuan ringan. Penduduk yang ingin menyumbangkan makanan boleh juga membawanya bersama.

Terima kasih kepada semua penderma

Terharu penulis blog melihat pembangunan surau As-Syakirin ini dipermudahkan urusannya.

Oleh kerana surau ini sudah hampir siap 100% dan bakal mula digunakan pada 10 Julai ini penulis blog ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua pihak yang membantu kami, AJK pembinaan surau As-Syakirin memastikan pembinaan surau ini menjadi kenyataan.

Pihak-pihak tersebut adalah :

1. Penduduk yang telah memberikan sumbangan
2. Syarikat-syarikat yang telah menderma
3. Individu daripada luar komuniti yang telah memberikan sumbangan
4. Staf Jabatan-jabatan kerajaan dan swasta,universiti dan institusi-institusi pendidikan yang memberikan sumbangan
5. Jabatan Agama Islam Negeri Selangor
6. Majlis Agama Islam Negeri Selangor
7. Jabatan Mufti Negeri Selangor
8. Lembaga Zakat Negeri Selangor
8. Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat
9. AJK yang memberi penuh komitmen mencari dana pembinaan surau
10. Majlis Perbandaran Kajang
11. En Nix dan Arkitex Lakareqa
12. Juruukur Setara Alam
13. Juruperunding HRC
14. AZ Asia Enterprises - En Zakri , pengurus projek
15. En Azman selaku penyelia projek
16. Metro Sdn Bhd
17. En Azman dan En Kamaruzaman, staf Metro Sdn Bhd
18. Cikgu Shauki kerana memberikan kemudahan bekalan air untuk kerja pembinaan
19. Tn Hj Raja Zazman- memberi kemudahan bekalan elektrik untuk kerja pembinaan
20. EON Bank
21. Semua pekerja yang bertanggungjawab melaksanakan kerja-kerja pembinaan
22. En Nasri -penduduk dan kakitangan TNB yang membantu mendapatkan bekalan elektrik
23. En Nordin -penduduk dan kakitangan SYABAS yang membantu mendapatkan bekalan air
24. Penaja-penaja pemasangan perkhidmatan bekalan air dan bekalan elektrik
25. Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat
26. Restoran MZ kerana memberi sumbangan kipas syiling
27. Seorang penduduk di jalan TPS 4/4 yang memberikan sumbangan tongkat khatib
28. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan / Baitulmal MAIWP
29. Tenaga National Berhad
30. Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS)
31. Penduduk yang membantu AJK mencarikan dana pembinaan surau ini
32. Dan semua pihak yang tidak dinyatakan disini tetapi membantu AJK memastikan pembinaan surau ini berjalan lancar.

AJK perlu mencari dana untuk memasang grill

Grill ini akan dipasang di pintu masuk surau berjumlah 4 buah. Ini untuk mengelak daripada anjing masuk ke dalam surau. Jadi kepada penderma yang sudi membantu, tuan/puan bolehlah berjumpa terus dengan Tn Hj Raja Zazman di alamat no 40 Jln TSP 4/5 Taman Pelangi Semenyih

Bantuan daripada Baitulmal akan diterima

Hari ini AJK menerima surat jawapan daripada Baitulmal / Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memaklumkan bantuan peruntukan sebanyak RM3000 sudah diluluskan. Cek tersebut dalam proses disediakan dan akan dipos kepada AJK dalam tempoh dua minggu daripada surat yang dikeluarkan.

Alhamdulillah. Meter air pula sudah dipasang

Petang tadi meter air sudah dipasang oleh kontraktor SYABAS.

Plaster syiling juga sudah dipasang 1/3 bahagian. Penulis blog difahamkan pekerja akan menyambung kerja pada sebelah malam kerana hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk AJK membuka dan mula menggunakan surau ini untuk digunakan oleh penduduk.

Pekerja pemasangan pintu dan tingkap pula memasang tingkap pada hari ini. Cuma tinggal lagi pintu sliding sahaja belum dipasang.

nota : Rupa-rupanya belum lagi. Hari tu cuma meter sementara sahaja. Bila meter air akan dipasang tidaklah penulis blog tahu. Tetapi walaupun tiada meter airnya sudah ada.

Monday, July 5, 2010

Terima kasih tuan


Berikut makluman derma terkini dimaklumkan melalui email assyakirin.tps@gmail.com.
Kepada penderma tersebut, diucapkan terima kasih. Penulis blog akan membuat pengesahan melalui penyata bank yang akan diterima. Ini berikutan penderma tidak menyertakan tangkapan skrin atau imbasan cetakan transaksi tersebut.

Kontraktor SYABAS sudah sambung bekalan air

Paip air ke surau As-Syakirin sudah disambung tetapi meter air belum ada lagi. Penulis blog difahamkan esok pekerja SYABAS akan datang untuk memasang meter air pula.

Bersyukur penulis blog. Nampaknya urusan persiapan pembukaan surau As-Syakirin dipermudahkan. Jarang kita mendengar bangunan belum siap 100% tetapi bekalan air dan elektrik sudah disambung.

Sudahlah disambung, AJK pula tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak kerana pemasangannya ditaja oleh penderma.

Kos pemasangan kabel dan tiang elektrik menggunakan wang surau =RM1700. Kos asal adalah RM2500.

Meter elektik ditaja oleh penderma =RM500

Kos pemasangan bekalan air =RM1100 ditaja 100% oleh penderma.

AJK mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang penduduk yang membantu AJK surau mengurus permohonan perkhidmatan utiliti ini iaitu En Nasri pekerja TNB dan En Nordin pekerja SYABAS.

Pekerja SYABAS sudah datang

Jam 2:00 petang tadi kontraktor SYABAS sudah datang ke tapak surau. En Bilal , En Nordin, Hj Raja dan penulis blog turut bersama di tapak surau. Tapi penulis blog tidak tahu sudah dipasang atau belum kerana penulis blog mahu balik kerana belum bersolat Zohor.

Petang nanti penulis blog akan periksa.

Pekerja yang memasang cermin tingkap pula memasang frame rail lantai pintu sliding selain sudah mula memasang cermin pada bahagian atas pintu.

Pekerja yang lain pula menyiapkan pemasangan jubin, mengecat dan mengemaskan atap. Kerja-kerja plaster syiling masih belum dibuat. Mengikut Pak An besok baru mereka mula membuatnya. Hari ini pekerja hendak menyiapkan pemasangan jubin lantai di bahagian sudut-sudut yang masih belum dipasang.

Sunday, July 4, 2010

Confirm. Perjumpaan kaum wanita pada 25 Julai 2010

Pn Jamaliah serta beberapa rakannya sudah bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dengan kaum wanita bagi menubuhkan biro HELWA atau Hal Ehwal Wanita.

Biro ini berfungsi untuk merancang aktiviti bagi menjaga kebajikan kaum wanita di komuniti ini.
Sehubungan itu semua kaum wanita muslim di komuniti ini dijemput hadir pada ketetapan berikut:

Tarikh : 25 Julai 2010
Masa : 5:00 petang
Tempat : Surau As-Syakirin

Confirm. gotong-royong dan pembukaan surau pada 10 Julai 2010

Pagi tadi AJk sudah membuat keputusan iaitu pada 10 hb Julai gotong royong membersih surau akan diadakan. Oleh kerana pada hari ini kemungkinan ramai penduduk bekerja dijangkakan tidak ramai penduduk yang akan hadir. Namun walau kehadiran 10 orang gotong-royong tetap dilaksanakan. Antara kerja yang difokuskan adalah membasuh lantai surau.

Pada malamnya pula surau akan mula dibuka bermula solat fardhu Mahgrib. Berikut tentatif program pada malam tersebut:

7:00 malam - penduduk mula datang ke surau
7:30 malam - solat fardhu Maghrib berjemaah
7:45 malam - Solat hajat , bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat
8:45 malam - Solat Isyak berjemaah
9:00 malam - Jamuan ringan
-----------------------------
4:00 pagi - Qiyamullail
5:47 pagi - Solat Subuh berjemaah

Oleh kerana AJK akan menganjurkan Qiyamullail, penduduk yang berkelapangan dijemput untuk tidur di surau pada malam tersebut.

Sehubungan itu semua penduduk muslim di komuniti ini dijemput hadir.

Saturday, July 3, 2010

Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri di Surau As-Syakirin

Pada mesyuarat sebelum ini Tn Hj Halim menjelaskan solat sunat Hari Raya Aidilfitri akan dilakukan di surau As-Syakirin. Mengikut beliau solat sunat Aidilfitri tiada syarat bilangan makmum seperti solat Jumaat. Solat Jumaat cukup 40 orang baru boleh dilaksanakan. Mengikut Tn Hj Halim lagi walaupun 10 atau 20 orang jemaah sahaja, ia tetap akan dibuat.

Jika begini keadaannya penulis blog sanggup berkorban untuk balik berhariraya di kampung selepas solat sunat Aidilfitri. Jadi kepada penduduk yang ingin bersama, tuan/puan boleh membuat perancangan daripada sekarang.

Lazimnya semasa hari raya ramai anak-anak akan balik ke rumah ibubapa sama ada di kampung-kampung atau di bandar. Jika ibubapa mereka sudah tiada barulah anak-anak akan berhariraya di rumah sendiri. Penulis blog pula masih mempunyai ibu sementara ayah sudah tiada. Jika penulis blog balik selepas solat hari raya, sudah tiada lagi kesesakan jalanraya.

Namun kenalah kita ingat, solat sunat ini dilakukan selepas Ramadhan tamat. Kita menunggu Ramadhan bukan hari raya.

Nota :

Kajiselidik bilangan jemaah semasa solat sunat Aidilfitri

1. Tn Hj Halim dan isteri - 2 orang
2. Anak-anak dan cucu Tn Hj Halim - 6 orang
3. Penulis blog sekerluarga - 6 orang
4. En Azman kontraktor surau as-Syakirin - 9 orang ( En Azman juga sanggup berkorban untuk balik selepas solat sunat Aidilfitri).
5. Pekerja-pekerja yang membina surau As-Syakirin juga akan turut serta - 8 orang
6. Tn Hj Raja Zazman - mungkin bersolat di masjid Kg Rinching kerana beliau nazir di masjid itu tetapi isteri,anak-anak,menantu dan cucu beliau mungkin akan bersolat di surau As-Syakirin- 6 orang
7. Tn Hj Razak, isteri, serta anak-anak,menantu dan cucu - 6 orang

Jumlah jemaah yang dijangka = 43 orang

( Dalam tempoh 10 tahun akan datang kebanyakan anak-anak penduduk di sini sudah dewasa. Yang pada hari ini berumur 40 tahun dalam masa sepuluh tahun lagi menjadi 50 tahun. Yang 50 tahun pula menjadi 60 tahun pula. Ketika ini ramai antara penduduk sudah tidak balik ke kampung halaman lagi. Anak-anak mereka yang merantau pula yang balik ke sini )

Banyak surau dibina tanpa kelulusan MPKj



Untuk makluman penduduk AJK Surau As-Syakirin cuba untuk melakukan prosedur yang betul dalam membina Surau ini. Namun proses-proses untuk mendapatkan kelulusan pembinaan surau biasanya terlalu lama menyebabkan ramai AJK mana-mana surau yang lain tidak meneruskan prosedur selain ia akan memakan kos yang banyak.

Ada surau dibina dengan kos yang murah dan ada yang mahal. Sudah pasti surau yang dibina dengan kos yang murah tiada kelulusan dan yang mahal mempunyai kelulusan.

Pada peringkat awal perancangan membina surau as-Syakirin penulis blog sendiri telah pergi ke MPKj bertanyakan bagaimana prosedur yang betul untuk membina surau ini.

Mengikut seorang pegawai di situ, ada 2 cara untuk mendapatkan kelulusan pembinaan sebuah surau. Yang pertama adalah dengan CF dan dan yang kedua adalah tanpa CF. Namun jika memilih kelulusan dengan CF, AJK akan mengeluarkan kos yang banyak kerana ia akan melibatkan banyak pihak seperti Indah Water, Jabatan Kesihatan, Bomba selain MPkj sendiri.

Penglibatan IWK kerana saluran tandas surau akan disambung terus ke paip pembetungan milik IWK. AJK tidak boleh terus menyambung ke paip ini kerana ia menyalahi undang-undang. AJK akan disaman oleh IWK. Kebenaran IWK perlu didapatkan terlebih dahulu.

Untuk proses mendapatkan kelulusan ini, kos yang diperlukan tidaklah semahal mana namun kosnya masih menelan sehingga ribuan ringgit kerana AJK perlu membayar khidmat profesional arkitex dan jurutera bertauliah. Kesemua ahli profesional ini perlu menurunkan tandatangan ke atas pelan binaan surau dan mereka yang bertandatangan ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan bangunan surau As-Syakirin.
( dalam sebutharga khidmat juruperunding, tandatangan arkitex dan jurutera bertauliah ini percuma )

Setakat ini AJK hanya baru mendapat kelulusan draf rancangan pembangunan membina sebuah surau daripada MPkj dan proses-proses ini masih belum selesai kerana urusannya agak rumit.

Antara prosedur ditetapkan MPKj adalah tanah yang hendak dibina surau mesti telah diwartakan oleh pejabat tanah. Walaupun MPKj sendiri telah mengeluarkan surat mengesahkan tapak pembinaan surau as-Syakirin telah digazetkan dalam pelan struktur pembangunan projek perumahan fasa 6 dan 7 Taman Pelangi Semenyih ia masih belum cukup.Surat pewartaan tanah mesti ada dahulu.

Untuk itu Tn Hj Raja Zazman telah menghantar surat permohonan kepada pejabat tanah daerah Hulu Langat untuk mendapatkan dokumen ini namun sehingga hari ini ia masih belum diperolehi.

Untuk fakta, surau An-Nur di Taman Pelangi Semenyih ini hanya mendapat surat pewartaan tapak ini setelah surau digunakan melebihi 3 tahun.

Untuk memastikan semua prosedur dipatuhi, AJK telah meminta jasabaik En Nik iaitu arkitex yang bertanggungjawab menyediakan pelan binaan surau dan kelengkapan surau untuk memproses tindakan-tindakan ini.

Perlu difahami En Nik sebelum ini hanya meminta kos cetakan pelan sahaja berjumlah RM500 dan bukannya upah perkhidmatan profesional menyediakan pelan.Kos pembinaan pelan sebenarnya boleh mencecah antara RM2000 hingga RM3000 atau lebih lagi.

Dengan pelan yang disediakan tersebut AJK menghantar permohonan melalui syarikat juruperunding HRC dan AJK dikenakan bayaran sebanyak RM595. Selepas beberapa bulan AJK menerima surat daripada MPKj yang meluluskan draf rancangan pembinaan surau As-Syakirin dengan syarat AJK mesti menghantar semula permohonan dengan dokumen yang lengkap.

Sekali lagi AJK berhubung dengan En Nik dan meminta bantuan beliau. Namun mengikut En Nik jika ingin memenuhi dokumen yang diminta oleh MPkj tersebut AJK perlu berbelanja. En Nik bertanya sama ada cukup sekadar AJK mendapat kebenaran draf merancang yang sudah diluluskan atau terus mendapatkan kelulusan daripada MPKj. Ini kerana En Nik memaklumkan sebenarnya kebanyakan surau yang dibina tidak sampai ke tahap mendapatkan kelulusan ini. AJKnya hanya memiliki kelulusan pembinaan daripada JAIS sahaja.

Bagi memastikan dokumen-dokumen ini boleh dihantar semula AJK perlu membayar perkhidmatan profesional serta mencetak semula pelan besar sebanyak 11 set berwarna dengan setiap satu pelan sebanyak 5 keping dan semua kos ini berjumlah sebanyak RM3600 kepada Syarikat Arkitex Lakareqa. Namun sehingga hari ini bayaran ini masih belum dijelaskan dan tertangguh sekian lama kerana AJK ingin memberi tumpuan menggunakan wang untuk menyiapkan bangunan surau terlebih dahulu.

Kini surau sudah hampir siap 100% tetapi kelengkapan dan kemudahan surau masih tiada kerana AJK perlu mencari dana baru untuk membinanya. Sebelum bangunan kemudahan surau ini akan dibina AJK akan membayar dahulu kos perkhidmatan profesional arkitex dan jurutera bertauliah yang menurunkan tandatangan di atas pelan binaan ini sebanyak RM3600 dan seterusnya menghantar semula kepada MPKj bagi mendapatkan surat kelulusan ini.

Namun apabila kelulusan sudah ada tidak semestinya bangunan kelengkapan surau akan dibina kerana ia bergantung kepada dana yang ada serta komitmen AJK yang menguruskannya. Barangkali AJK barunya akan membina kemudahan surau bentuk lain yang harganya amat murah.

Sengaja pada hari ini penulis blog menaip entry ini supaya ia tidak menjadi isu. Isu AJK membazirkan wang dana surau atau derma orang ramai selain penulis blog berharap tindakan ini akan diteruskan oleh AJK baru nanti.

Selepas ini penulis blog mahu mengundur diri dan hanya mahu menjadi ahli jemaah biasa sahaja. Penulis blog sudah penat membuat kerja..