Wednesday, March 17, 2010

Surat taklimat sudah diedar

hari ini surat taklimat pembinaan surau kali kedua sudah diedarkan ke rumah-rumah penduduk. Sebanyak 700 surat sudah di fotostat dan semuanya habis diedarkan. Tetapi di jalan TPS 4/11 surat tersebut tidak cukup. Baki surat hanya dapat diedarkan kepada beberapa rumah sahaja. Pada perkiraan penulis blog, AJk perlu mencetak sebanyak 50 helai lagi. Edaran ini hanya dimasukkan ke dalam peti surat rumah-rumah yang ada penghuni sahaja. Rumah yang masih kosong, surat panggilan ke taklimat ini tidak dimasukkan.

Jadi kepada penduduk, mohon tuan/puan tidak menguzurkan diri untuk hadir ke taklimat tersebut. Taklimat itu diadakan pada jam 9:00 pagi. Memandangkan cuaca agak panas pada masa ini, dimohon supaya penduduk dapat datang seawal jam 7:00 pagi. Bawalah seisi keluarga untuk beriadah di taman pada hari itu. Jika ramai penduduk datang pada jam 7:00 pagi, jam 8:00 taklimat sudah boleh dimulakan.

No comments:

Post a Comment