AJk sudah bersetuju supaya satu lagi taklimat dibuat untuk menerangkan kepada penduduk status semasa pembinaan surau As-Syakirin.
Sama ada penduduk hadir atau tidak, tidak menjadi kerisauan kepada penulis blog. AJK sudah bertindak. Terpulang kepada penduduk mahu datang atau tidak. Walaupun hanya AJK atau beberapa orang penduduk sahaja yang hadir, taklimat tetap berjaya dilaksanakan.
Dalam sehari dua ini surat panggilan kepada penduduk untuk menghadiri taklimat tersebut akan diedarkan.
Untuk perhatian penduduk, ini adalah tindakan terakhir yang penulis blog akan laksanakan. Tindakan mengadakan taklimat dan edaran surat ke rumah-rumah penduduk adalah yang terakhir dilakukan. Selepas ini tiada lagi edaran surat akan dibuat. Penduduk yang masih tidak mahu menyumbang dana pembinaan surau As-Syakirin tidak akan diganggu lagi.
Berbalik kepada taklimat pembinaan surau, lazimnya penduduk yang prihatin dan suka bermasyarakat akan hadir. Berbeza dengan penduduk yang tidak suka bermasyarakat lazimnya akan berkurung diri di dalam rumah atau sengaja mencari urusan di luar. Pergi membeli belah, melancong dan sebagainya.
Pada hari taklimat satu tabung khas akan diletakkankan di atas meja. Penduduk yang sudah menyumbang kepada AJK sebelum ini bolehlah membuat sumbangan tambahan. Contohnya Rm1, RM5, Rm10, RM50 atau jumlah yang lebih besar. Bendahari tidak mengeluarkan resit rasmi bentuk sumbangan seperti ini. Derma akan dicatatkan sebagai KUTIPAN DERMA HARI TAKLIMAT.
Bagi penduduk yang masih belum membuat sumbangan RM100 untuk setipa rumah, penduduk boleh membuat bayaran di kaunter sumbangan yang disediakan. Bendahari akan dibantu oleh AJK lain jika ramai penduduk akan membuat sumbangan. Sumbangan penduduk pada hari tersebut terus direkodkan ke dalam lejer dan pengeluaran resit rasmi akan dibuat sertamerta.
Jadi kepada penduduk yang akan menghadiri taklimat nanti bolehlah membawa wang yang secukupnya.
No comments:
Post a Comment