Sunday, March 14, 2010

Pada hari taklimat kali kedua penulis blog akan melepaskan jawatan

Penulis blog bercadang pada hari taklimat kali kedua nanti , penulis blog akan melepaskan jawatan bendahari. Jadi penduduk boleh memilih orang lain pula. Kerja meneruskan pembinaan sudah mudah. Usaha awal sudah dirintis.

AJK baru hanya perlu mencari dana baru untuk menyiapkan bilir air pula.

Penulis blog sudah penat. Penulis blog mahu memberi peluang kepada orang lain pula untuk mengurus pembangunan surau ini sehingga siap keseluruhannya iaitu tandas,bilik wuduq dan bilik mandi jenazah sedia digunakan.

Selepas melepaskan jawatan bendahari, penulis blog mahu menumpukan kepada tugas penulis blog yang hakiki pula.

Sementelahan menjadi bendahari rutin hidup penulis blog agak kelam kabut sikit. Bila buat kerja surau, risau kerja hakiki pula tertangguh. Tidak buat kerja hakiki jadi menimbun banyaknya. Buat kerja hakiki, bimbang pula kerja surau. Tidak bertindak, dana surau tidak masuk.

Selain menjadi bendahari,penulis blog turut membuat kerja-kerja setiausaha. Penulis blog tidak kisah sangat siapa yang perlu membuat kerja. Yang penting ada tindakan dibuat. Penulis blog tidak lalu duduk diam sahaja tanpa bertindak apa-apa.

Jadi kalau selepas taklimat nanti penulis blog dapat melepaskan jawatan yang dipegang ringanlah sikit beban digalas.

okey..penulis blog tunggu hari taklimat..

RALAT : Penulis blog tidak jadi melepaskan jawatan bendahari kerana masih banyak tindakan belum selesai. Barangkali apabila keseluruhan bangunan Surau As-Syakirin sudah siap berserta dengan kelengkapannya sekali , ini adalah masa yang sesuai untuk penulis blog melepaskan jawatan tersebut.

No comments:

Post a Comment