Seperti dalam filem iklan berhati-hati di jalanraya...Ingatlah orang yang tersayang.
Mengimbau kembali pada tahun 1997, ayahanda penulis blog telah pergi meninggalkan penulis blog selama-lamanya. Ketika ditinggalkan sedih jangan ceritalah..hanya airmata sahaja sebagai pengubat hati. Seperti tidak percaya ayahanda kesayangan sudah tiada.
" Apabila mati anak adam, ditinggalkannya semua benda-benda di dunia. Anak,isteri, hartabenda..semua ditinggalkan. Hanya 3 perkara yang dibawa sebagai bekalan untuk ke negeri akhirat.
1. Amalan baik / kebajikan yang diamalkan / Sedekah jariah yang dihulurkan
2. Ilmu yang bermanfaat dan ikhlas diajar kepada orang lain
3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya
Penulis blog berdoa moga-moga dirahmati roh ayahanda penulis blog di negeri yang jauh di alam barzah. Berdoa penulis blog kepada ALlah SWT supaya diampunkan segala dosa-dosa yang dilakukan oleh ayahanda penulis blog semasa hidupnya.
Penulis blog bukanlah anak yang begitu soleh seperti yang dituntut agama. Tidak tahu penulis blog untuk menilai diri sendiri. Rasanya banyak lagi kecacatan dalam diri . Namun penulis blog berazam untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa. Usia pula semakin hari semakin tua.
Kepada semua penduduk, penulis blog ingin mengajak supaya marilah kita mendoakan kesejahteraan insan-insan tersayang yang sudah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.
Kita boleh mendedikasikan sumbangan untuk membina surau As-Syakirin ini khas untuk mereka. Sampai atau tidak rahmatNya bukan kita yang membuat keputusannya.
No comments:
Post a Comment