Friday, February 26, 2010

Tiang konkrit- minggu depan semua siap



Ini gambar terkini pembinaan surau As-Syakirin. Sebaik semua 36 tiang siap dinaikkan, AJK akan membayar RM14,000 kepada kontraktor.

Apabila semua tiang siap, proses berikutnya adalah membina intermediate beam level, tiang atas dan top beam level. Siap yang ini pula, AJK akan membayar RM14,000 lagi kepada kontraktor.

Kemudian buat pula dinding. Yang ini AJK akan membayar lagi RM17,000.

Selepas itu kontaktor akan memasang rangka bumbung pula daripada besi dan seterusnya memasang bumbung genting simen. Siap sahaja bumbung AJK akan membayar lagi RM32,000 kepada kontraktor.

Sehingga bumbung siap dana terkumpul habis digunakan.

Sebelumnya pada peringkat pembinaan rangka bumbung, AJK akan bertindak membuat prosedur tuntutan bantuan peruntukan berjumlah RM40,000 yang sudah diluluskan oleh Lembaga Zakat Selangor.

Selepas itu projek terpaksa diberhentikan kerana dana pusat Zakat pula habis digunakan untuk membayar kos pembinaan sehingga peringkat 8,9 dan 10 ( Rujuk link sebutharaga )

Selepas itu dana bantuan pusat zakat pula habis. Jika selepas ini tiada lagi dana diterima AJK, pembinaan surau As-Syakirin terpaksa dihentikan kerana AJK tiada duit untuk membayar kontraktor bagi fasa pembinaan berikutnya.

Fasa pembinaan yang AJK masih tiada dana adalah

Peringkat :

11. Mengecat luar dan dalam bangunan -RM8,000
12. Membekal dan memasang lampu,kipas,plug dan aksesori dan DB /ELCB - RM5,000
13. Membekal dan memasang pintu,tingkap,casement dan aksesori -RM14,500
14. Membina apron dan longkang sisi bangunan -RM8,000
15. Kerja-kerja pembersihan dan pembuangan sisa binaan -Rm2,000

Dari 11 ke 15 kos yang diperlukan adalah berjumlah Rm37,500


No comments:

Post a Comment