Dari tingkap rumah penulis blog , kelihatan beberapa pekerja sedang tekun melaksanakan pembinaan surau as-Syakirin. Kebetulan pula tapak surau tersebut mudah dilihat daripada rumah penulis blog. Secara tidak lansung penulis blog turut dapat memantau projek pembinaan tersebut dari jauh. Bekerjakah mereka. Cutikah mereka. Berehatkah. Semua penulis blog nampak. Yang tidak kena penulis blog akan terus menelefon pengurus syarikat pemajunya iaitu AZ ASIA ENTERPRISE. Setakat ini penulis blog berpuashati dengan status pembinaan yang syarikat tersebut laksanakan.
DERMA DITERIMA HARI INI - MASIH TIADA
Penulis blog berharap , akan ada derma diterima hari ini. Besok penulis blog berkira-kira mahu pergi ke bank untuk mendeposit sumbangan dan seterusnya memohon cetakan penyata bank berakhir 28 Februari 2010. Jika tiada urusan mendeposit di kaunter bank tiadalah mahu penulis blog pergi.
Pagi semalam ada orang menderma tetapi wangnya sudah dideposit ke dalam akaun. Penulis blog tidak mahu menyimpan wang tersebut dalam tangan. Sebaik diterima penulis blog akan bersegera mendepostnya ke dalam akaun. Setakat ini tiada wang tunai dana surau di tangan bendahari. Semuanya disimpan dengan selamat dibank.
Sebarang bayaran kepada kontarktor semua dibuat dengan cek.
No comments:
Post a Comment