Sunday, February 21, 2010

Foto terkini - BRC


Pemasangan frame tiang sedang giat dijalankan



Foto di bawah pula menunjukkan besi BRC sudah diletakkan pada tapak lantai surau. Hanya perlu tunggu simen konkrit dituangkan sahaja di atasnya. Mengikut kontraktor esok simen ready mix akan ditempah daripada kilang dan akan dituang ke atas tapak lantai surau ini.

Nampak gayanya dalam seminggu ini kerja agak laju. Ini berikutan kontraktor sudah menukar pekerja baru. Berikutan pekerja baru sudah meneruskan kerja, harapan AJK tempoh pembinaan ini berada dalam tempoh sasaran . Mengambil kira surau ini akan digunakan pada Ramadhan 2010 ini yang akan disambut bermula 11 Ogos 2010, surau ini perlu disiapkan selewat-lewatnya penghujung Jun 2010.

Sebulan pada bulan Julai 2010, AJK memerlukan tempoh untuk menyiapkan prasarana surau. Gotong royong membersihkan surau ini akan dilakukan. Memasang sistem pembesar suara dalaman turut akan dibuat. Mendapatkan sumbangan tikar atau sejadah,sumbangan alQuran dan surah Yaasin, memastikan bekalan elektrik dan bekalan air dimasukkan dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Selain itu akan ada majlis ringkas kenduri dan bacaan doa selamat sempena pembukaan surau buat pertama kali pada minggu terakhir Julai 2010.

No comments:

Post a Comment