Projek membina surau adalah berbeza dengan projek membina bangunan-bangunan kerajaan, premis perniagaan, membina rumah atau lain-lain bangunan.
Bangunan milik kerajaan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Projek bangunan swasta seperti rumah dan premis perniagaan yang dijual dibayar oleh pembelinya melalui pinjaman bank. Pemaju akan menuntut bayaran setelah satu tahap pembinaan telah siap. Sebelumnya semasa menandatangani perjanjian dengan peguam, 10% daripada harga beli perlu dibayar terlebih dahulu oleh pembelinya.
Pembinaan masjid juga biasanya dibiayai dengan dana kerajaan. Masjid dibangunkan oleh JKR.
Surau adalah projek milik masyarakat. Rata-rata kos pembinaan surau adalah melalui derma-derma dari anggota masyarakat. Orang ramai dan individu-individu tertentu yang sudi menyumbang dan menginfaqkan harta mereka adalah pembiaya utama kos pembinaan surau tersebut.
Surau As-Syakirin ini juga adalah salah satu surau yang dibangunkan dengan dana pembinaannya disumbangkan oleh masyarakat. Penulis blog tidak mengira tetapi barangkali jumlah individu yang sudah menyumbang untuk mengisi dana pembinaan surau ini adalah lebihkurang 500 orang.
Penyumbang berjumlah 500 orang ini amat teruja untuk melihat sumbangan mereka dimanfaatkan dan mereka turut ingin melihat sendiri bangunan ini siap seperti yang disasarkan oleh AJK. siap dan digunakan oleh penduduk-penduduk di komuniti ini.
Untuk membina surau ini pula AJK pembinaannya perlukan kontraktor. Maka satu kontraktor yang memenuhi syarat diberikan projek membina surau ini. Tiada perjanjian dibuat. Semuanya atas dasar kepercayaan. Perjanjian sebenarnya dibuat dengan Tuhan Pencipta Alam, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui. Yang Menentukan Sama ada sesuatu perkara akan berlaku atau tidak akan berlaku.
Kepada kontraktor yang dipilih ini, 500 orang individu yang menjadi penyumbang dananya bergantung harap semoga kontraktor yang dipilih tidak gagal dalam memastikan pembinaannya siap. 500 penderma ini turut memerhati perjalanan projek pembinaan surau ini. Apakah statusnya sekarang. Adakah pembinaannya ada masalah atau tidak?
500 orang penderma ini juga sudah meletakkan amanah mereka di bahu AJK pembinaan. Menjadi tugas AJK berhubung dengan kontraktor supaya kemajuan pembinaan surau ini berjanlan lancar.
Sehubungan itu AJK amat berharap supaya kontraktor yang dipilih menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada AJK dan juga 500 orang yang sudahpun menjadi penderma bagi menampung kos pembinaan surau ini. Seperti yang sudah dimaklumkan AJK kepada kontraktor, Ramadhan 2010 ini surau As-Syakirin akan digunakan.
No comments:
Post a Comment